Bab 5 : Aku Bukan Mistress
Mya menghela nafas lega melihat semua lauk pauk untuk makan malam dah cantik bersusun di atas meja. 2 jam dia membantu Datin Adiba memasak sebentar tadi dan saat bersendirian di dapur membuatkan dia berasa lega dan bebas.
Aroma asam pedas ikan tenggiri yang dimasak Datin Adiba benar-benar membuka seleranya. Membuatkan dia merasa rindu kepada masakan asam pedas nenek. Oh rindunya pada nenek, entah bila la Mya boleh berjumpa nenek lagi.
Hatinya digayut rasa pilu mengenangkan nenek yang entah apa khabarnya. Bukan dia tak cuba menghubungi orang tua kesayangannya itu, tapi mengingatkan sikap Mak Ngah yang sering menempelak dan menengking setiap kali dia menelefon, membuatkan dia tawar hati.
Entah kenapa hati ibu saudaranya itu terlalu benci pada dirinya. Seingatnya dia tak pernah membuat salah kepada Mak Ngah, jauh sekali mengambil sesuatu yang bukan miliknya.
‘Nenek, Tuhan je yang tahu betapa rindunya Mya pada nenek...’ Airmata yang mengalir diseka perlahan. Sudah lama dia cuba tidak memikirkan tentang nenek kerana tidak mahu hatinya gundah gulana dan bersedih.
Namun hari ini, rindu yang dibendung sudah tidak mampu ditahan. Jika punya sayap, sudah lama dia terbang ke utara bertemu nenek. Akan dikucup pipi nenek sepuas hati, dan pastinya selepas itu nenek akan mengucupnya kembali.
“Dah siap masak?” Teguran itu membuatkan Myra tersentak. Pantas sisa airmata di pipi diseka dgn tapak tangan. Dalam gelabah, dia pura-pura membasuh tangan di sinki, cuba menyembunyikan wajah sembabnya dari pandangan Mikail.
“Awak ni kenapa? Baru suruh memasak sikit dah menangis.” Ejek Mikail sambil menarik kerusi di meja makan. Dia menelan liur dia melihat lauk pauk yang membuka selera. Sudah lama masakan mama tidak dijamahnya.
“Nak makan tunggu la Datin dulu. “ Ucap Mya apabila terpandang Mikail menyudu kuah asam pedas. “Datin naik solat maghrib tu.”
“Siapa nak makan?Orang nak ambik bau je. “ Tingkah Mikail dengan muka seposen. Mya mencebik. Agak pelik melihat kelakuan Mikail yang lebih santai dan ceria.
“Awak tunggulah Datin, saya nak naik atas mandi.” Mya melangkah walaupun saat itu dia terlalu lapar. Tapi mengenangkan status ‘orang gaji’ haruslah dia menjamah makanan selepas majikan sendawa kenyang.
Tangan Mya dipaut Mikail membuatkan Mya terlopong. “Awak gila ke?Nanti Datin nampak la.” Direntapnya tangan sambil mencerlung tajam pada wajah Mikail yang selamba.
“Awak menangis tadi kenapa?” Mya terpempan. Rupanya Mikail perasan dia menangis tadi. Ya allah, malunya.
“Sorry eh. Mana ada saya menangis.” Mya menjawab dengan penuh yakin. “Awak ingat masak asam pedas takde cili ke? Cili tu terpercik dalam mata saya.” Dalih Mya dan kemudian rasa nak hempuk kepalanya ke dinding atas alasan tak logik itu. Bodohnya aku!
“Haha. Very funny.” Mikail tersenyum sinis. “Jangan nak menipu seorang penipu ye.Tell me why?”
Mya mengetap bibir. “Jangan menyibuk la!” Pantas dia berpaling untuk meninggalkan Mikail namun Mikail lebih pantas menyambar pinggangnya dan dia jatuh terduduk atas riba Mikail. Degupan jantungnya memuncak saat matanya bertaut dengan mata Mikail.
“Ehem.Excuse me??” Kedua-duanya tersentak tatkala melihat Datin Adiba tercongok di muka pintu dapur. Mya dan Mikail pucat!
Lekas-lekas Mya bangun dan berdiri tegak di sisi meja, dalam hati dia menyumpah-nyumpah dengan tindakan Mikail yang selama ini tidak pernah berbuat demikian. Kenapa lelaki ini mahu menunjukkan kemesraan pada hari ini? Kenapa tidak hari-hari yang lain?
YOU ARE READING
Aku Bukan Mistress
RomanceSinopsis: Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang...