KETIKA melalui lorong motosikal di lebuh raya Persekutuan, dengan menyamai kelajuan pelumba basikal Le Tour de Langkawi, kira-kira hampir enam buah lagu selesai aku dendangankan buat peneman halwa telinga. Tamat lagu terakhir, motor yang aku tunggang sudah memasuki kawasan pusat bandar. Tanpa teragak-agak, aku hala handle motor ke arah kiri, menuju ke tempat parkir di tepi Taman Tasik Shah Alam. Kapcai Agus kuparkir tanpa peduli papan amaran 'Dilarang Meletak Kenderaan Di Kawasan Ini'. Tak kuasa aku nak fikir. Kena saman, bayar sajalah! Berapa ringgitlah sangat pun. Tak luak gaji sebulan dan tak rasa ralat sebab memang aku tahu risiko meletak kenderaan sesuka hati di sini. Namun, tindakan seperti ini tidak seharusnya dilakukan kerana apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, perbuatan meletak kenderaan di tempat tidak bab3latest pasangan yd.indd 10 11/3/2019 3:36:24 PMAULIA IMAN11dibenarkan mampu menjadi musibah kepada orang lain. Sesudah meletak motosikal berjenama EX5 berwarna biru gelap, topi keledar kugapai lalu kusangkut ke lengan. Dengan bersahaja aku ayun kaki menuju ke Plaza Alam Sentral. Di sana, salah sebuah ofis kawan baik Puan Hasmah akan aku jejak untuk sekian kalinya. Eskalator yang bergerak tanpa henti aku hampiri. Tanpa berlengah, aku naik ke atas teknologi yang hampir sama dengan fungsi sebuah lif. Aku perhatikan kawasan dalam mall ini. Di ruang legar tingkat bawah, terlihat pameran kereta. Aku amati sebuah kereta yang menjadi tumpuan ramai. Oh Perodua Aruz; patutlah ramai yang melihat-lihat. Produk terbaharu keluaran Perodua. Sedar tak sedar, kaki sudah sampai ke tingkat tiga bangunan yang dikenali dengan nama singkatan iaitu PAS. Dengan alamat yang diberi, aku mengorak langkah ke kanan menuju ke satu lot kedai di dalam sana. Sebaik sahaja tiba di kedai yang menjual aksesori dan peralatan sukan, aku bertanya kepada jurujual yang sedang melayani pelanggannya. "Cik... boleh saya berjumpa dengan Encik Aniq Zackry." "Boleh. Sebelum tu boleh saya tahu nama cik? "Nama saya Julia. Julia Safya. Panggil Safya," jawabku ringkas. "Cik Safya tunggu sekejap ya!" "Baiklah!" Aku angguk sambil menghantar jurujual kecil molek itu dengan pandangan kosong. Lebih kurang lima minit menunggu, jurujual tadi muncul sambil mengarahkan aku ke bilik belakang. Katanya, latest pasangan yd.indd 11 11/3/2019 3:36:24 PMPasangan yang ditakdirkan12lelaki yang aku cari sedang menanti di dalam sana. "Encik Aniq suruh Cik Safya masuk. Dia tunggu di dalam." "Okey, terima kasih!" ajuku kepada jurujual tersebut. Tanpa berlengah, aku hampiri bilik yang agak tersorok. Dengan berhati-hati aku ketuk pintu dan melangkah masuk apabila terdengar suara itu memberi kebenaran untuk masuk. "So... inilah Cik Safya? Pereka merangkap perunding untuk wedding card I?" "Ya, betullah tu!" Anggukku yakin. "Sila duduk." Aku menurut. "Terima kasih." "Boleh kita mula?" Dia tegakkan duduk sambil tunak memerhatikan wajahku. "Ya, boleh. Lagi cepat, lagi bagus." "Betul tu. Taklah saya nak buang masa pada perkara-perkara remeh seperti salam perkenalan ni, kan? Am I right?" Gulp! Liur kutelan mencari nafas apabila jelingan maut itu terpanah tepat ke anak mataku. "Yes, Encik Aniq. Sebelum ni officemate I yang handle kes encik. Saya hanya membantu. Cuma kali ni, berbeza sedikit sebab saya sendiri yang akan uruskan design dan susun letak kad encik," komenku cuba mencipta suasana santai walaupun aku terasa janggal berbicara dengan lelaki seperti ini. "So, boleh kita terus mulakan perbincangan kita?" Aku mengangguk dan Aniq terus memulakannya.latest pasangan yd.indd 12 11/3/2019 3:36:24 PMAULIA IMAN13"I rasa... I nak guna reka bentuk klasik?" Dia bersandar semula ke kerusi sambil menanti bicaraku yang seterusnya. "Sebenarnya, Encik Aniq dah salah faham ni. I ke sini hanya untuk hantar sebut harga." "Ya, memang I ada minta sebut harga. Dan tiba-tiba I rasa nak tengok reka bentuk kad. Yang you and your friend beri hari tu, I tak berkenanlah. So, I nak tengok yang baru. Yang boleh tarik perhatian I. Boleh, kan?" "Maaf Encik Aniq, I hanya hantar quotation dan invois. Untuk maklumat lanjut, encik boleh terus ke ofis. Kita bincang di sana dan pelbagai layout yang menarik telah tersedia di sana." "So, tak ada layoutlah ni? Tak ada reka bentuk kad yang terbaharulah ni?" Aku mengangguk. "Ya, tapi kalau Encik Aniq mahu lihat design yang menarik, boleh terus ke ofis kami." "Apa punya companylah you ni! Nak suruh I ke sana bagai. Eh, you nak reject kemahuan dan kehendak daripada klien ke apa ni?" "Bukan macam tu, encik. Sebenarnya, I hanya hantar dokumen seperti yang Encik Aniq minta. Itu sahaja!" gumam aku masih lembut walaupun dalam hati ini sudah membara-bara rasa menyampah terhadap sikapnya yang angkuh itu. Yalah, setakat dokumen sebegitu; sewajarnya boleh sahaja dihantar melalui e-mel, tetapi klien Puan Hasmah yang satu ni memang cerewet dan menyusahkan! Nak by handlah! Nak face-to-facelah! Mengada-ada. "Well... I akan call your bos and inform pada dia latest pasangan yd.indd 13 11/3/2019 3:36:24 PMPasangan yang ditakdirkan14yang I mahu you beri lebih masa untuk bincang tentang design yang I nak pilih!" Lelaki bajet bagus ini sudah gapai telefon pintarnya dan seolah-olah mahu menghubungi Puan Hasmah. Sebelum apa-apa terjadi, aku halang dia daripada bertindak. "Wait! I datang untuk hantar sebut harga dan dokumen yang terlibat. Tentang design, Encik Aniq boleh datang ke pejabat kami dan buat pilihan. I tak bawa apa-apa contoh. Lagipun I ke sini hanya untuk hantar semua tu. Itu sahaja!" terangku panjang lebar. Sebenarnya, aku tidak faham dengan sikap lelaki ini. Tiba-tiba saja, dia seperti mengugut untuk menghubungi Puan Hasmah. Hesy, benci betullah dengan mamat perangai tak semenggah macam ni! "You ni nak berniaga atau tidak? Banyak alasan! Kalau bos you tahu yang dia ada pekerja malas, mesti awalawal lagi dia pecat you. Memburukkan imej syarikat!" Dia tuduh aku dengan kata-kata yang boleh tahan 'sedap' didengar. Aku renung muka Aniq Zackry, dah kacak, dah segak, tapi mulut tak beradab. Sedap-sedap menuduh! "Opps, sorry... Mindset orang berniaga tak sama dengan mindset pekerja makan gaji!" Tuturnya kali ini membuat aku ketap bibir, meluap rasa marahku. Isy, kalau tak kenang dia ni pelanggan kesayangan Puan Hasmah, dah lama aku lesing dengan beg kerja aku ni. "You sebenarnya despatch, kan?" "Hah?" Telahan itu benar-benar membuatkan aku rasa sedikit terkejut.latest pasangan yd.indd 14 11/3/2019 3:36:24 PMAULIA IMAN15"Mengakulah yang you despatch. Betul, kan?" ulangnya sekali lagi. Aku perhatikan dirinya dan aku mulai perasan anak mata lelaki itu sibuk merenung helmet yang kusangkut di lengan. "Aniq, kau dah..." Daun pintu terkuak. Sejenak suasana hening seketika. Perlahan-lahan aku menoleh ke belakang. Kelihatan seorang lelaki berdiri di muka pintu memegang sebungkus beg kertas dari satu francais makanan segera yang cukup terkenal. Untuk beberapa ketika, anak mata kami bertembung, berpadu dan bersatu. "Ehem!" Aniq berdeham dan lelaki itu terus mengalih pandangan dan meluah kata. "Sorry... tak tahu pulak kau ada tetamu. Okeylah, aku keluar dulu!" Lelaki itu mahu merapatkan semula daun pintu namun Aniq Zackry segera menghalang. "Weh, masuklah! Aku tengah tengok-tengok sebut harga kad kahwin ni." "Kad kahwin? Siapa yang nak kahwin ni?" Lelaki itu menyoal dengan kening terjongket tinggi. "Eh, takkan kau dah lupa kut!" Aniq Zackry membalas dengan gelak panjang. "Serius, aku tak ingat!" Kedua-duanya berbicara seolah-olah terlupa aku yang terpacak macam batu nisan di tengah-tengah bilik kerja manusia berambut pendek itu. Huh, tak sukanya! "Don't worry, nanti kau akan tahu jugak. So, perkenalkan, ini Cik Safya. Despatch dekat company bakal mother-in-law aku."latest pasangan yd.indd 15 11/3/2019 3:36:24 PMPasangan yang ditakdirkan16"Despatch???" Aku dan lelaki tidak dikenali itu menyebut patah perkataan yang serupa. Aku tidak percaya, lelaki itu juga sukar mahu percaya. Tambah mengejutkan Puan Hasmah yang kugelar mak tiri itu adalah bakal mentua lelaki ini. Aduh, macam mana boleh jadi begini? Ya Allah, kecilnya dunia. Patutlah Puan Hasmah beria-ia mahu memberi yang terbaik untuk lelaki ini. Padanlah, bakal menantu dia rupanya. "Despatch? Perempuan?" Suara lelaki yang tidak kuketahui namanya itu membawa aku pulang dari khayalan panjang. "I bukan despatchlah!" Cepat-cepat aku nafikan tuduhan dia. "Whatever!" Aniq Zackry jongket kening. Menyampah betul aku! "Habis, helmet tu siapa punya? Jangan kata awak girlfriend kepada mat rempit pulak?" "Kalau girlfriend mat rempit sekalipun, salah ke?" "Tak salah, tapi tak rasa malu ke bermadu asmara dengan lelaki tak guna?" "Kita takkan tahu bagaimana pengakhiran hidup seseorang tu. Jadi jangan cepat-cepat buat anggapan negatif ya, Encik Aniq!" tuturku dengan tegas supaya dia sedar aku tidak suka jika seseorang itu begitu memandang rendah kepada insan lain.
![](https://img.wattpad.com/cover/213562006-288-k35102.jpg)
YOU ARE READING
PASANGAN YANG DITAKDIRKAN
RomanceJULIA SAFYA, seindah nama dan semanis orangnya. Bekerja sebagai pereka dan perunding kad perkahwinan, telah mempertemukan Safya dengan pelbagai ragam manusia. Salah seorangnya adalah Aniq Zackry. Lelaki yang sentiasa menguji sabar seorang gadis sepe...