Ali dan Alicia sudah sampai di akademi. Sebaik sahaja mereka masuk,Moon terus menyambut Ali dengan pelukan.
Moon : Ali!!! *peluk* sampai pun kau!
Ali : errr hehehe hai Moon *awkward*
Alicia : *muka menyampah*
Moon : Kenapa kau lambat sangat? Aku tunggu kau lama dah tau!
Ali : Ala jarak nak pergi sini kan jauh. Kau pun tahu kan aku duduk mane
Moon : Hm yelah. Kejap lagi training aku nak team dengan kau tau! Aku pergi dulu! Bye Ali! Bye Alicia!
Ali : Byee eheheh *blushing*
Alicia : Perlu ke sampai nak berpeluk?
Ali : Kenapa? Pelukan kawan jer. Takde masalah kan?
Alicia : Nampak sangat dia tu beria kat kau. Tak malu ker. Kau pun sama. Melayan sangat!
Ali : Yang kau nak marah sangat kenapa? Kau jeles eh?
Alicia : aku....MANA ADA AKU JELES!
Ali : Jeles taknak ngaku pulak. Ngaku jelah kau jeles Moon bermesra dengan aku. Kau kan nak aku spend time dengan kau je.
Alicia : *tolak Ali* Aku sikit pun tak ada nak jeles. Kau jangan nak perasan lebih eh. Hmph! *beredar*
Rudy : *pergi ke Alicia* Hai Alicia :) *pegang tangan Alicia*
Alicia : Hai. *tepis tangan Rudy dan beredar*
Rudy : (marah pun comel Alicia ni..)
Ali : Woi! Kau kenapa pegang tangan dia tiba-tiba?
Rudy : Kenapa? Kau jeles ke?
Ali : .... *jeling dan terus beredar*
Rudy : Heh,tahu pun apa Alicia rasa.
Tiba waktu pemilihan team untuk training...
Moon : Ali! Mari sini!!
Ali : Hai hehe. Kombat sape dalam pasukan kita?
Moon : Chris! Tapi tulah,Neuro takde pulak hmm
Alicia : Aku akan masuk.
Ali : Alicia? Bukan kau selalu team dengan Rudy ke?
Alicia : Dia ada orang lain. Kita satu team
Ali : Oh. Okay.
Training dalam pasukan telah bermula antara Team Ali dengan Team Rudy.
Rudy : Bulat! Kau halang Ali dari naik ke atas untuk dapatkan point tu!
Bulat : Baik!
Ali : Alamak..hmm... *scan IRIS* heh kau takkan dapat halang aku! *lompat menggunakan Aero Boots*
Bulat : *baling bola yang boleh menjadi magnet dan boleh menjatuhkan Ali*
Kaki Ali patah kerana Bulat menjatuhkan Ali sewaktu Ali lompat terlalu tinggi.
Ali : Adoii...eeee! lepaskan aku!
Alicia : Ali!!!
Alicia mahu selamatkan Ali tetapi dihalang oleh Rudy
Rudy : Aku taknak lawan kau,Alicia. Aku nak tanya kau,kenapa kau taknak team dengan aku harini?
Alicia : Ish tepilah Rudy!
Rudy : *mendekati Alicia* jawab soalan aku dulu.
Alicia : ...kenapa kau makin dekat?
Rudy : heh...
Alicia : *gunakan lastik untuk tembak Rudy tetapi Rudy berjaya mengelak*
Rudy : Kau takkan dapat tembak aku. Aku—
Alicia : *tumbuk muka Rudy*
Rudy jatuh dan pengsan daripada tumbukan Alicia. Alicia terus bergegas selamatkan Ali.
Alicia : Ali! Kau okey tak?
Ali : A...aku okey. Pergi ke atas tu untuk dapatkan point!
Alicia : Macam mana dengan kau?
Ali : Aku okey! Pergi sekarang!
Alicia : Okey! *lari*
Sewaktu Alicia mahu menaiki tangga ke atas untuk mengambil point tersebut,tiba-tiba datangnya laser yang hampir terkena Alicia. Rupa-rupanya itu Roza.
Roza : Heh,tak semudah tu! Mika,sekarang!
Mika muncul dan berlawan dengan Alicia. Sewaktu berlawan,Roza sempat pergi ke atas untuk dapatkan point. Tetapi dihalang oleh Moon.
Moon : Hehe seranglah kalau berani!
Roza : Kau pasti?
Moon : Hah?
Rudy menggari tangan Moon dan Roza sempat pergi ke atas untuk dapatkan point. Perlawanan telah tamat dan dimenangi oleh team Rudy. Rudy membuka gari Moon dan Moon berjaya dibebaskan.
Ali : Diorang main tipu...
Moon : Ali! Ali,kau okey??
Alicia ternampak Moon sedang menenangkan Ali. Wajahnya menjadi geram dan dia terus beredar dari kawasan training.
Selepas selesai berada di akademi,Ali dan Alicia dalam perjalanan balik semula ke rumah. Ali menggunakan tongkat untuk berjalan disebabkan kakinya yang patah. Alicia cuma diam tetapi berasa bersalah kerana lambat menyelamatkan Ali.
Ali : Hey,kau okey tak?
Alicia : Aku yang sepatutnya tanya soalan tu pada kau.
Ali : Aku okey je. Kaki aku patah je pun. Kau tak cedera kan?
Alicia cuma menggeleng kepalanya menandakan dia tidak cedera.
Ali : Baguslah tu. Lega kau okey.
Alicia : Maaf..sebab lambat selamatkan kau. Kita kalah. Sebab aku.
Ali : Ala jangan la macam tu. Aku tau Rudy halang kau. Aku tak kisah pun kita kalah atau menang.
Alicia cuma diam dan tidak respon apa-apa. Ali memandang Alicia dengan wajah yang sedih.
Ali : Alicia....
Ali dan Alicia sudah tiba di bandar Cyberaya.
Alicia : Nak aku hantarkan kau tak? Kaki kau kan patah.
Ali : Hm boleh jugak. Terima kasih.
Mereka berdua berjalan bersama dan selepas beberapa minit mereka sampai di rumah Ali.
Alicia: Jumpa esok.
Ali : Hehe okay! bye!
Di bilik tidur,mereka masing-masing fikirkan hal yang berlaku pada petang tadi.
Alicia : (kenapa aku jadi marah bila nampak Moon bermesra dengan dia? Selalunya aku tak pernah kisah....)
Ali : (Kenapa perangai Alicia lain sikit harini? Aku ada buat salah ke?)
Bersambung...
YOU ARE READING
Don't Leave Me {EJEN ALI FANFICTION}
FanficKisah cinta yang rumit berlaku antara Ali dan Alicia. Adakah hubungan mereka boleh berkekalan walaupun hadapi segala ujian? #EjenALI #EjenALICIA #MATA #WauANIMATION