//this chap gonna be a long one so be prepare//
BLACK VELVET's POV
Kitorang masuk ke dalam sebuah lif yang agak besar. Transparent sebenarnya lif ni tapi yang kitorang nampak cuma putih. Jeno menekan butang di sebelah pintu lif.
"Whut? Simbol apa ni ?" Putri yang ternampak perbuatan Jeno terus bersuara.
Jeno cuma pandang Putri sekilas. "Lif sini tak guna nombor. Guna simbol. Semua bahagian tempat kat dalam bangunan ni guna simbol. Lif ni akan bawa kau terus ke tempat tu ikut simbol. Even floor pun guna simbol." Jawab Jeno.
Maka fahamlah kitorang sambil 'OOOOHHHH~'.
"Tak boleh panjang lagi ke oh tu?" Ujar Mark tiba-tiba dengan nada marah.
Piyah yang lagi tadi tahan je geram terus cakap, "Boleh boleh! Nak panjang sangat kan? OOOOHHHHHHHH-"
'OOOHH' Piyah terhenti sebab Jaemin tutup mulut dia dari belakang guna tangan Jaemin sendiri.
"Eish! Jangan sentuh akulah! Aku Islam tau tak?" Piyah menarik tangan Jaemin jauh dari mulutnya.
"Sorry. Kalau macam tu tolong senyap." Lagi sekali, Jaemin bagi Piyah jelingan badi.
Maka Piyah pun senyap. Lif bergerak. Kejap ke bawah, kejap ke kanan dan ke bawah semula. Lepas tu ke kiri pulak. Pintu lif terbuka selepas turun dengan tiba-tiba dan berkelajuan tinggi.
Keluar-keluar je kitorang terus batuk-batuk. Terkejut bak hang. Tiberrrr je lif ni turun laju-laju. Mereka kembali menggenggam pergelangan tangan kitorang dan menuju ke sebuah ruang.
Ruang yang amat besar. Macam hall tapi besar gila. Berwarna putih. Terdapat banyakkkkkkk ruang kecil berbentuk heksagon kaca kat dalam hall tu.
"Erm ni apa pulak?" Tikah cuba beranikan diri bertanya fan dijawab ringkas oleh Jisung yang berjalan dengan Nisa kat belakang Atikah.
"Dorm korang."
"Jangan nak merungut. Dorm korang ni dah cukup mewah. " Sambung Jeno pula.
Hmm nampaklah mewah sebab yeah , warna putih nampak eksklusif. Kitorang berjalan di susur yang panjang kat tepi hall tu. Hampir 5 minit berjalan, Nisa pula bersuara.
"Weh lamanya. Apahal jauh bebenor dorm kitorang ni?"
"Haa bagi aku buat taklimat sikit pasal dorm korang ni. Kat dalam hall ni, dormitary ikut abjad dan digit. Nama dorm dinamakan ikut susunan abjad dan digit. Contohnya, AA-1, AA-2. Setiap pasang abjad tu ada lima. Maksudnya dorm AA ade lima. Lepas tu AB pulak. Dah habis A, B pulak. Contohnya, BA-1 sampai BA-5 and then sambung BB pulak. Tapi AB dengan BA lain. Tak sama." Renjun explain.
Sesungguhnya sepanjang-panjang nokharom Renjun terangkan tadi, kitorang tak paham pun. Melongo je lebih.
"Err so, dorm kitorang nama apa? Bilik yang ke berapa?" Tanya Aimi yang dah nak goyang lutut dah berjalan.
"Dorm korang BV-5. Bilik yang ke-270." Bagitau Jaemin.
"Uih. Kenapa-" Tak sempat Putri nak buka mulut.
"Tolong berhenti bertanya boleh? Dah nak sampai dah. Nanti kitorang brief korang personally. Sabar jelah. Bising betul!" Mark tiba-tiba pusing belakang dengan muka bengis...tapi hensem. Yea that's the point.
Kami sambung berjalan dan akhirnya sampai ke satu bilik yang berbentuk heksagon tu. Kitorang masuk dalam tu. Selepas Mark tekan entah apa-apa entah dekat pintu dorm tu, pintu sliding dorm pun terbuka yang macam dekat mall tu.
Wow! Best gila! Dari luar macam kecik. Tapi besar sebenarnya untuk kitorang berlima. Dan tiada siling? Uwaa. Katil kitorang pun... kapsul! Macam yang selama ni kitorang pernah idamkan!
YOU ARE READING
E-VE || NCT DREAM 《BLACKVELVET SERIES》
FanfictionKena culik dengan bias sendiri? Seronok? Motif?