Taehyung membasuh mukanya,mukanya dipandang melalui cermin,dia menghela nafas berat.Matanya ditutup dan dicelik , cuba mengembalikan fikiran warasnya,sekarang dia rasa tak waras,betul atau pun tidak apa yang dia rasakan sebentar tadi ? Slendrina tu betul-betul wujud atau mainan emosi nya sahaja ? Ah serabut !
T O L O N G A K U , A K U T U N G G U K A U
Taehyung membaca setiap satu huruf yang tertulis di pantulan cermin,sekali lagi dia cuak.
" Iya ! Iya ! Aku tolong kau ! boleh tak jangan kacau aku ! Argh " jerit taehyung geram.
" Kau okay tak ni ? " Taehyung cepat-cepat mengangkat muka memandang pantulan wajah seungcheol di cermin.Terkejut lelaki itu apabila taehyung tiba-tiba menjerit di dalam tandas,dia nak membuang pun tak senang,meremang bulu romanya ,ingatkan taehyung bergaduh,tapi tiada siapa pun dalam tandas ni kecuali dia dan taehyung.
" Okay " taehyung terus menapak keluar dari tandas meninggalkan seungcheol keseorangan.
" Kau boleh tolong aku kan kan ? " sekali lagi hampir gugur jantung taehyung,ya tuhan hantu ni ! makin berani !
Taehyung berdesis,dia mempercepatkan pergerakkan kakinya,malas mahu melayan,hilang semua rasa takutnya,slendrina ni dah berani tunjuk muka.
Nak di layan,nanti orang cakap dia gila bercakap sorang-sorang,apala nasib dia sekarang ni ?
Slendrina itu masih tidak berganjak,dia masih membuntuti taehyung.Taehyung memerhati sekeliling,semua orang tengah sibuk dengan hal masing-masing.Dia menahan geram.
*****
" Kau okay tak ni ? "
Taehyung menghela nafas sambil dadanya diurut,jantungnya bergerak kencang,terkejut apabila suara jimin tiba-tiba menyapa di telinganya.
Jimin mengangkat kening." Aik ? Terkejut ke ? " jimin senyum kelat,bahu taehyung di tolak sebelum dia menumpang sekaki duduk di atas katil milik taehyung.
" Gwenchana ? " tanya Jimin,dia mendengus apabila taehyung mengabaikannya,mata taehyung masih setia memandang dinding dihadapannya tidak berkelip macam nak tembus dinding tu
" Jimin " taehyung bersuara
" Apa ? "
" Aku ada benda nak cerita dekat kau " taehyung melarikan anak matanya memandang jimin disebelahnya.Jimin mengerutkan dahinya,pelik.
" Ka-"
" Taehyung kau jangan buat lawak boleh tak ?! " Jimin cuak apabila taehyung tidak menghabiskan kata-katanya,tubuh itu rebah tiba-tiba.
" Taehyung kau jangan main-main boleh tak ? michiseo ?! " jimin mula gelabah,tubuh taehyung ditepuk berkali-kali,nadi lelaki itu disentuh menggunakan kedua jarinya,satu helaan lega dilepaskan.
Taehyung pengsan.
*****
" Kau percaya tak" taehyung menutup matanya mencari sedikit kekuatan untuk cerita.
Baru sahaja dia membuka kedua belah matanya,dia terkejut.
" Aku dekat mana ni " taehyung meneguk perit liurnya,jimin disebelahnya tiada,yang tinggal hanya dia seorang tetapi biliknya bertukar usang.
Taehyung memerhati sekelilingnya,dia langsung tidak berganjak dari kedudukannya sekarang.Aku dekat mana ni ?Taehyung menyelup poket seluarnya,fon nya masih ada,satu helaan lega dilepaskan.No jimin didail.
Takda line.
Taehyung berdesis,ah sudah takda line !
Taehyung mengetap giginya,meremang bulu romanya apabila dia terasa dingin tiba-tiba.
Anak matanya melirik ke arah televisyen usang yang berada di hujung ruangan bilik,langsung tiada wayar yang menyambung kepada mana-mana plug,sekali
lagi taehyung menekan perit liurnya apabila siaran televisyen tersebut bertukar-tukar seperti sudah rosak." Taehyung,tolong aku,tsk tsk tsk "
Meremang bulu roma taehyung apabila screen tv itu mula menunjukkan kelibat,dia bergerak ke belakang apabila tubuh itu seperti makin mendekatinya.
" Arghh ! " taehyung menjerit sambil menutup kedua belah telinganya,nyaring !
" Taehyung ah "
" Kau dah janji nak tolong aku kan ? tsk tsk tsk " sekali lagi dia bersuara.
" Fuck " Taehyung menekan perit liurnya apabila tubuh itu mula keluar dari kaca tersebut,dia semakin kebelakang.
" Arghhh ! " Taehyung menjerit untuk kesian kalinya.
YOU ARE READING
SLENDRINA : THE SCHOOL | BANGTAN
Misterio / SuspensoAku takut , Dia kejar aku, Dari game, Sampai dunia, Yang tak sepatutnya dia ada.