BAB 5

154 1 0
                                        

KEPALA diangguk dan pandangan dibuangkan ke sekeliling semula. Atira yang sedang leka mengambil gambar tidak jauh dari situ dikerling sekilas. Melihat lincahnya gadis itu dengan kerjanya, hati terus memuji. Ya, memang dia akui sebagai orang baru dalam bidang itu, Atira sangat berbakat malah dia juga sangat mengagumi semangat dan kesungguhan gadis itu dengan apa yang dilakukan. Dia ingat lagi semasa hasil rekaan pertama gadis itu dilemparkan ke lantai tetapi gadis itu tetap tidak pernah mengalah dan berputus asa. Walau dimarah dan dibebel bagaimana sekalipun, Atira masih juga setia bekerja di syarikatnya. Sudah enam bulan, ya, sudah enam bulan rupanya gadis itu Bab 5DSILY.indd 40 11/3/2019 1:03:42 PMAmeera Ameer41berkhidmat di Darkside dan dalam tempoh itu juga, dia semakin serasi dengan cara kerja gadis itu. "Itu sajalah yang aku nak kau buat." Rahman bersuara lagi. Emeer mengangguk. "Beri aku masa dua minggu untuk aku keluarkan draf rekaan. Lepas tu kita discuss semula," putusnya. Rahman mengangguk. "Take your time, Meer. Rumah ni pun masih banyak kerja yang belum siap lagi." "Tak apa. By the time aku siapkan design, rumah ni pun dah lapan puluh peratus siap." Rahman akur dan sekali lagi kepalanya diangguk. "Kau masih nak tengok-tengok lagi ke? Kalau dah sudah, jom kita pergi makan. Panas dalam ni," ajaknya sambil mengelap peluh yang mula membasahi dahi. Jam di tangan dikerling. Melihat waktu yang sudah menginjak hampir ke pukul satu tengah hari, kepala diangguk. "Aku ingat nak tengok tingkat atas tapi tak apalah esok aku datang lagi," balasnya. "Boleh. Kalau ada apa-apa kau nak tahu, kau boleh jumpa dengan Masri. Dia yang incharge untuk pembinaan rumah aku ni." "Okey," akurnya. "Dah, jom kita pergi makan dulu. Lepas tu DSILY.indd 41 11/3/2019 1:03:42 PMDear Sayang, I Love You42kau balik resort dan berehat. Aku tengok kau pun macam dah tak larat sangat dah tu." Muka Emeer yang sudah merah padam itu dipandang bersama gelengan. Suruh pergi klinik tak mahu. Degil betul! marahnya dalam hati. Emeer mengangguk dan pandangan dibuangkan ke sekeliling mencari Atira. Sebaik kelibat gadis itu menyapa pandangan mata, nama gadis itu dilaung. Atira berpaling dan kedua-dua lelaki itu dihampiri. "Kita lunch dulu," ucap Emeer. Akur, Atira mengangguk sahaja dan terus mengekor langkah kedua-duanya. "Saya hantar Encik Emeer ke klinik, ya? Saya dengar batuk Encik Emeer makin teruk tu." Emeer yang sedang bersandar di kerusi kereta dikerling sambil tangan lincah memasang tali pinggang keledar. Melihat keadaan Emeer begitu, semakin risau hati dia. Ketika makan tengah hari tadi lelaki itu juga batuk tidak henti-henti sehingga mengganggu seleranya. Kepala digeleng. "Kita terus balik resort. I nak berehat aje," tolaknya lalu matanya dipejamkan. "Tapi Encik Emeer nampak tak sihat sangat tu." Atira melepaskan keluhan berat. Apa yang susah DSILY.indd 42 11/3/2019 1:03:42 PMAmeera Ameer43sangat agaknya hendak ke klinik! "Boleh tak jangan cakap banyak? Terus aje balik ke resort!" tegasnya dan Atira dijeling tajam. "Encik Emeer takut jumpa doktor eh?" soalnya seakan-akan mengejek. "Keluar, biar I drive!" bentak Emeer dengan suara yang sudah naik senada. Kenapa arahannya yang begitu mudah untuk difahami pun Atira susah hendak ikut? "No! Saya akan hantar Encik Emeer ke klinik." Atira turut bertegas. Enjin kereta dihidupkan dan gear ditekan. "Tira!" Emeer sudah mula hilang sabar. Sudahlah dia dalam keadaan begitu, Atira pula hendak memandai-mandai. "Saya tahu Encik Emeer takut nak jumpa doktor, kan? Sebab itulah Encik Emeer tak nak pergi klinik." "Tak ada sebab I takut jumpa doktor," balasnya sambil tarik muka. "Kalau tak takut, jom kita pergi klinik." "Yang you sibuk sangat ni kenapa? I yang sakit biarlah I yang tanggung!" marahnya. "Memang saya menyibuk tapi kalau jadi apaapa pada Encik Emeer, siapa yang susah? Kita datang sini berdua saja, tahu tak? Kalau bukan saya yang DSILY.indd 43 11/3/2019 1:03:42 PMDear Sayang, I Love You44ambil berat tentang Encik Emeer, jadi siapa lagi?" Atira turut meninggikan suara. "Lagi satu, kalau sakit Encik Emeer melarat, siapa yang nak buat semua kerja yang ada tu? Encik Emeer nak saya pikul semua kerja tu sendiri?" bedilnya pula. Emeer mendengus dan tangannya dipelukkan ke tubuh. "I ni cuma bos you aje jadi tak payah nak ambil berat sangat. Tentang kerja-kerja tu semua, walau I tengah sakit, I masih boleh handle lagi dan I tak akan susahkan you. You buat kerja you aje dah cukup!" "Manusia kalau dah degil memang susah nak nasihat!" bebel Atira geram. "You cakap apa? I degil?" Emeer mula panas hati. "Betullah apa saya cakap tu. Hanya orang degil aje yang perangainya macam Encik Emeer." Selambanya. "Kalau Encik Emeer tak nak pergi klinik tak apalah. Saya pun malas nak paksa. Lagipun saya nak sibuk sangat buat apa, kan? Encik Emeer cuma bos saya bukannya ahli keluarga saya!" Emeer dijeling dan kereta terus dipandu pergi dari situ menuju ke resort. Kalau selepas ini jadi apa-apa pada Emeer memang dia akan biarkan sahaja. Tak kuasa dia hendak ambil tahu lagi. Emeer terus diam. Terkedu dia mendengar bebelan gadis itu. Beraninya Atira mengutuk dan memarahi dia begitu! DSILY.indd 44 11/3/2019 1:03:42 PMAmeera Ameer45TUBUH semakin berbisa dan kepala pula terasa berdenyut kuat. Nafas dihela payah dek hidung yang sudah mula tersumbat. Tekak pula semakin perit dan gatal menyebabkan batuknya juga makin menjadijadi. Pada saat-saat begini mulalah dia rindukan ibunya. Rindu masakan ibu dan pujukan manja ibunya yang sentiasa menyejukkan hati. Rasanya sudah berbulan-bulan dia tidak bertemu ibunya. "Mama..." rintihnya perlahan dan tubuh yang semakin berbisa dihempaskan ke kiri dan ke kanan. Kalaulah dia mendengar nasihat Atira tengah hari tadi tentu keadaannya tidak akan begitu. Teringat bagaimana bersungguhnya gadis itu membebel dan memarahinya, hati tiba-tiba terusik. Apa tidaknya, sejak dia berpatah arang dan berkerat rotan dengan keluarga, tiada siapa yang mengambil berat tentang dirinya walau sesekali ada juga ibunya menghubunginya. Perit jerih dan susah payah semuanya dia terpaksa tanggung sendiri. Sedang dia leka melayan sakit dan perasaan, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Matanya dibuka dan telefon bimbit di sebelahnya dicapai. Melihat nama Atira tertera di skrin, tiba-tiba bibirnya mengukir senyum dan panggilan tersebut terus disambut. "Waalaikumussalam," jawabnya perlahan bersama batuk kecil yang ditahan-tahan. DSILY.indd 45 11/3/2019 1:03:42 PMDear Sayang, I Love You46"Encik Emeer tahu tak otak saya ni tak boleh berhenti fikir tentang Encik Emeer? Please, biar saya hantar Encik Emeer ke klinik." "Tira..." "Boleh tak jangan buat saya rasa hopeless sangat dekat sini? Dan boleh tak jangan buat saya tak boleh tidur fikirkan Encik Emeer?" Emeer terdiam dan nafasnya dihela. Lama dia begitu sebelum dia bersuara semula. "Okey." Akhirnya dia mengalah juga. "Okey, saya tunggu di luar bilik Encik Emeer sekarang." Mendengar suara ceria gadis itu, sekali lagi bibir Emeer menguntum senyum. Demi Tuhan, sungguh dia tak sangka Atira akan bertindak senekad itu. Dengan senyum yang masih tersungging, dia bingkas bangun dan terus keluar. Melihat Atira yang sudah menanti di hadapan biliknya, dia berdeham dengan riak yang beku semula. "Encik Emeer," panggil Atira dengan senyum di bibir. Lega dia akhirnya Emeer beralah juga. Melihat wajah yang semakin pucat itu rasa simpatinya semakin menggunung. Dengan riak bersahaja, Emeer mula buka langkah menuruni mata tangga. Sebaik Atira dihampiri, kunci keretanya dihulurkan dan dia DSILY.indd 46 11/3/2019 1:03:42 PMAmeera Ameer47kembali buka langkah. Melihat muka Emeer yang tiada manisnya itu, Atira tergelak kecil. Dia tahu Emeer mesti bengang dengan perangai menyibuk dia, tapi dia lakukan itu sebab dia tak sanggup melihat keadaan Emeer begitu. Sampai sahaja di keretanya, Emeer terus meloloskan tubuh ke dalam perut kereta. Tali pinggang keledar ditarik dan tubuh terus disandarkan ke kerusi. Sebaik Atira masuk, gadis itu dikerling. "Nasihat dua puluh sen I pada you..." Atira dikerling. Atira menoleh dan keningnya dijongketkan. "Kalau tak nak boyfriend you bosan dengan you, janganlah buat perangai suka memaksa macam ni," bebelnya bersama jelingan. Mendengar bebelan Emeer, Atira tergelak. Tidak mengendahkan kata-kata lelaki itu, enjin kereta dihidupkan dan kereta terus dipandu pergi dari situ. "You ingat I buat lawak?" Emeer mendengus lalu tangan dipelukkan ke tubuh. Sudahlah dia sedang sakit, berani pula Atira menaikkan darah dia. Atira tak nampak dia sedang serius sekarang? Arghhh! "Terima kasih untuk nasihat dua puluh sen DSILY.indd 47 11/3/2019 1:03:42 PMDear Sayang, I Love You48Encik Emeer tu tapi buat masa ni saya tak ada boyfriend lagi. Tapi saya akan sentiasa ingat nasihat Encik Emeer tu. Yalah, mana tahu esok-esok tibatiba ada lelaki minat dekat saya," selorohnya. "Takkan umur dah dua puluh enam tahun pun tak ada boyfriend lagi?" duga Emeer dan wajah yang sedang melebar dengan senyum itu dikerling dari ekor matanya. Mustahil gadis cantik macam Atira masih belum berpunya. Tawa Atira bersambung. "Orang takut nak mengurat saya kut." Selambanya. "Kenapa? Atau you yang memilih," sindir Emeer dan pandangan dibuangkan ke hadapan semula. "Encik Emeer nak tahu tak, abi dan abangabang saya garang-garang semuanya. Mungkin sebab itulah kawan-kawan lelaki takut nak dekat dengan saya," balasnya dengan tawa yang masih bersisa. Emeer kerutkan dahi. "Habis tu you ke sini berdua dengan I, dia orang tak kisah ke?" Entah kenapa tiba-tiba dia terfikirkan tentang itu sedangkan sebelum itu perkara tersebut langsung tidak terlintas di dalam kepalanya. "Kisah," jawabnya sepatah. "Kalau keluarga you kisah, kenapa you ikut juga?" DSILY.indd 48 11/3/2019 1:03:42 PMAmeera Ameer49"Dah kerja saya." "Atau you tak beritahu keluarga you yang you ikut I?" Haih! Mulalah tidak sedap hati dia. Sudahlah yang dia bawa itu anak dara orang. "Saya dah minta izin dan keluarga saya dah beri kebenaran." Kalau bukan sebab Fadzlan yang meyakinkan memang tak ikutlah saya ke mari, Encik Emeer, sambungnya dalam hati. "Semudah itu aje?" Atira dipandang semula. Bersama senyum manis di bibir, Atira menoleh menyebabkan pandangannya dan Emeer bertembung. Terkedu dengan keadaan itu, Emeer berdeham dan cepat-cepat pandangannya dibuangkan ke hadapan. Hampir terburai tawa Atira melihat wajah kalut Emeer tetapi entah kenapa melihat riak malumalu lelaki itu, hati tiba-tiba diusik dengan satu rasa. DSILY

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 07, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DEAR SAYANG, I LOVE YOUWhere stories live. Discover now