Chapter 6

18 4 2
                                    

[Rowoon situation]

"Aq rasa dh tiba masa untuk aq move on and lupakan semuanya...She wasn't meant to be with you. Kau kena terima tu" Rowoon bermonolog sendirian.

Hari baru telah bermula. Kali ini, Elena tiba awal di sekolah. Entah kenapa dia rasa malas untuk melekat di rumah lama ii sejak daripada dia menemukan hobi baru daddynya iaitu bercerita tentang perkahwinan.

Elena melangkah masuk ke kelas. Masih kosong. Dia meletakkan begnya dan mula melakukan regangan. Tiba ii, pintu kelasnya diketuk sehingga membuatkan dia terkejut.

"Cikgu ganggu?" tanya Sehun yang berpenampilan rapi yang sedang melihat Elena dari luar kelas sambil tersenyum.

"Taklah.." jawab Elena ringkas bersama senyuman pahit terukir di wajahnya.

Sehun memasuki ruangan kelas Elena dan duduk di atas meja yang terdekat dengan Elena. Sehun tidak berkata apa selain memandang Elena. Kekok dengan suasana itu, Elena mula bersuara.

"Awal cikgu sampai?"

Sehun tersenyum sebelum menjawab

"Normal lah..Saya kan cikgu. Tapi kalau awak yang sampai awal tu tak normal" balas Sehun.

Elena tersengih.

"Saya saja nak lari daripada daddy tu..Lately ni kan, dia asyik ckp ngn saya pasal kahwin je. Saya pelik lah" Elena mula mengambil tempat duduknya berhadapan dengan Sehun dan memulakan sesi bawangannya.

"Ok lah tu..Maksud daddy awak tu, dah sampai masa untuk dia tgk anak dia ni bahagia. Tu je"

"Tapi saya lagi bahagia bila dengan dia...Saya taknak orang lain dah" jawab Elena sehingga menampakkan bibirnya yang memuncung sedikit ke hadapan.

Sehun tersenyum smirk.

"Itu awak kata..Tapi harapan parents  ni satu je. Tgk anak diorang live well without them" Sehun mencuit hidung Elena sambil tersenyum.

Tindakannya itu menyebabkan wajah Elena mula memerah. Dua saat selepas kejadian memalukan itu, pelajar ii lain mula memasuki kelas mereka. Elena terkejut dan cuba untuk mengawal keadaan. Dia menggaru belakang kepalanya dan cuba untuk keluar dari kelas tersebut. Namun niatnya terhenti apabila Sehun memegang tangannya di hadapan classmatenya yang lain.

"Saya hantar awak balik harini. Ni perintah, ok?" bisik Sehun di telinga Elena sebelum dia perlahan lahan keluar dari kelas. Rowoon yang tiba 10 saat sebelum kejadian itu melihat segalanya. Kakinya kaku. Selepas Sehun pergi, barulah dia dapat bergerak.

Sebaik sahaja Rowoon masuk ke kelas, Ienara dan Jungkook mengerumuni Elena.

"Weh..Kau ada apa ii ke dgn sir?" tanya Ienara.

"Macam intim je bisikan tadi tu" sambung jungkook.

"Kau tau ape?!" tengking Elena sambil menampar lengan jungkook sekuat hati.

"Aduhhh!!!" jerit Jungkook kesakitan.

Elena terus keluar dari kelas dan menuju ke tandas.

Selama lima belas minit Elena memgurung dirinya di dalam tandas. Dia berasa malu dan takut sekiranya pelajar mula mencipta gosip antara dirinya dan Sehun. Perasaannya yang terlalu takut itu membuatkan dia berusaha untuk memberanikan diri dan kembali ke kelas.

Sepanjang sesi pembelajaran, fikiran Elena sibuk bekerja untuk Sehun dan Rowoon. Moment dirinya bersama Sehun masih segar di ingatan tetapi kata ii Serra tentang perasaan Rowoon terhadap dirinya lebih ligat bermain di fikirannya.

Waktu rehat telah pun tiba. Jungkook membuat keputusan untuk rehat berdua bersama Serra. Tinggallah Ienara yang masih setia menemani Elena.

[Di kantin]

Toxic Love [COMPLETE]Where stories live. Discover now