Home → Produktiviti → Bagaimana Mengatasi Rasa Malas & Menangguhkan Kerja?
BAGAIMANA MENGATASI RASA MALAS DAN SUKA MENANGGUHKAN KERJA?
Kita semua ada rasa malas.
Malangnya, kadangkala rasa malas itu datang pada waktu yang tidak sepatutnya, sewaktu kita mempunyai masa yang suntuk untuk menyiapkan sesuatu.
Dan akhirnya, kita akan menangguhkan kerja.
Persoalannya disini adalah bagaimana kita boleh mengatasi rasa malas, sikap menangguhkan kerja dan mencari fokus dengan lebih baik?
Ini adalah penting kerana kehidupan kita adalah singkat dan terhad.
Dan kita bukanlah robot untuk berkerja setiap masa, dan menghabis masa dalam keadaan sentiasa takut dan tergesa-gesa menyiapkan tugasan.
Ini bukanlah cara yang baik untuk menghabiskan hidup kita.
Sebenarnya kita boleh atasi ketakutan ini.
Kita boleh belajar untuk menguruskan ini dengan ketenangan dan penuh kesedaran.
Dan untuk melakukan itu, kita harus tingkatkan azam untuk kembali dengan penuh berani menyelesaikan tugasan yang penting.
Gangguan dan mengelakkan diri adalah sesuatu yang tidak bagus. Jadi bagaimana untuk mengatasi rasa malas ini?
Mari saya jelaskan.
APA YANG MENYEBABKAN RASA MALAS DAN MENANGGUHKAN KERJA SEBENARNYA?
Mengapa anda lari melakukan tugasan yang sukar?
Kerana anda takut.
anda tidak tahu apa yang anda buat
anda akan kucar-kacir dan kelihatan teruk
tugas tersebut sangat sukar dan langsung tidak selesa
anda akan berjaya tetapi kemudian perlu menghadapi keadaan yang menakutkan
Secara asasnya, kita merasa takut kerana kita berasa tidak selesa dan tidak pasti.
Secara fitrah, sifat manusia memang hanya mahukan perkara yang menyenangkan dan ada kepastian.
Gangguan seperti media sosial, rancangan televisyen, adalah satu perkara yang mudah. Semua orang suka melakukannya.
Ganguan-gangguan sebegini lebih menarik berbanding tugas yang sukar, dan lebih menyelesakan berbanding perlu menghadapi rasa takut.
Kita semua mempunyai rasa takut.
Tetapi sudah kebiasaan kita untuk melarikan diri daripadanya.
Mengelakkan dengan apa jua cara, termasuklah tidak mahu memikirkannya langsung. Minda kita memang hebat mengenai bab menangguhkan kerja ini.
Sekali kita sudah terganggu, kita akan terus lupa sama sekali tentang apa yang kita sepatutnya lakukan. Fikiran kita memang hebat dalam bab melupakan tanggungjawab.
Kita cuba untuk fokus, tetapi secara tiba-tiba hati kita tergerak untuk melakukan perkara lain. Kerana menumpukan fokus adalah sesuatu yang memang tidak selesa.
Minda kita sangat sukakan keselesaan, benci terhadap rasa tidak selesa, dan akan sentiasa mencarai jalan keluar ke arah keselesaan setiap masa, jika kita membiarkan mereka.
Itulah sebabnya mengapa kita malas dan menangguhkan kerja.
![](https://img.wattpad.com/cover/213057447-288-k530075.jpg)
YOU ARE READING
Study Tips 2020
Novela JuvenilStart : 2/5/2020 🌻 Say 'Astaghfirullah' for your past, 'Alhamdulillah' for your present and 'Hasbiyallah' for your future.