BAB 5

317 9 3
                                    

ADI senyum mengenang kembali perbualannya dengan Noi. Tak sangka, dia boleh berkenalan dengan gadis tinggi lampai itu. Nampaknya Noi seorang yang peramah. Mudah mesra dan apa yang menarik tentang Noi, gadis itu suka memberi pendapat tanpa segan-silu.

"Woi! Apa senyum-senyum sorang ni?"

Adi mendongak. Johan sudah terpacak di depan. Punggung dilabuhkan di atas kerusi depan.

"Tak ada apa. Apa maklumat kau ada?" Terus saja Adi bertanya.

"Kau tak oder ice blended ke? Aku haus ni. At least, kasi tekak aku basah dulu la bro." Johan panggil seorang pelayan cafe lalu memesan minuman kegemaran.

Lima minit kemudian, sampai dua gelas besar cappuccino ice blended ke meja. Rakus Johan menyedut. Ditujah-tujah dengan straw lalu disedut lagi. Dia perhatikan Adi yang masih senyum-senyum macam mamat sewel.

"Aku rasa kau ni dah kena tangkap cintan." Johan menepuk meja.

Adi tersedar. Kamera yang dibelek tadi diletakkan atas meja. Gelas cappuccino ditarik dekat dan disedut.

"Dah. Kau jangan nak corner baring tukar topik. Mana maklumat yang kau nak bagi kat aku tu? Macamlah tak boleh WhatsApp aku. Sengaja kau nak aku belanja kau, kan?" tempelak Adi dengan senyuman sinis.

Johan senyum. Dia mengacau minumannya dengan straw sekali lagi sebelum menyedutnya penuh nikmat. Sruk! Sruk! Sruk! Ahhh...

Adi sengih. Menggeleng dia melihat gelagat Johan. Buruk lantak betul!

"Aku dah ada contact number seorang ni. Dengarnya, dia ada skil pasal tilik-menilik ni. Ni nombor dia. Kalau kau berminat, kita boleh set masa pergi sana." Satu keping kertas dihulur kepada Adi.

Adi melihat nombor dan nama yang tertulis di atas kertas. Berkerut-kerut dahinya. Rasa nak gelak semedang!

"Jo, nombor sapa yang hang bagi kat aku ni? Biaq betui!"

Johan senyum sumbing. Dah tukar slanga pula!

"Nombor bomoh la! Kan kau yang beria-ia nak jumpa bomoh."

"Weh, cuba kau tengok ni. Nama bomoh ni, Wak Jowo Raden Krepot. Weh! Kau nak main-mainkan aku, eh?" Satu tepukan kuat singgah di bahu Johan.

"Betullah tu. Kalau tak percaya, kau call nombor tu. Aku dah call tadi. Memang dia!" Johan bersungguh.

Tanpa berlengah, Adi segera menghubungi nombor yang diberikan Johan. Lama dia menunggu sebelum panggilannya dijawab. Beberapa minit kemudian, perbualan diputuskan. Adi kembali melihat Johan yang tersengih-sengih.

"So?" tanya Johan.

"Betullah... Tapi aku pelik. Macam mana dia tahu aku sedang siasat kes Malik? Malah dia tahu pasal torehan kat lengan tu. Kau dah bagi tahu dia ke?" Adi mengerutkan kening.

"Kau rasa?" Johan ketawa.

"Celaka kau, Jo! Kau nak kenakan aku!!" Kertas tadi dilempar ke muka Johan yang sudah berdekah-dekah ketawakannya.

"Okey, okey. Aku serius. Sebenarnya, aku dah beritahu bomoh pasal kes tu. Aku dah atur pertemuan dengan bomoh tu kat Hulu Selangor. Tapi bukan sekarang." Johan mula reda ketawanya.

"Bomoh Wak Jowo Krepot apa kejadah ni ke?" Adi merengus.

"Bukan. Ni bomoh lain. Nanti aku roger kau." Johan menghabiskan minumannya.

Adi mencebik. Beria dia ingatkan Johan ada maklumat tentang torehan pada lengan mangsa. Alih-alih, lawak bodoh yang dia terima. Bengong!

Johan senyum melihat Adi yang sudah kemerahan mukanya. Dah lama dia tak kenakan Adi. Sejak meninggalkan kampus, selalu Adi kena sakat. Bukan sikit tapi kaw-kaw punya! Tambah lagi pasal gadis yang pernah menjadi secret admire Adi. Nasib baiklah kembar Adi, Amzar, tidak satu kampus dengan Adi. Kalau tidak, mahu keliru minah-minah gedik tu semua.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Feb 06, 2020 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

M.A.Y.ATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang