[OLD TITLE: CAN YOU CHANGE ME?]
"Bantu aku, bantu aku cari diri aku semula."
Harraz Kim Daniel, lelaki yang dilahirkan dalam keluarga yang retak dan siapa saja sangka, perempuan yang tiada agama itulah penyelamatnya.
• WARNING ! •
[Bab agama akan t...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
“Why must you do this to me?”
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
HARRAZ KIM'S POV
JERITAN omma yang suruh aku makan pagi sebelum gerak ke sekolah, hanya diabaikan. Aku teruskan berlari sampai dirumah Mikhael.
TOK! TOK! TOK!
"Assalamualaikum! Mika!" Terpekik-pekik aku dihadapan pagar depan rumah banglo nya.
Apa yang aku jangkakan, memang betul. Malam semalam, dia lah yang paling hyper active bila aku kata yang aku mahu confess pada Minyoung hari ini. Siap buat plan lagi, nak tolong belikan aku bunga untuk beri pada Minyoung.
Tapi sekarang ni, dapat aku lihat wajah baru bangun tidurnya. Dengan rambut serabai, air liur basi masih berbekas dipipi, matanya yang merah seperti orang tidak tidur malam, aku hanya mampu mengeluh kecil.
"Oooh, Raz. Kau rupanya.. Nak apa? Pagi-pagi buta kacau aku, takde life ke?" Mata aku terbuntang.
Fuh, baru bangun pun mulut masih boleh tahan pedas.
Baru saja mahu membuka mulut, dia terus mencantas laju. "Ha, kalau dah takde apa-apa, aku nak sambung ti—"
"Mika, kau kata semalam nak tolong aku confess dekat Minyoung? Mana bunganya? Mana semua benda yang kau dah pelan semalam?" Mikhael mengeluh kasar, wajahnya menunjukkan reaksi negatif terhadap soalan aku.
"Buat apa aku nak membazir duit untuk orang yang aku pun tak tahu sama ada dia sukakan kau atau tak. Kalaulah dia tak suka kau? Ha, macam mana? Haih.. Susah-susah sangat Raz, kau petik jelah bunga taik ayam dekat tepi jalan tu—"
"Alaaaaaa.. pleaseee mikaaaaaa pleaseeee! Ini pengalaman sekali seumur hidup aku ni. Kau tak nak tengok member kau bahagia ke?" pantas aku mencantas percakapannya pula. Mata dikerdip beberapa kali, bibir dimuncungkan, membuat gaya puppy eyes.
Dia memandang aku sebelum menggelengkan kepalanya.
Puppy eyes Harraz Kim Daniel memang tak boleh dilawan.
Lelaki pemalas itu mulai masuk ke dalam rumahnya, mahu bersiap sedia keluar untuk mencari kedai bunga yang terdekat.
Aku tertawa kecil, sengihan kemenangan itu masih kekal terukir dibibir.
Minyoung, walau apapun yang terjadi, hanya awak yang akan bertakhta dihati ini!