Bab 6 : Aku Bukan Mistress
Pagi-pagi lagi Mikail sudah bangun untuk berjogging di tasik di belakang kondo mewahnya itu.Rutin mingguan yang terpaksa dia patuhi untuk menjaga kesihatan dan bentuk tubuhnya supaya kekal sasa dan bergaya.
Bunyi gelas dan pinggan berlaga di dapur membuatkan dia senyum sendiri. Pastinya Mya sedang terkocoh-kocoh membuat sarapan untuknya dan Mama.
Namun lidahnya kelu tatkala wajah Datin Adiba yang terpampang di depan matanya. Dia tercari-cari kelibat Mya namun tiada. Belum bangun lagi ke? Tak senonoh betul. Tak segan ke dengan mama? Omelnya dalam hati.
“Hai, kenapa muka macam lemah je?” Perli Datin Adiba. “Sebab yang diharap tak nampak muka ke?”
Mikail tersengih kelat. Dia melabuhkan duduk di kerusi dan tangannya segera mencapai sekeping sandwich tuna. “Mama la org pertama yang Mika nak tengok setiap kali celik mata tau..”
Darin Adiba tersenyum simpul, macam lah dia tidak tahu gelojak hati anak muda dihadapannya ini. Siapa tidak tertawan dengan wajah sejelita Mya. Dia sendiri dalam diam memuji kecantikan gadis itu, persis model terkenal dan terlalu sempurna. Cuma hati gadis itu belum berjaya dia selidiki dan dia sangsi dengan kehadiran Mya di rumah anak terunanya ini.
“Pandailah kamu.” Ujar Datin Adiba dalam senyuman. “Oh, mama bagi Mya cuti 2-3 hari tau. Biar mama jaga kamu sementara waktu ni, lepas ni mama suruh Mak Jah datang jaga Mika . Ok?”
Mikail tersedak-sedak. Pantas dia menghirup susu segar di hadapannya. “Apa?Mama kasi Mya cuti?” Matanya membuntang merenung Datin Adiba. Sungguh dia tidak percaya mama membuat keputusan tanpa merujuk padanya terlebih dahulu.
“Ha ah.kesian dia, dia kata dia tak pernah cuti selama kerja dengan kamu. Tak baik tau aniaya orang camtu.”
Mikail mengetap bibir, pandai Mya menyusun strategi melarikan diri darinya.
“Mana ada Ma, dia yang nak kerja lebih masa, nak duit lebih katanya.” Sandwich di tangan diletak semula dalam piring. Hilang seleranya begitu sahaja. Patutlah dari tadi dia tidak nampak kelibat Mya.
“Mama cakap dengan dia tadi, bukan main seronok lagi. Terus kemas beg dan keluar.” Datin Adiba mengambil tempat di sisi anak bujangnya.
Mikail terpempan. “What? Dia bawak beg?” Bulat matanya menikam mata Datin Adiba. “Dia ke mana Ma?”
“Eh, manalah mama tahu. Mungkin balik kampung ke atau ke rumah sedara dia.” Datin Adiba menjawab selamba. Rasanya tiada kepentingan untuk dia bertanya ke mana Mya pergi.
“Bila dia balik sini Ma?” Wajah Mikail jelas kelihatan kurang senang. “Mama ni pandai-pandai je bagi dia keluar tak tanya Mika dulu.” Disambung pula dengan rungutan menyalahkan ibunya.
“Eh, salah Mama ke?” Datin Adiba menggeleng kehairanan. “Mama bagi dia hak yang patut dia dapat. Dia pun perlukan rehat Mika.”
“Alah selama ni ok aje dia tak ada cuti.” Balas Mikail mendatar. “Bukan kena kerja angkat batu, buat kerja rumah light-light, bukan penat pun.” Sungguh hatinya tidak tenteram dengan tindakan mamanya. Untuk apa dilepaskan Mya keluar? Tentu saja gadis itu melompat gembira diberi kebebasan begitu. Ah, kusut kepalanya!
“Kata kamu tak penat, kamu pernah buat kerja rumah ke?” Balas Datin Adiba dengan senyum meleret. “Setakat cuti 2-3 hari apa salahnya. Lagipun mama kan ada dekat sini.”
“Rugilah Mika bayar gaji dia.” Rungutnya sekadar menutup gelisah di hati. “Bulan ni kena tolak gaji dia.”
“Hah, tu pandai-pandailah kamu kira. Mama tak masuk campur.”
![](https://img.wattpad.com/cover/27112315-288-k721963.jpg)
YOU ARE READING
Aku Bukan Mistress
RomanceSinopsis: Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang...