SATU

348 47 67
                                        

Kuala Lumpur,15 Jun 20xx-Penjenayah yang dikehendaki ramai mula mengganas lagi apabila terlibat dengan perhimpunan pemberontakan.Ini seiring dengan....

ZASKIA segera menutup televisyen dengan perasaan menyampah.Celik mata sahaja,dia dihidangkan dengan berita yang tidak menyenangkan dan menjengkelkan.

"Hmm,tak habis-habis buat hal.Mr No Face lagilah tu," rungut Zaskia meluat.

Dengar sahaja penjenayah yang dikehendaki ramai,dia sudah tahu siapa mereka.

Tak lain tak bukan,si No Face dengan member-member dialah.Kenapa Mr No Face? Ini kerana,kumpulan penjenayah itu sukar dijejak.

Sudah lima kali kes ini bertukar tangan sehinggalah sampai ke tangan Zaskia.Pada mulanya,dia menolak tetapi mengenangkan komitmennya, dia rela.

Kumpulan ini juga seakan mencabar pihak polis apabila mereka tanpa gentar meninggalkan logo kepunyaan mereka setiap kali mereka selesai membuat jenayah.

Lebih runsinglah polis jawabnya.Masing-masing tak sanggup memberkas mereka.Zaskia dan pasukannya ialah harapan terakhir Encik Zambri.

Zaskia bangun dan terus menapak ke dapur.Jam menunjukkan pukul 12 tengahari.Dia mengambil sekotak susu dan menuang ke dalam gelas lalu diteguk rakus.

Fokusnya terganggu apabila mendengar deringan telefon di ruang tamu.Dia terkocoh-kocoh mencapai gajet itu.

Lihat sahaja nama pemanggil,dia mendengus kasar.Zambri Burung Botak.Ceh,kacau daun orang nak rehat.Gadis itu mengangkat tanpa rela.

"Hmm,nak apa tuan?" tanya Zaskia malas.

"Ada tengok berita tadi?"

"Ada,kenapa ya tuan?"

"Sila datang ke sini secepat mungkin," arah Encik Zambri.

"Alah tuan,hari ni hari cuti saya.Takkanlah cuti pun nak kacau?Dahlah dalam seminggu,sekali je cuti.Tak adillah macam ni," bantah Zaskia.

Siapa je yang suka hari cutinya dikacau?Baru seminggu dia mendapat kes ini,hidupnya sudah huru-hara. Menyesal pula terima!

"Eh,kamu jangan nak banyak songeh.Kamu tak ingat ke janji polis kamu?Kamu berjanji yang kamu akan memberi komitmen walau apa sahaja berlakukan?" bebel Encik Zambri.

Zaskia mengejek tuannya. Masalahnya,si Zambri Burung Botak ni pemalas orangnya.Dia sendiri malas buat kerja dan jarang bagi komitmen.Membebel dekat pekerja nombor satu!

"Eleh,dia tu boleh pula dok goyang kaki," kutuk Zaskia perlahan.

"Apa awak kata Kia?" soal Encik Zambri apabila kata-kata Zaskia kurang jelas di pendengaran.

"Hah,tak ada apa.Ya,baik!Saya datang sekarang!"

"Cepat,saya bagi awak sejam je"

"Baik tuan!"

Talian dimatikan.Zaskia menghempas tubuhnya di sofa.Sumpah,dia tidak puas hati.Sesekali dia menjeling uniform yang disangkut elok.

Sebab uniform itulah dia membujang.Umur dah masuk 26 tahun pun masih single.

Bukan dia tidak cuba mencari.Ada,tapi dia kerap kali direject.Ditolak hanya kerana kerjanya sebagai seorang polis.

Mulia apa kerja polis.Apa alasan lelaki-lelaki di luar sana menolak wanita yang bekerjaya sebagai seorang polis?

Bila Zaskia tanya,mereka menjawab yang mereka takut hubungan terjejas kerana kerjayanya sangat berat.

Sudahnya,Zaskia sudah malas mahu mencari pasangan.Selepas ini,kalau ada lelaki yang boleh menerima baik buruk kerjanya,dia tekad akan mencintai lelaki itu sepenuh hati.

Silent Killer HusbandTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang