SELESAI berbual dengan Mubin dalam talian, telefon bimbitnya dimatikan dan terus disumbatkan ke dalam poket seluar. Tubuh disandarkan ke kereta lalu rokok di dalam poket seluar kirinya dikeluarkan. Sebatang rokok dicapai dan terus diletakkan di balik dua bibirnya lalu hujungnya dibakar. Dengan mata terpejam, rokok tersebut disedut dengan penuh nikmat lalu asapnya dihembus lepas. "Encik Emeer..." Terdengar namanya dipanggil, Emeer tersentak dan spontan itu matanya dibuka. Terpandangkan Atira sedang berdiri tidak jauh di hadapannya, dia berdeham dan tubuhnya Bab 3DSILY.indd 20 11/3/2019 1:03:41 PMAmeera Ameer21ditegakkan. Gadis itu dipandang dengan riak tegang. Selama satu jam dia menunggu baru sekarang Atira turun dari pejabat mereka? Hurm... Perempuan! Entah apa yang dibuat agaknya, bebelnya dalam hati. Tahu yang Emeer mungkin sedang panas hati menunggu lama, dia terus menyambung bicara. "Sorry sebab Encik Emeer terpaksa tunggu lama. Saya e-mel dokumen pada PA Datuk Zamri tadi," ucapnya beralasan. Tidak membalas atau memberikan sebarang reaksi kepada gadis itu, puntung rokok di tangan dicampakkan ke kaki dan dipijak lalu penggera kereta dibuka. "Pergi letak beg you dekat belakang lepas tu kita boleh gerak," arah Emeer dan terus masuk ke dalam perut kereta. Saat daun pintu ingin ditutup kembali, Atira yang sedang berjalan menuju ke belakang keretanya dikerling melalui cermin sisi dan tiba-tiba bibir mengukir senyum. Atau lebih tepat lagi, melepaskan rasa geli hati sebenarnya. "You bawa beg besar-besar tu nak duduk berapa lama dekat Kuantan?" soalnya sebaik Atira masuk ke dalam kereta. Gadis yang sedang menarik tali pinggang keledar ketika itu dikerling. "Encik Emeer kata tiga hari, kan?" Emeer dipandang dengan dahi berkerut. Setakat luggage bersaiz 22 inci itu besarkah? Mereka pergi tiga hari DSILY.indd 21 11/3/2019 1:03:41 PMDear Sayang, I Love You22bukannya sehari! "Sebab itulah I tanya. Pergi tiga hari tapi beg yang you bawa macam nak duduk sebulan dekat sana." Atira mencemik. Emeer mengejek dialah tu tapi orang lelaki apa tahu. Orang perempuan kalau travel bukan cukup setakat bawak beg sandang macam yang biasa orang lelaki bawa. Baju untuk tiga hari pun sudah dekat lima helai. Belum lain barangbarang dalaman dan penjagaan wajah lagi. "Orang perempuan bukan macam orang lelaki, Encik Emeer." "Apa bezanya?" Emeer gelak seakan-akan mengejek. "Banyak bezanya dan yang paling ketara, orang lelaki tak kisah kalau pakai jean yang sama walau berhari-hari tapi kami orang perempuan sangat-sangat kisah tentang hal macam tu," jawabnya membela diri. Mendengar jawapan Atira, laju Emeer pusingkan kepalanya ke sebelah. Gadis itu perasankah yang seluar jean yang dipakainya sudah tiga hari tidak bertukar? Arghhh! Malunya dia! "Errr... Saya cakap macam tu sebab saya ada seorang abang yang memang macam itulah perangai dia. Saya bukan mengata Encik Emeer, ya," DSILY.indd 22 11/3/2019 1:03:41 PMAmeera Ameer23sambungnya apabila melihat Emeer hanya membisu di tempatnya. Sekali lagi pandangan dibuangkan ke sebelah dengan riak yang beku. Nampak sangat sebenarnya Atira sedang mengutuknya sekarang. "Memang jean yang I pakai ni dah berhari-hari tak bertukar. Kalau you nak tahu, dah berhari-hari juga I tak balik rumah dan hanya tidur di pejabat!" bedilnya sedikit keras. Tujuan dia pada mulanya hendak mengusik Atira tetapi akhirnya dia pula yang terkena. Atira terus terdiam. Gerun melihat riak yang dipamerkan Emeer, Atira telan liur dan pandangan terus dibuangkan ke hadapan. Ya Allah, kenapalah mulut dia boleh lancang sangat berkata-kata? Sungguh, dia tak berniat pun hendak mengutuk Emeer. Dan sungguh lelaki yang dia maksudkan itu adalah abangnya sendiri. Haih! Perjalanan yang sudah hampir satu jam itu terasa begitu panjang. Sejak perang dingin mereka tadi, suasana sunyi sepi dan yang kedengaran hanyalah lagu-lagu yang berkumandang di radio ketika itu. Jemu memerhati jalan raya di hadapan, perlahan-lahan pandangan dibuangkan ke sebelah. Wajah serius Emeer yang sedang tekun memandu dikerling. Pada dia, lelaki itu tiada celanya hanya DSILY.indd 23 11/3/2019 1:03:41 PMDear Sayang, I Love You24sikapnya sahaja yang sukar untuk diduga. Lihat sahajalah penampilannya, walaupun sederhana tetap menampakkan susuk maskulin pada dirinya. Lelaki itu bukanlah jenis lelaki-lelaki kacak persis modelmodel kegilaan wanita tetapi manisnya tetap ada. Apa yang dia suka tentang Emeer adalah senyuman mahalnya. Ya, Emeer memang jenis yang susah hendak senyum tetapi sesekali dia tersenyum, bergetar jugalah hati dia melihatnya walau ia hanyalah satu senyuman nipis sahaja. Emeer juga bukanlah jenis lelaki berkulit cerah ala-ala penyanyi dan pelakon K-pop tetapi dengan kulit yang sawo matangnya, lelaki itu tetap juga nampak memikat. Entahlah tapi pada dia, Emeer memang memiliki satu tarikan yang istimewa. Wajah yang masih beku dan tidak beriak itu terus dipandang dan perlahan-lahan nafasnya dihela. Bosan, sungguh dia bosan. Hendak memulakan bicara, dia takut. Maklumlah melihat riak Emeer sahaja dia tahu lelaki itu masih dalam mood yang kurang baik. Hurmmm... Bertabahlah Tira... bisiknya dan terus memalingkan muka ke hadapan semula. "Kita berhenti makan dulu." Terdengar tegas suara Emeer menyapa telinganya, laju kepala ditolehkan ke sebelah semula. DSILY.indd 24 11/3/2019 1:03:41 PMAmeera Ameer25"Ermmm... Okey," jawabnya teragak-agak. Mulalah dia rasa tidak selesa apabila Emeer berkelakuan seperti itu. Maklumlah, bukan sehari tetapi tiga hari kut mereka akan bersama sepanjang di Kuantan. Haih!"TIGA malam ni kita akan stay di resort ni." Enjin kereta dimatikan dan Emeer terus keluar. Atira ikut keluar. Sekeliling resort yang bercirikan kampung itu diperhati. Cantik dan terasa suasana kampungnya. "Resort ini ke yang hendak diubah suai?" Emeer yang sudah berjalan ke belakang kereta dipandang. Kepala digeleng. "Tak," jawab Emeer sepatah dan bonet kereta dibuka. "Ermmm... Habis tu?" Langkah terus diatur dan Emeer dihampiri. Lelaki yang sedang mengeluarkan beg bajunya dari bonet diperhati. "Banglo owner resort ni." Acuh tak acuh Emeer membalas. Luggage Atira dikeluarkan dan bonet terus ditutup. Luggage yang dikeluarkan Emeer terus dicapai. "Oh!" jawabnya sepatah. Baru sahaja dia ingin bertanya lebih, tiba-tiba terdengar suara DSILY.indd 25 11/3/2019 1:03:41 PMDear Sayang, I Love You26seorang lelaki memberi salam ke arah mereka. Atira berpaling. "Waalaikumussalam..." Emeer membalas ramah. "Apa khabar, Man?" Tangan dihulurkan untuk bersalaman dan huluran salamnya dibalas. Mereka berjabat tangan seketika. "Alhamdulillah, baik. Kau apa khabar?" Emeer tersenyum lebar. "Macam inilah aku," jawabnya bersama tawa kecil di bibir. Melihat reaksi Emeer ketika itu, Atira kerutkan dahi. Hurmmm... Cepat betul mood lelaki itu berubah? Padahal sejak di Kuala Lumpur tengah hari tadi, bukan main mencuka lagi muka Emeer. "Ini aku kenalkan, designer aku, Tira." Pandangan dikalihkan ke sebelah. "Tira, ini Encik Rahman. Kawan satu universiti masa I di US dulu." Kepala diangguk sedikit dan lelaki yang bernama Rahman itu dipandang bersama senyuman. "Tira," ucapnya ramah. Rahman senyum dan mengangguk sahaja. "Mari Meer, aku bawa kau ke bilik." Emeer dipandang kemudian pandangannya beralih ke arah Atira pula. "Mari Tira," ajaknya. Atira mengangguk dan terus mengekor langkah Emeer. "Aku tak tahu kau bawa assistant DSILY.indd 26 11/3/2019 1:03:41 PMAmeera Ameer27perempuan sebab aku dah minta housekeeping sediakan bilik sebelah-menyebelah untuk kau dan Tira. Aku harap kau okey." "Aku okey aje. Tira, you okey tak stay sebelah bilik I?" Gadis di sebelahnya itu dikerling. "Ermmm... Okey... Saya okey aje." Dia bukannya kisah sangat pun setakat bilik bersebelahan. Lainlah kalau terpaksa duduk sebilik dengan Emeer. Ha! Itu memang dia kisah banyak. Mendengar jawapan Atira, Rahman senyum sahaja dan terus melangkah. Sebaik tiba di satu chalet kembar dua dan agak jauh dari chalet yang lain, langkahnya terhenti. "Ini biliknya. Memang aku saja pilih chalet yang jauh sikit dari yang lain sebab aku tak nak kau terganggu. Kebetulan pula chalet di bahagian depan tu semua dah ada guest sebab ada syarikat buat team building dekat sini. Budak-budak pun ramai jadi aku rasa lebih baik kau stay di chalet yang ini saja," terangnya panjang lebar. "Thank Man. Aku okey aje mana-mana." Rahman mengangguk dan kunci di tangannya dihulurkan kepada Emeer dan Atira. "Rehatlah dulu nanti lepas maghrib kita jumpa di restoran depan sana tu. Sambil dinner kita boleh bincang tentang renovation rumah aku," sambungnya. Emeer mengangguk. Kunci yang dihulurkan DSILY.indd 27 11/3/2019 1:03:41 PMDear Sayang, I Love You28Rahman disambut. Atira juga turut menyambut kunci yang dihulurkan. "Aku minta diri dulu. Kita jumpa dalam pukul lapan malam nanti," ucap Rahman lagi. Melihat anggukan sahabatnya itu, Rahman terus beredar dari situ. "Pergilah rehat dulu. Pukul tujuh setengah nanti kita jumpa dekat sini," suruh Emeer. Atira mengangguk. Pemegang luggage dicapai semula. Baru sahaja luggage tersebut ingin ditarik menuju ke biliknya, langkahnya terhenti dan Emeer dipandang. "Kenapa you pandang I?" Emeer kerutkan dahi. Serba salah pula dia tiba-tiba diperhati begitu. Sudahlah yang sedang memerhatikan dia itu, cantik orangnya. "Errr... Encik Emeer tak sihat, ya?" Wajah Emeer yang kemerah-merahan itu diamati. Bukan baru sekarang dia sedar tetapi sejak mereka berhenti makan tengah hari tadi lagi dia sudah perasan. "Kalau Encik Emeer tak sihat, biar saya hantarkan ke klinik," tawarnya. Kepala digeleng. "I penat aje sebab tak cukup tidur beberapa hari ni. Dapat tidur sekejap ni nanti okeylah," tolak Emeer. "Oh!" Atira membalas sepatah dan terus DSILY.indd 28 11/3/2019 1:03:41 PMAmeera Ameer29buka langkah menuju ke biliknya. Sebaik daun pintu ditutup, dahinya ditepuk. "Apa yang kau sibuk sangat ambil tahu hal orang? Kalau betul pun Encik Emeer tu demam, biar ajelah. Kau sibuk-sibuk, entah apa yang Encik Emeer akan fikir nanti," marahnya kepada diri sendiri. Ermmm... Tapi tak salah kut dia ambil berat. Emeer tu bukannya orang lain, bos dia jugak!
YOU ARE READING
DEAR SAYANG, I LOVE YOU
RomansaPertemuan pertama mereka di Darkside menimbulkan rasa curiga di hati Emeer tetapi sebaliknya pula buat Atira. Dia teruja sehingga sanggup menerima apa sahaja syarat gila Emeer supaya diterima bekerja di situ. "Working with me is not easy." - EMEER "...