Lepas aku sudah sihat sepenuhnya, aku dibenarkan balik.
"Helo Nik" sapaku sebaik sahaja mengangkat panggilan telefon daripada Nik Mikail.
"Ha Alya. Saya baru nak call awak" kata Nik Mikail.
"Ha kenapa?" tanya Alya
"Saya tak boleh hantar awak balik tau. Saya ada banyak patient pulak harini"
"Ha baguslah"
"Kenapa bagus pulak?"
Alya tidak menjawab malah terus menutup panggilan telefon.
Alya gelak.
"Eh kejap apahal aku letak eh?" soal Alya.
"Hadoi apalah kau ni Alya" kutuk Alya pada diri sendiri.
Lepas je Alya selesai kemas barang,dia pun keluar dari wad yang menyesakkan itu dan terus memecut kereta menuju ke rumah ibu dan bapanya.
*******
Lepas sahaja sampai depan rumah ibu dan bapanya, Alya terus masuk rumah diikuti dengan salam.
"Assalamualiakum" ucap Alya
"Waalaikumsalam" Jawab Encik Faizal dan Puan Roslinda.
Sebaik sahaja Alya sampai di ruang tamu, mereka terus menerpa Alya.
"Alya, Alya pergi mana? tak balik balik" tanya Encik Faizal.
"Alya tidur rumah kawan la ayah" jawab Alya.
Encik Faizal mengeluh.
"Dah sekarang ni kan Alya dah balik. Jangan risau dahla" Kata Alya.
"Alya naik atas dulu la mak ayah. Nak mandi" kata Alya lalu terus naik ke biliknya.
Selepas beberapa minit...
Lepas sahaja Alya selesai mandi, dia terus turun kebawah.
Alya baru hendak menuju ke dapur, tiba tiba Puan Roslinda panggil.
"Alya, mari sini kejap. Mak nak cakap sesuatu ni" kata Puan Roslinda.
Aku dah mula cuak. Tanpa berlengah aku terus menuju ke sofa dimana Puan Roslinda dan Encik Faizal duduk.
"Ye mak. Kenapa?" Tanya Alya sebaik sahaja duduk di depan Puan Roslinda.
Alya nampak Puan Roslinda dan Encik Faizal tersenyum senyum.
"Kenapa ni mak ayah?" tanya Alya.
"Apa hubungan kamu dengan Nik ya?" Tanya Puan Roslinda.
Alya terpana.
"Hubungan kitorang? Biasa biasa jela mak" terang aku.
"Yekeni biasa biasa je?" tanya Encik Faizal pula.
Alya angguk.
"Kalau biasa biasa je, takkanla Nik sampai nak kahwin dengan kamu" kata Puan Roslinda.
"Hubungan kitorang memang bia....."
"WHAT!??" Jerit Alya.
"Dia nak kahwin dengan Alya?" tanya Alya kepada Encik Faizal dan Puan Roslinda.
"Ye sayang" jawab Puan Roslinda.
"Wuish aku ingatkan dia main main je. Rupa rupanya betul betul" bisik Alya dalam hati.
"Nah ni cincin. Sabtu ni bertunang" jelas Encik Faizal.
"Ha bertunang awalnya" kata Alya terkejut.
YOU ARE READING
KISAH KITA [C]
RomanceKehadiran seorang lelaki betul betul telah merubah hidup Alya. Nik Mikail merupakan doktor keluarganya yang sentiasa mengambil berat tentangnya. "Kita kahwin?"- Nik Mikail "Saya tak nak dikecewakan lagi"- Alya Masalah lagi bertambah apabila datang s...