Part 1

4.8K 45 4
                                    


Bab 1 : Aku Bukan Mistress

Jam loceng di sisi meja mengejutkan lena Mya. Terpisat-pisat dia membuka mata sambil tangannya meraba menekan butang ‘Off’ pada jam loceng digital berwarna putih susu dihiasi bunga-bunga kecil berwarna biru. Suasana kembali sunyi.

Ah, malasnya nak bangun! Dia menggeliat malas sambil menguap kecil. Pagi yang sama seperti hari yang biasa. Dia menoleh ke kanan dan kelihatan lelaki di sisinya masih dibuai lena yang panjang seolah-olah bunyi jam loceng tadi langsung tidak berbekas di halwa telinganya.

Tido mati gamaknya! Getus hatinya sambil mencebik.

Dengan malas Mya melangkah ke bilik air untuk mencuci muka dan menggosok gigi. Tak ada maknanya dia nak mandi seawal jam 7 pagi itu, bukannya dia yang kena berkejar ke sana sini untuk bekerja. Hidupnya terlalu mudah walaupun payah..hmm.

Tak sampai 10 minit, Mya sudah berada di tingkat bawah menyediakan sarapan. Itu lah rutin hidupnya, tak ada yang berubah sejak dia bersama Mikail. Segala keperluan Mikail dijaga sebaik mungkin. Makan minumnya, pakaiannya, kebersihan rumahnya, kerana dia tahu lelaki itu amat teliti dan cerewet. Kadangkala terlalu cerewet dan membuatkan dia rimas.

Mya tersenyum puas melihat sarapan pagi sudah siap terhidang di atas meja kaca di ruang makan. Nasi goreng cina, telur dadar, jus oren dan susu segar semua disusun elok. Malah sengaja dia meletakkan hiasan bunga segar di sisi meja kerana itu adalah kegemaran Mikail.

‘Makin bertambah baik skill memasak aku, lama-lama confirm boleh bukak restoran!’ Mya tersengih sendiri.

“Ehem, baik sangat ke mood awak hari ni?”

Mya tersentak dan segera menoleh. Sudah tentu la Mikail, siapa lagi yang ada dalam rumah ni kalau bukan mereka berdua. Mya pura-pura tidak mendengar pertanyaan Mikail tadi. Sebenarnya dia termalu sendiri, entah apa la si Mikail akan fikir bila tengok dia menyengih macam tu pagi-pagi. Dah la belum mandi!

Mikail mengambil tempat di meja makan, dan pastinya di hujung meja. 'Port' rasmi lelaki berusia 28 tahun itu. Mya pantas menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan Mikail namun hatinya sedikit aneh.

‘Tak kerja ke mamat nie hari ni? Elok je pakai t-shirt gan seluar pendek.’ Namun bimbang Mikail menyedari pandangan matanya, pantas dia beralih ke hujung meja.

Mya mengambil tempat berhadapan dengan Mikail dan masing-masing mendiamkan diri seperti kebiasaannya, seperti pagi-pagi yang sebelumnya. Sunyi tanpa bicara mesra.

Sekali sekala dia menjeling ke arah Mikail yang leka menyudu nasi sambil membaca akhbar Inggeris. ‘Haih, janganlah dia tak keje hari ni.Takkan lah, selalu bukan main workoholic , tak menyempat-nyempat nak keluar rumah pegi pejabat.’

“Awak ada nak tanya saya apa-apa ker?” Pertanyaan Mikail membuatkan Mya tersentak. Hampir-hampir dia tersedak nasi goreng.

“Ehh mana ada apa..” Mya pura-pura meneguk jus oren. “Saya ok je..”

Mikail meletakkan akhbar di sisi dan mencapai segelas susu segar lalu meneguknya perlahan. Matanya merenung Mya yang kelihatan sedikit gelisah. “Hari ni saya tak kerja.Public Holiday kan.”

‘Hah? Tak kerja? Rosak plan aku. Eeeee.’ Mya menjerit di dalam hati. Jika Mikail tak bekerja, bermakna dia terpaksa terperap dalam apartment mewah itu sehari suntuk. Dia perlu melayan dan menatang Mikail bagai minyak yang penuh. Eh, bosan la!

“Awak ni kenapa?” Mikail menjeling sekilas. Macam dia tak tahu gadis di hadapannya ini kelihatan resah dan tak senang duduk bila mengetahui dia tidak ke pejabat pagi ini. “Kalau awak nak keluar, keluar aje lah.”

Aku Bukan MistressWhere stories live. Discover now