Cara Mudah Mengingat Apa Yang Kita Hafal

882 81 1
                                    

🌻

KALAULAH OTAK TU BENAK SANGAT, BUAT AMALAN INI.

Kalau orang tanya kenapa kasar sangat tajuk saya di atas?..
Sebenarnya sengaja saya buat ayat seperti itu supaya nak bagi orang faham bertapa penting amalan ini kepada mereka yang lemah ingatan. Kerana bukanlah semua manusia mempunyai ingatan yang kuat dan manusia di bahagikan kepada empat kumpulan.

Kumpulan pertama orang yang cepat hafal tapi dia cepat lupa.

Kumpulan yang kedua orang yang lambat hafal tapi cepat lupa.

Kumpulan yang ketiga lambat hafal payah lupa.

Kempulan yang keempat orang yang cepat hafal dan payah lupa.

Itulah ketogeri kumpulan dalam manusia sebab itulah saya gunakan ayat di atas.

Untuk pengatahuan semua bagi sesiapa yang mahu kuat ingatan mereka boleh mengamalkan amalan yang ingin saya ajarkan di sini.

Amalan ini ialah hanya dengan membaca:-
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
yang kita tidak sedar yang ada dalam bacaan ini dengan sifat ٱلرَّحۡمَـٰنِ dan ٱلرَّحِيمِ serta ٱللهِ mengandungi tiga puluh nama Tuhan dan sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hambanya melainkan mereka yang lalai.

Amalan ini untuk mencerahkan otak agar otak kita dapat mengingati sesuatu pekara yang kita baca atau menghafal sesuatu dalam bab ilmu ialah dengan membaca  بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ sembilan belas kali pada air putih, sesungguhnya di dalam Kalimah ini terdapat bilangan sebanyak sembilan belas huruf. Baca dan tiup di air putih Kemudiannya minum air itu, lakukan setiap hari amalan ini In Sha Allah kita tidak akan menjadi seorang pelupa serta kuat ingatan.

Ini adalah amalan tok guru pondok dahulu kala untuk anak muridnya dapat mengingati setiap yang di ajarkan olehnya.

Study Tips 2020Where stories live. Discover now