DUA

305 38 82
                                    

ZASKIA merenung lelaki di hadapannya.Handsome,tapi sayang,otak lembu.

Lelaki itu tidak mempedulikan pandangan mengancam Zaskia.Dia malahan menyanyi kecil.

"Oi Encik," tegur Zaskia.

Tiada balasan.Zaskia naik geram.Lantas pistol diacukan tepat di kepala lelaki itu.Walaupun jauh menyimpang dari prosedur kerja,tapi Kia peduli apa.

Orang biadap sebegini,perlu diberi pengajaran.Jangan bagi muka.

"Kau nak apa?" tanya jejaka itu selamba.

"Eh,ada suara!Ingatkan bisu tadi," perli Zaskia.

"Tak,sekarang ni kau nak apa.Aku tak salah apa pun"

Kalau tak kerana Zaskia mahu menyiasat tentang Mr No Face,tak adanya dia mahu menghadap lelaki biadap di hadapannya.

"Mentang-mentanglah saya ni perempuan,encik boleh buat sesuka hati ke?"

"Buat apa nak takut dengan perempuan," jawabnya.

Zaskia menarik nafas bagi menenangkan diri.Sabar Kia.Nasiblah lelaki ini ditahan reman sahaja.

"Okay,untuk memendekkan cerita,masa encik join perhimpunan tu,encik ada nampak individu yang mencurigakan tak?" soal Zaskia serius.

Jejaka ini salah satu individu yang menyertai perhimpunan tersebut.Penting bagi mereka untuk menyiasat lebih lanjut.Mana tahu dapat clue.

"Heh,kau ingat aku ada masa ke nak perhatikan sorang satu?"

Ya tuhanku!Bapak annoying!Aidid yang memerhati dari luar,mula masuk apabila diberi isyarat oleh Zaskia.

"Kau settlekan si beruk ni.Stress aku," bisik Zaskia.

Dia berdiri di sudut bilik.Terserah pada Aidid mahu lakukan apa pada lelaki itu.

"Hi encik," tegur Aidid.

Serta-merta tahanan sementara itu tersenyum lebar.Gaya Aidid dipandang atas bawah.Hmm,i like! My taste!

"Hi abang polis"

Mak aii.Terciduk Aidid dibuatnya.Gay ke ni!Aidid buat-buat tak perasan.

"Saya nak tanya,ada nampak tak logo ni masa perhimpunan tu?"

Aidid menghulurkan sekeping kertas kepada lelaki itu.Dia meneliti dengan serius.

"Tak perasanlah abang polis," katanya lembut.

"Hmm,tak apalah"

Aidid mengisyaratkan agar lelaki ini dimasukkan semula ke dalam tahanan.Mereka sudah bertanya kepada semua tahanan tetapi hampa.

"Kejap!" jerit tahanan itu.

Zaskia dan Aidid sudah tersenyum lebar.Harapnya lelaki ini teringat sesuatu!Petunjuk mungkin!

"Iya?"

"Can I have your number Abang Polis Aidid"

Matanya melirik manja menunggu jawapan balas Aidid.Zaskia menghamburkan tawa dalam hati.
Matilah kau Aidid.

"I don't have phone number nor cellphone.I guna public phone je.Hisyam,bawak dia," arah Aidid kepada rakan kerjanya.

Masam mencuka wajah jejaka itu.Hisy,dalam jail pun masih ada hati nak mengorat.Setelah mereka pergi,Zaskia tertawa sakan.

"Wei!Patutlah dengan aku dingin semacam.Gay rupanya!"

Bahu Aidid dipukul berkali-kali.Geli siot melihat wajah miang tahanan tadi.Dia nak abang Aidid juga yang tanya!

Silent Killer HusbandWhere stories live. Discover now