BLACK VELVET'S POV
"Huwarghhh~" Nisa menguap tanpa menutup mulut.
"Perangai tak semenggah." Ujar Tikah yang baru keluar dari bilik air.
"Yang penting aku kiyowo." Balas Nisa sambil garu bontot.
"Kiyowo waklu!" Jerit Putri sambil melangkah masuk ke dalam bilik air.
"Mesti kau terbayang Jisung nyanyi lagu ni depan kau kan. YOU!YOU MEMANG SANGAT KYUT! SO STOP LA BEING SO KYUT! YOU BUAT AYE-" Nyanyian Tikah tak dapat disambung akibat libasan tuala Nisa yang jena tepat kat muka dia. Istighfar jelah Tikah dengan perangai Nisa tu.
"Jisung tu? Isk isk tak mau aku. Perangai Masya-Allah." Nisa sambung golek atas katil dia.
"Kau pun dua kali lima je dengan Jisung tu. Perangai isk isk mintak kaki." Kata Tikah sambil godek-godek beg baju yang mereka semua dapat sebaik saja bangun dari tidur.
"Apa je ada dalam ni ek?" Tikah mengomel.
"Bajulah. Baju yang sama." Jawab Piyah yang dah selesai mandi tu. Sekarang ni dia tengah bergolek-golek dengan Aimi atas satu katil akibat kebosanan melampau. Yelah selalu kat asrama, at least adelah homework nak dibuat. Kat sini nak buat apa pon tatau. Golek-golek pon nampak muka minah-minah tu jugak.
"Owh...haahlah. Sama...ow wait...weh malu buduh...isk isk." Tikah sambung pakai baju.
"Kenapa?" Tanya Aimi sambil mengangkat kepalanya.
"WEH MANA DIORANG TAU SAIZ UNDERWARE AKU NI WEH AKU RASA MACAM KENA ROGOL SIAK!" Tikah merungut kasar sambil menyarung bajunya juga dengan kasar.
"Wah yeke? Wow..." Kata Putri, baru lepas mandi. Putri mandi memang laju tapi wangi.
"Wow kau kata?" Tikah pandang Putri dengan muka tak percaya
"Habis tu?" Putri terus melabuhkan punggunya di atas katil. Dia bukak beg baju dia dan apa yg dia nampak ialah...
Pad.
"Weh betul do rasa macam kena rogol." Putri buat muka jijik.
"Awat?" Tanya Aimi pulak.
"DIORANG BETUL-BETUL BEKALKAN PAD TANPA AKU BAGITAU YANG AKU PERIOD." Putri meneruskan aktiviti memakai baju.
"Hurm." Nisa menge-hurm.
"Hurm je? Bukan kau pun period ke?" Tanya Piyah dengan muka pelik.
"Dari semalam lagi si Jisung tu ade cakap kat aku. Dia dengan Renjun memang ade sense yang kuat. So, diorang memang boleh bau. You know lah bau apa kan kalau period ni." Terang Nisa dengan muka selamba sambil masuk dalam bilik air.
"Eyy creppy nya mamat-mamat tu." Ulas Tikah yang sudah siap melilitkan tudungnya di kepala.
"Terpaksalah bertahan dengan perangai diorang yang aneh-aneh tu buat masa ni." Kata Piyah lagi. Yang lain cuma mengangguk setuju.
Selepas setengah jam menguruskan diri, jam akhirnya menunjukkan pukul 9. Mereka duduk membentuk bulatan di tengah-tengah bilik mereka tu. Diorang punya pishang tu sampai tak tau nak cakap apa. Sunyi sepi je.
Tiba-tiba pintu bilik mereka terbuka. Muka Mark terjengul di muka pintu. Terkekut beruk minah 5 ketul tu.
"Keluar." Mark memberi arahan ringkas. Terkocoh-kocoh mereka bangun dan berjalan keluar. Maka nampaklah muka-muka annoying yang culik diorang semalam.
"Morning, princesses!" Ucap Renjun dengan muka ceria.
"Princesses waklu. Duduk dah macam dalam penjara panggil ptincesses." Kata Piyah.
![](https://img.wattpad.com/cover/171223525-288-k415063.jpg)
YOU ARE READING
E-VE || NCT DREAM 《BLACKVELVET SERIES》
FanfictionKena culik dengan bias sendiri? Seronok? Motif?