DAUN pintu diketuk dan nafas dihela. Kertas rekaan di tangan dikerling sekilas dan sekali lagi dia hela nafas. Ini adalah rekaan pertama yang Emeer arahkan dia buat sejak hampir tiga minggu bekerja di situ dan rekaan itulah yang akan menentukan nasibnya di Darkside selepas ini. Sungguh, perasaannya ketika itu memang sukar untuk digambarkan. Pelbagai rasa ada. Takut, bimbang dan gerun untuk melihat reaksi dan mendengar komen daripada lelaki itu. Maklumlah, cerewetnya Emeer bukan boleh dibawa bincang. "Masuk." Terdengar suara garau tetapi maskulin pemilik syarikat Darkside dari dalam, liurnya ditelan. Bab 2DSILY.indd 10 11/3/2019 1:03:40 PMAmeera Ameer11Cuba untuk menenangkan diri sendiri, matanya dipejamkan seketika dan nafas ditarik dalam. Relaks, Tira. Kau dah buat yang terbaik, bisiknya memujuk diri sendiri. Setelah perasaannya sedikit tenang, tombol pintu dipusing dan daun pintu terus dikuak. Dengan dada berdebar, kaki terus diayun masuk ke dalam dan meja Emeer dihampiri. "Encik Emeer," sapanya setenang yang mungkin. Emeer mendongak dan memandang Atira sekilas sebelum kembali meneruskan kerjanya. "Duduk," ucapnya sepatah. Atira akur dan terus duduk. "Any progress?" Walaupun suara lelaki itu kedengaran biasa tetapi tetap ada nada tegas di situ membuatkan dadanya berderau semula. "Ermmm... Saya dah siapkan design yang Encik Emeer suruh buat." "Show me." Tubuh terus disandarkan ke dinding kerusi sedang mata tajam merenung gadis di hadapannya itu tanpa perasaan. Atira telan liur. Perlahan-lahan nafasnya dihela untuk meredakan debaran di dada kemudian dia terus bersuara. "Ini rekaan untuk hiasan dalaman dan perabot di dalam bilik tidur utama." Sekeping kertas DSILY.indd 11 11/3/2019 1:03:40 PMDear Sayang, I Love You12A3 dengan rekaan lengkap dihulurkan kepada Emeer. "Dan ini pula rekaan untuk empat bilik yang lain. Semua perabot di dalam bilik tidur kita akan gunakan material jenis melamine with glass dan pasang siap. Colour scheme kita akan ikut permintaan klien," terangnya dan sehelai lagi kertas A3 diletakkan di hadapan Emeer. "Ini pula rekaan untuk ruang tamu. Kabinet TV, perabot, perhiasan dan lain-lain. Di ruang ini..." Kawasan yang dimaksudkan dalam lakaran ruang tamu di hadapannya ditunjukkan. "Saya letakkan pemidang yang akan memisahkan ruang tamu dan ruang menonton seperti yang dikehendaki oleh klien. Material yang akan digunakan adalah jenis kayu jati with built in lamp dan sedikit ukiran di tepi," sambungnya. Emeer hanya diam sahaja mendengar penerangan gadis itu sedang mata liar memerhati setiap rekaan yang diberikan kepadanya dengan riak yang masih seperti tadi. "Untuk dapur, saya masih tunggu klien beri konsep yang mereka inginkan untuk saya come out with the design." "Bila klien akan respond?" soalnya sedang mata langsung tidak berkalih dari rekaan di tangan. Setiap satu lakaran yang dilukis diamati dengan teliti. DSILY.indd 12 11/3/2019 1:03:40 PMAmeera Ameer13"Saya tunggu klien call. Mungkin dalam dua tiga hari lagi." Kepala diangkat dan Atira direnung dengan wajah yang tiada manisnya. "Jangan tunggu sampai klien yang call you but you have to call them. Dalam business, kita tak boleh menunggu tapi kita kena bertindak secepat yang mungkin. Kalau projek ni makan masa sampai berbulan-bulan sebab you melengahkan masa, macam mana kita nak siapkan projek lain? Bukan hanya masa you yang terbuang tapi I punya masa juga wasted!" tegasnya. Atira telan liur dan kepala diangguk. "Baik, Encik Emeer. Esok saya akan call klien semula untuk follow up," akurnya. "Make sure you call him and ask him to make decision." "Baik." "Based on your calculations, how much the overall cost?" "Almost fifty thousand." "Their budget?" Tubuh disandarkan ke kerusi dan rekaan di tangannya diletakkan ke atas meja. "Not more than hundred thousand." Emeer terdiam dan rekaan di atas meja dikerling semula. "Find a way to follow their budget. DSILY.indd 13 11/3/2019 1:03:40 PMDear Sayang, I Love You14If necessary, improved the design and the quality of the material," arahnya. Atira mengangguk. "Baik, Encik Emeer. Saya akan buat pengiraan semula selepas saya siapkan design dapur." "I nak tengok final design sebelum discussion terakhir you dengan klien." Sekali lagi kepala diangguk. "Baik," jawabnya sepatah. Melihat Emeer yang sudah diam di tempatnya, dia terus meminta diri untuk keluar dari situ. Berlama-lama nanti banyak pula pesanan penaja daripada lelaki itu. "Ermmm... Kalau tak ada apa-apa, I keluar dulu." Emeer angguk sahaja dan Atira bingkas bangun. Baru sahaja dia ingin melangkah, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Tubuh dipusingkan semula memandang Emeer yang sedang leka dengan dokumen di atas meja. Cuba menarik perhatian lelaki itu, Atira berdeham kecil. Sedikit terganggu, spontan itu Emeer angkat kepala dan tubuhnya ditegakkan. "Anything else?" Kening dijongket. "Minggu depan tempoh percubaan saya akan tamat jadi Encik Emeer nak saya stay atau tinggalkan syarikat?" Teringatkan kata-kata sendiri ketika Atira DSILY.indd 14 11/3/2019 1:03:40 PMAmeera Ameer15mula-mula melangkah masuk ke syarikatnya, Emeer terus menoleh memandang kalendar di sebelah kiri mejanya. Arghhh! Sudah hampir sebulan rupanya. Damn it! Kenapa dia beri tempoh percubaan yang begitu singkat? Untuk merendahkan egonya dan mengaku gadis itu layak untuk terus bekerja di situ, dia malu. Jadi apa yang perlu dia katakan sekarang? "Encik Emeer?" panggil Atira apabila lelaki itu hanya diam membisu di tempatnya. Emeer berdeham. "You dah dapat kerja lain ke?" Selambanya dan terus menyambung kerjanya semula. "Belum but I will find one." "Kalau belum ada kerja lain kenapa you sibuk sangat nak tinggalkan syarikat ni?" Kening dijongket. Atira simpan senyum. "Tapi Encik Emeer juga yang kata tempoh percubaan saya hanya satu bulan. Jadi kalau betul saya kena keluar dari syarikat, saya kena cari kerja lain," provoke dia lagi. Emeer mendengus kecil. Sungguh terperangkap dia dengan kata-kata gadis muda itu tetapi untuk dia mengalah tidak sama sekali. "You sendiri masih sanggup bekerja dengan I ke?" duga dia. Kepala diangguk. "Yes!" jawabnya sepatah. DSILY.indd 15 11/3/2019 1:03:40 PMDear Sayang, I Love You16Mendengar jawapan gadis itu, Emeer simpan senyum. "Fine! Since you pun tak pasti akan dapat kerja lain atau pun tidak, you boleh terus bekerja di sini. Nanti I akan suruh Ida untuk keluarkan surat pelantikan you sebagai designer," putusnya. Hurmmm... Tak perlu nampak dia desperate inginkan Atira terus bekerja di situ kerana Atira sendiri yang rela tanpa dipaksa. Hampir tergelak Atira mendengar jawapan lelaki itu tetapi ditahan-tahan sahaja. Kuatnya Emeer menjunjung ego sehingga sanggup menidakkan kemampuannya. "Jangan nak enjoy sangat walau I dah terima you bekerja di sini. Peraturan I tetap sama. Nothing change!" tegasnya. Atira mengangguk. "Thanks Encik Emeer and thanks for your trust," ucapnya ceria. Emeer tarik muka dan kembali menyudahkan kerjanya. "Dah, pergi sambung kerja," arahnya. Dengan senyum yang mula terbias di bibir, Atira akur dan terus keluar dari situ. Sebaik daun pintu ditutup kembali, Emeer mendengus dan tubuhnya disandarkan ke kerusi. Arghhh! Malu dia diperkotak-katikkan oleh seorang gadis mentah begitu. DSILY.indd 16 11/3/2019 1:03:41 PMAmeera Ameer17"SERIOUSLY?" Fadzlan tergelak lepas. Tubuh disandarkan ke kerusi dan kepalanya digeleng. Tak sangka sikap abangnya itu tidak pernah berubah. Atira mengangguk sambil tersenyum nipis. "It's seem that you are doing well sebab itulah dia ambil Tira. Knowing him, Lan tahu dia tu memang unpredictable punya manusia," sambung Fadzlan sebaik tawanya mula mengendur. "Bukan unpredictable saja tapi very hard to handle." Gelaknya berbunyi lagi. "Agreed with you. Memang sangat susah nak handle. Lan tahu tak Tira hampir give up layan kerenah dia dalam beberapa minggu ni. Cerewetnya ya ampun!" Kepala digeleng. Memang haru jugalah hidup dia beberapa minggu berada di Darkside Interior Design & Decoration. Setiap hari balik lambat dan hari Ahad juga dia terpaksa ke pejabat. Abi dan umi pun sudah mula bising-bising malah mempertikaikan tindakannya berhenti di tempat lama dan bekerja dengan Emeer. "Sorry sebab susahkan Tira tapi Lan tahu Tira memang mampu untuk bantu dia," ucap Fadzlan sedikit kesal. Demi Tuhan, rasa bersalahnya terhadap Atira tidak pernah padam. Hanya kerana masalah dalaman keluarga mereka, Atira yang terpaksa menjadi perantaranya. Atira tergelak kecil. "Walaupun dia tu agak DSILY.indd 17 11/3/2019 1:03:41 PMDear Sayang, I Love You18irritating but seriously, I'm okay with it. So, you don't have to worry too much." Cawan mocha di atas meja dicapai dan dihirup perlahan. Perlahan-lahan nafas dihela. "Thanks Tira tapi kalau Tira rasa Tira dah tak boleh tahan kerja dengan dia, Tira boleh berhenti. And you are welcome to work with me." Fadzlan memberi jaminan. Kepala digeleng. "Darkside..." Kata-katanya terhenti dan bibir terus menguntum senyum seolaholah sedang mengingati sesuatu. "I love working there..." balasnya dengan senyum yang masih bersisa. "I smell something fishy here..." Fadzlan kerutkan dahi. Tak mungkin Atira jatuh hati pada abangnya yang berhati batu itu? Kening dijongket. "Maksud Lan?" soalnya tak faham. "Jangan cakap dengan Lan yang Tira sukakan abang Lan?" soalnya dengan nada suara yang berbaur cemburu. "Boleh tak Lan jangan mengarut? Tira bukannya kenal sangat dengan dia jadi memang mustahil sangatlah kan dalam tempoh singkat Tira boleh sukakan dia," nafinya. "Tapi Tira suka affection dia dalam kerja," sambungnya. Ya, dia sangat mengagumi cara dan professionalism Emeer dalam DSILY.indd 18 11/3/2019 1:03:41 PMAmeera Ameer19kerjanya. Walaupun lelaki itu cerewet tetapi cerewetnya bertempat. Walaupun sikap lelaki itu kadang-kadang menjengkelkan tetapi setiap apa yang dilakukan bersebab. Dengan senyum yang dibuat-buat, Fadzlan angguk kepala. Mungkin dalam tempoh yang belum sampai sebulan amat mustahil untuk Atira jatuh cinta tetapi kalau difikirkan Emeer orangnya perkara itu bukanlah mustahil. Emeer walaupun sikap dan perwatakannya beku tetapi lelaki itu mempunyai pesona yang luar biasa. Peliknya, sejak abangnya itu putus tunang, tidak pernah abangnya itu mencari pengganti yang lain. DSILY

YOU ARE READING
DEAR SAYANG, I LOVE YOU
RomancePertemuan pertama mereka di Darkside menimbulkan rasa curiga di hati Emeer tetapi sebaliknya pula buat Atira. Dia teruja sehingga sanggup menerima apa sahaja syarat gila Emeer supaya diterima bekerja di situ. "Working with me is not easy." - EMEER "...