Bab 7 : Aku Bukan Mistress
Datin Adiba tersenyum tatkala melihat Mikail turun dari tangga. Sejak tengahari tadi, entah angin lintang mana melanggar anak terunanya sampaikan mahu melihat segaris senyuman di bibir itu pun payah.
Malah Mikail berkurung seharian di dalam bilik. Terdetik naluri keibuannya untuk bertanya, namun dia mahu memberikan ruang kepada Mikail supaya bertenang terlebih dahulu. Mungkin anaknya mahukan ruang dan masa bersendirian.
Bukan dia tidak tahu sikap Mikail, lambat laun pasti Mikail akan membuka mulut padanya, bercerita dan meminta pendapat dan pandangan seorang ibu.
Walaupun Mikail lebih suka memencilkan hidup sendiri di sini berbanding tinggal di rumah besar mereka, namun anaknya ini rajin menelefon dan bertanya khabar setiap hari. Cuma untuk bermalam di rumah besar adalah sesuatu yang agak sukar dilakukan oleh Mikail sejak insiden beberapa tahun lalu berlaku.
Alangkah baiknya jika semua itu tidak pernah terjadi dalam keluarganya. Datin Adiba mengeluh kecil. Hati tuanya tidak aman dengan kepincangan rukun dalam keluarganya, entah dimana silapnya damai di rumah itu sudah tiada lagi sejak Mikail membawa rajuk ke mari. Pantas dia mengalihkan pandangan ke arah Mikail yang kelihatan sugul dan sedikit pucat.
“Mika, you want something for dinner?Mama dah order pizza.” Mikail yang merebahkan badan di sofa hanya menggeleng. Tangannya mencapai remote Tv dan menekan butang-butangnya tanpa minat. Tiada rancangan yang menarik minatnya saat ini. Hujan lebat di luar sana membuatkan dia lebih rela bermalas-malas di atas sofa menghilangkan kedinginan.
Datin Adiba sekadar memerhati dari ruang bacaaan. Entah apa gelojak hati si Mikail saat ini, dia belum dapat meneka.
“Mika..” Panggil Datin Adiba lembut. Mika menoleh dan dihadiahkan sekuntum senyuman yang pada pengamatan Datin Adiba, senyuman tawar dan dibuat-buat. “Mika ada problem ke? Tak nak share dengan Mama?”
Mikail sekadar tersenyum kelat. Mampukah Mama menerima jika diceritakan segalanya? Jika diluah tentang siapa diri Mya, tentang segala kehidupan terlampau mereka, masih mampukah Mama bercakap lembut seperti ini dengannya?
Dia kenal Mama, pastinya Mama akan melenting dan merajuk panjang, jadi semua ini tidak sesuai diceritakan saat ini.
“Mika ok Ma, Mama jangan risau eh.” Tuturnya dengan senyuman yang dipaksa kelihatan ikhlas. “Mika penat je kot. Dah lama tak jogging.
Datin Adiba tergelak, dalam perasaan berbelah bahagi dia yakin Mikail tidak bercakap benar. “Ok, lain kali weekend rehat aje dekat rumah.” Datin Adiba bangkit menghampiri Mikail di ruang depan.
“Hidup ni sekali sekala kena la bagi ruang untuk berehat. Duduk rumah, baca buku atau main video game. Jangan fikir kerja aje 24 jam.” Usul Datin Adiba seraya duduk di sisi Mikail.
“Dah bosan main game Ma..” Tingkah Mikail lembut. Sesungguhnya jika disaat ini dia disogokkan dengan permainan video terhebat di dunia sekalipun, pastinya tidak akan mampu meredakan rasa sakit di hatinya.
Mikail mengetap bibir mengenangkan insiden pagi tadi, mendidih dan menggelegak seluruh hatinya membayangkan kemesraan Mya dan Jeff durjana itu. Pening juga memikirkan sikap Mya yang begitu mudah mempercayai lelaki luar.
“Mika, Mama cakap dengan Mika ni.” Satu cubitan hinggap di paha Mika, Mikail mengaduh sambil tangannya menggosok paha yang sedikit pedih. “Orang cakap dengan dia, dia boleh mengelamun. Anak bertuah!” Gomel Datin Adiba sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“Sorry Ma..” Mikail tersengih. “Mama cakap apa tadi?”
“Mama cakap, Mama nak naik atas solat Isyak, kalau budak Pizza datang, kamu ambil la dulu.Duit ada kat atas kabinet tepi pintu tu.” Datin Adiba memuncung ke arah pintu utama. Mikail mengangguk-angguk faham.
YOU ARE READING
Aku Bukan Mistress
RomanceSinopsis: Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang...