BAB 4

49 0 0
                                    

SELEPAS tamat perbincangan dengan si monster bernama Aniq Zackry, aku terus sahaja bergegas meninggalkan kawasan panas itu. Hangat sungguh hati aku dengan kerenah lelaki bajet bagus tu! Macamlah dia seorang sahaja yang hendak kahwin. Penat membebel, sudahnya aku singgah di tepi gerai kecil berdekatan eskalator di tingkat paling bawah. Rojak buah menjadi pilihan. Sambil berjalan di sepanjang kaki lima menuju ke kompleks PKNS sebelum terus ke tasik di hujung sana, aku sumbat potongan buah ke dalam mulut. Satu, dua, tiga dan akhirnya suapan ke empat membuatkan aku hampir tercekik dek terkejut dengan bunyi hon yang bingit. Uhuk! Uhuk! Terasa seperti ada ketul-ketul yang tersekat di kerongkong. Uhuk! Uhuk! Kali ini aku sudah tertunduk bab4latest pasangan yd.indd 17 11/3/2019 3:36:24 PMPasangan yang ditakdirkan18menahan pedih hingga mata pun ikut berair. Tapak tangan pula sudah menepuk dada berulang kali. "Awak okey, Safya?" Aku angkat kepala. Wajah si kawan monster tu datang mendekat. "Nah, air!" Cepat-cepat dia buka penutup botol minuman lalu disua kepada aku. Tanpa apa-apa balasan, aku gapai pemberiannya dan meneguk laju. Dengan harapan sesuatu yang tersekat dapat bergerak ke dalam perut atau dikeluarkan semula. Tapi, tak boleh! "Apasal? Tak okey lagi?" Kali ini monster tu sibuk bertanya. Dia pun ada dan aku yakin dialah yang membunyikan hon seketika tadi. "Kita bawa Safya ke klinik!" "Tak payah!" Sebaik berakhir bicaranya, si monster tepuk belakang tubuh aku dengan tapak tangannya. Sekali tepuk, habis terpelanting keluar potongan buah tersebut. "Cepat minum!" arah si kawan monster. Aku ikut arahannya dan terus sahaja meneguk air mineral pemberiannya. Sesudah itu, aku hela nafas. Akhirnya, kesakitan itu berlalu juga. "Terima kasih, encik." Aku ucap terima kasih kepada pemberi mineral. Kemudian aku jeling wajah Aniq Zackry, dia bersahaja. Sikit pun tak pandang aku. Kerek! "Awak nak ke mana ni, Safya?" "Nak balik ofis!" "Dengan motor?" Aku angguk. Apa pelik sangat ke kalau perempuan tunggang motosikal? Cepat dan menjimatkan masa.latest pasangan yd.indd 18 11/3/2019 3:36:24 PMAULIA IMAN19"Bahayalah awak." "Insya-Allah tak bahaya sekiranya semua orang berhemah." Aku jeling Aniq Zackry. Kerana dia, aku hampir tercekik dan mati. "Oh ya, kereta tu yang bunyikan hon kan?" Aku juih ke arah kereta yang dihentikan di bahu jalan. Beberapa meter di belakang tempat aku berdiri. Lelaki itu mengangguk. "Tak guna punya kereta! Entah siapalah pemandu tak berhemah tu!" Sempat lagi aku maki pemandu yang membunyikan hon sesuka hati. "Menyusahkan sungguh!" bebelku lagi sengaja bagi si monster itu dengar. "Hai... perempuan zaman sekarang memang kurang adab. Makan berdiri. Bukan setakat berdiri, makan sambil berjalan. Isy, isy..." Aniq menggeleng kepala dan aku mendengar sahabatnya bersuara. "Aniq, relaks. Safya ni dah hampir hilang nyawa. So, tak perlulah cari gaduh dengan dia." Baik sungguh hati kawan Aniq ni. Dengan perempuan pandai ambil hati dan yang paling penting pandai mengalah. Begitulah ciri-ciri lelaki budiman pujaan hati wanita. "Awak okey?" "Saya okey. Terima kasih ya. Saya balik dulu," ucapku seraya mengangguk dan berlalu pergi. Wajah Encik Aniq sedikit pun tidak kupandang. Menyampah!

PASANGAN YANG DITAKDIRKANWhere stories live. Discover now