BAB3

228 20 1
                                    


Alya keluar dari binaan itu dengan marah. Alya baru nak buka pintu keretanya tiba tiba dada dia terasa sakit.

"Aduhh!" Alya mengerang.

Alya memegang dadanya yang sakit itu. Lepas beberapa minit, sakitnya beransur ansur hilang.

Lepas sakitnya betul betul hilang Alya masuk dalam perut kereta dan bersandar dekat kerusi pemandu.

"Haih, Kau panjangkanlah umurku Ya Allah" bisik hati Alya.

Lepas Alya betul betul bersedia baru dia memandu balik ke rumah.


************

KEESOKAN HARINYA..

TING TONG...

Nik Mikail menekan butang loceng yang disediakan.

"Assalamualaikum" laung Nik Mikail

Selepas beberapa minit baru salamnya dijawab.

"Waalaikumsalam" jawab Encik Faizal yang baru keluar dari pintu rumahnya itu.

"Hai Encik, saya datang nak tengok keadaan Puan", jelas Nik Mikail

"Oh masuklah masuklah" jemput Encik Faizal.

Nik Mikail dan Encik Faizal berjalan masuk ke dalam rumah.

"Anak encik mana?" tanya Nik Mikail sejurus selepas duduk di sofa.

"Dia ada kat rumah dia. Katanya kejap lagi sampailah" jawab Encik Faizal.

"Dia tak kerja ke?"

"Tak. Dia ambil cuti tiga hari"

"Oh" jawab Nik Mikail lantas tersenyum.

Encik Faizal ternampak Nik Mikail tersenyum.

"Ada apa apa ke ni?" tanya Encik Faizal curiga.

"Eh takde apa apalah encik"

"Takyah la berencik encik sangat. Panggil pakcik sudah" kata Encik Faizal.

"Baik encik eh maksud saya pakcik"

"Kejap la ye Pakcik buat air dulu mesti haus kan?" tanya Encik Faizal.

"Eh tak perlu susah susah pakcik. Saya tak haus pun"

"Takpe pakcik buatkan jugak" kata Encik Faizal

Nik Mikail tersenyum dan Encik Faizal bergerak memasuki dapur.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" jawab Nik Mikail

Alya masuk lepas sahaja memberi salam. Alangkah terkejutnya dia apabila ternampak Nik Mikail.

"Ya Allah ni ke mamat semalam? apahal hensem dia lain macam je harini?" soalku dalam hati.

"Selekeh selekeh pun cantik juga dia ni" puji Nik Mikail dalam hati.

Alya memandang Nik Mikail. Nik Mikail pun memandang Alya. Mereka tatap muka masing masing.

Beberapa minit kemudian..

Encik Faizal menatang dulang yang berisi air itu. Ketika dia sampai di ruang tamu, dia ternampak anaknya Alya dan Nik Mikail tatap muka satu sama lain. Encik Faizal tersenyum.

"Alya dah lama ke tercegat kat pintu tu?" tanya Encik Faizal sinis.

Alya tersedar.

"Eh ayah, apa dia?"

"Ayah tanya dah lama ke kamu tercegat kat muka pintu tu?"

"Em mana ada!" bidasku malu.

"Eleh"

"Ha doktor pun sama! Puas tatap muka anak saya?" tanya Encik Faizal.

Nik Mikail tunduk. Malu

"Maaf pakcik tak sengaja" pinta Nik Mikail.

Encik Faizal geleng kepala melihat mereka berdua.

"Em Alya naik dulu la nak tengok mak!" kataku dan lari naik ke atas.

"Malu lah tu" kata Encik Faizal.

"Hehe comel" kata Nik Mikail perlahan tapi masih dapat didengari oleh Encik Faizal.

"Siapa comel?" tanya Encik Faizal sengaja.

"Ha? eh gelas ni ha comel" kata Nik Mikail menggeletar dan mengambil gelas untuk minum.

Encik Faizal geleng kepala lalu tersenyum.



*******

MALAM ITU..

Alya duduk di atas buaian dan memandang langit yang dipenuhi dengan bintang itu. Ketika Alya khusyuk melihat keindahan malam itu, tiba tiba ada orang tepuk bahunya.

"Oh mak kau" latah Alya

"Hoi mak la ni" kata Puan Roslinda

"Makk, janganlah terkejutkan orang macamtu" kataku.

"Termenung apa tu?" tanya Puan Roslinda.

"Mana ada termenung"

"Yelah tu" kata Puan Roslinda.

"Alya, tahun ni umur kamu berapa?" tanya Puan Roslinda.

"Er kenapa?" tanya Alya.

"Saja tanya. Jawablah umur kamu berapa tahun ni?" tanya Puan Roslinda.

"Ni mesti ada apa apa ni" tekaku dalam hati.

"Alya tahun ni umur 27" jawabku.

"Oh. Kalau mak umur macam Alya ni dah ada 3 orang anak tau" kata Puan Roslinda.

Alya diam.

"Alya. Bila nak kahwin?" tanya Puan Roslinda.

"Kahwin? Alya tak sedia lagi lah mak!" rungutku.

"Patutnya, umur macam Alya ni dah kahwin dah ada anak dah pun!"

Alya diam

"Mak nak lah tengok Alya kahwin sebelum mak tutup mata" tambah Puan Roslinda.

"Clichenya" rungutku dalam hati.

"Kahwin la ye Alya?"

Alya lihat raut wajah Puan Roslinda. Muncul rasa kasihan dalam hati.

"Inshaallah mak" jawabku mengalah.

"Terima kasih nak" jawab Puan Roslinda.

"Mak masuk dululah ye. Tiba tiba rasa sejuk pulak" kata Puan Roslinda.

Alya mengangguk dan menghantar Puan Roslinda melalui pandangan.

"Kahwin? Kalau kahwin pun tak kekal lama buat apa?" kataku.

Alya mengeluh lantas memegang dada kirinya.



KISAH KITA [C]Where stories live. Discover now