Tanpa sedar sudah dua minggu Alya menjadi isteri kepada Nik Mikail.
"Abang!" panggil Alya dari dapur.
"Ye kenapa?" tanya Nik Mikail yang baru saja datang ke dapur.
"Bahan mentah dah habisla" kata Alya.
"Hm takpela Alya pergi siap kita makan malam kat luar jela" cadang Nik Mikail.
"Kita pergi beli bahan groceries sekali boleh?" tanya Alya.
Nik Mikail mengangguk.
Tanpa berlengah Alya naik ke biliknya dan bersiap.
"Kita nak makan mana ni?" tanya Alya.
"Kita makan kat KLCC jela. Boleh kan?" cadang Nik Mikail.
Alya mengangguk.
Nik Mikail memegang tangan Alya dan membawanya ke bibirnya.
Alya selesa dengan perlakuan Nik Mikail.
SELEPAS BEBERAPA MINIT.
"Sayang apa kata kalau kita beli bahan groceries dulu? Baru pukul 6 ni" cadang Nik Mikail.
"Ha bolehlah" Alya setuju.
"Sayang tunggu sini kejap eh. Abang nak pergi ambil troli" kata Nik Mikail.
Alya mengangguk.
"Tak lama pun. Jangan rindu rindu tau!" kata Nik Mikail lalu memegang dagu Alya.
"Ish tak kuasa!" kata Alya.
Nik Mikail senyum lalu pergi mengambil troli.
Hanya dalam beberapa saat sahaja, Nik Mikail kembali dengan trolinya.
Alya ingin menolak troli itu namun Nik Mikail tidak kasi.
"Ala kenapa?" tanya Alya.
"Apa guna suami kalau tak tolong isteri menolak troli." balas Nik Mikail.
Alya mengeluh perlahan dan mengangguk.
Mereka berdua pun masuk kedalam kedai groceries itu.
Alya dan Nik Mikail mengorak langkah menuju ke bahagian mi.
Tiba tiba, troli Nik Mikail dan Alya terlanggar troli orang.
"Hoi tak nampak ke?" jerit perempuan itu.
"Maaf cik. Saya tak sengaja" ucap Nik Mikail.
"Nik?" panggil perempuan itu.
Alya pandang muka Nik Mikail. Muka Nik Mikail seolah olah sedang mengecam muka gadis itu.
"Dont you remember me?" tanya gadis itu.
"Ouh Zahra" balas Nik Mikail.
"Hah nasib you ingat" kata perempuan yang bernama Amy itu.
"You buat apa kat sini?" tanya Zahra.
"Pancing ikan" seloroh Nik Mikail.
Alya tergelak namun masih terkawal.
Zahra nampak perlakuanku.
"Awak siapa perempuan ni?" tanya Alya.
Nik Mikail baru hendak jawab, Zahra pula menepis.
"Ouh you tak kenal I eh?. I ni gf Nik" terang Zahra.
Alya terkejut lalu Alya pandang Nik pula.
Nik Mikail gelak.
YOU ARE READING
KISAH KITA [C]
RomanceKehadiran seorang lelaki betul betul telah merubah hidup Alya. Nik Mikail merupakan doktor keluarganya yang sentiasa mengambil berat tentangnya. "Kita kahwin?"- Nik Mikail "Saya tak nak dikecewakan lagi"- Alya Masalah lagi bertambah apabila datang s...