"Tunggu sekejap." Dia memanggil aku.
"Saya ke?" Aku bertanya sambil menunding jari ke arah ku.
"Ye. Awaklah. Maaf, boleh saya bertanya, perpustakaan kat mana ye?" Dia bertanya.
"Awak nak pergi ke perpustakaan ke. Kalau macam tu apa kata kita pergi sekali sebab kebetulan saya nak ke sana juga." Pelawa aku.
"Oh yeke. Baiklah kalau macam tu. Terima kasih." Dia mengucapkan terima kasih sambil tersenyum manis.
Kami berdua berjalan beriringan ke perpustakaan. Tanpa aku sedar, aku selalu menatap wajahnya. Dia sungguh cantik sekali. Orangnya pun tinggi dan kurus. Saat itu aku terfikir yang pelajar ni mesti bukan berasal dari Malaysia kerana wajahnya lebih kelihatan ke arah orang Jepun.
Sesampainya di perpustakaan, kami pun masuk bersama. Aku menyuruh dia mencari tempatnya sementara aku meminta kebenaran untuk menjalankan tugas. Setelah itu kami melakukan kerja masing-masing.
Keadaan di perpustakaan agak hening saat ini memandangkan ramai pelajar lebih memilih untuk meluangkan waktu rehat mereka di kantin dan di taman.
Hari ini aku bertugas di kaunter peminjaman buku. Sementara waktu rehat belum tamat, aku memeriksa rekod pinjaman buku murid-murid di komputer. Ramai sungguh murid-murid yang selalu lewat untuk memulangkan buku.
Apabila ditanya kenapa terlewat, banyak sungguh alasan yang diberi. Lupalah, buku tertinggallah, hilanglah dan lain-lain lagi. Aku dah terbiasa dengan keadaan sedemikian rupa.
Sedang aku fokus menatap skrin komputer, tiba-tiba ada seseorang mendekati aku. Dan orang itu ialah budak yang pergi perpustakaan ini dengan aku tadi. Dia ingin meminjam buku rujukan.
"Saya nak pinjam buku ni." Dia hulurkan buku itu kepada aku.
"Awak ada id perpustakaan?" Tanyaku.
"Sekejap ye." Dia pun mengeluarkan idnya lalu diserahkan kepada aku.
Aku meneliti idnya. Betullah tekaan aku yang dia ni murid antarabangsa. Cantik namanya seperti orangnya juga. Sakura.
Setelah selesai proses peminjaman buku, dia pun mengucapkan terima kasih. Tepat waktu itu loceng menandakan waktu rehat berakhir telah berbunyi.
Aku pun memastikan semua murid sudah keluar dari perpustakaan. Ketika aku hendak keluar, aku terkejut kerana murid tadi menunggu aku di pintu hadapan.
"Eh, kenapa awak tak masuk kelas lagi?" Aku bertanya.
"Hmmm..sebenarnya saya tunggu awak." Jawabnya malu-malu.
Kami pun berjalan menuju kelas. Dalam perjalanan kami sempat saling berkenalan. Rupa-rupanya dia berasal dari Jepun dan baru berpindah ke sini seminggu yang lalu. Akhirnya, kami berdua berkawan. Dan dialah orang pertama yang sudi berkawan dengan aku.
Kami pun tiba dikelas masing-masing lalu melambai antara satu sama lain. Dia memilih bidang seni muzik kerana dia sangat sukakan muzik. Aku pun masuk ke kelas dengan hati yang ceria.
YOU ARE READING
LET MEET ON SPRING DAY
FanfictionAdakah dia hanya sekadar kawan biasa atau sahabat? Kisah dua orang remaja yang pada mulanya tidak akrab akhirnya menjadi sahabat sejati yang sukar dipisahkan.Namun,takdir telah memisahkan mereka dan yang tinggal hanya kenangan manis saat mereka ber...