"Siapa budak ni? Semalam aku tak nampak pun dia dalam kelas ni?" Hana berfikir sendiri setelah dia melihat seorang budak lelaki yang duduk bersendirian di kelas itu.
Hana pun memutuskan untuk tidak menegurnya kerana dia tahu jika dia menyapanya, pasti tiada respon daripada lelaki itu. Hana pun duduk di tempatnya sambil mengeluarkan buku untuk subjek pertama.
Seperti semalam, subjek pertama hari ini juga ialah Biologi. Cikgu Izzati masuk ke dalam kelas tersebut lalu mengucapkan selamat pagi kepada muridnya.
Cikgu Izzati pun memulakan sesi pembelajarannya."Ok hari ni kita sambung topik semalam mengenai organel yang terdapat dalam sel." Cikgu Izzati menyuruh muridnya membuku buku teks pada halaman 4.
Cikgu Izzati mengarahkan mereka untuk baca dahulu halaman tersebut sementara beliau ingin mengambil kehadiran murid kelas tersebut. Ketika cikgu Izzati sedang mengambil kehadiran, beliau berasa pelik apabila melihat seorang murid lelaki baru yang duduk di meja bahagian belakang.
Cikgu Izzati pun menghampirinya lalu bertanya, "Hai.Kamu budak kelas ni ke?"tanya Cikgu Izzati lembut.
Budak itu mengangguk tanda membenarkan pertanyaan cikgu Izzati. Semua murid dalam kelas itu memandangnya.
Cikgu Izzati mula teringat kehadiran yang beliau tanda semalam. "Oh,jadi kamulah murid yang tidak hadir semalam?" Cikgu Izzati mula bersuara. Cikgu Izzati pun menyuruhnya untuk memperkenalkan dirinya kepada rakan-rakan yang lain.
"Hai. Nama saya Muhammad Naufal al-Rizqi. Boleh panggil saya Riz." Dia pun perkenalkan dirinya.
Murid-murid perempuan di kelas itu mula kecoh apabila Riz mula bersuara. Mereka semua terpegun dengan kekacakan Riz.
Cikgu Izzati menyuruh mereka bertenang dan senyap. Setelah memperkenalkan dirinya, cikgu Izzati pun meneruskan sesi pembelajaranya.
*waktu rehat*
Hana povAku menuruni anak tangga dengan laju untuk ke kantin. Waktu rehat macam ni memang ramai murid berada di sini untuk mengalas perut setelah penat belajar.
Setelah membeli sekotak milo, aku pun segera ke perpustakaan untuk bertugas. Oh ya, aku merupakan pengawas perpustakaan sejak di tingkatan 2 lagi.
Buku-buku ni semua merupakan kawan-kawan aku di sekolah ni. Aku lebih banyak menghabiskan masa di perpustakaan sama ada untuk bertugas, membaca dan membuat ulangkaji.
Ketika dalam perjalanan ke perpustakaan, aku terlanggar seorang budak perempuan dengan tidak sengaja. Lalu aku pun meminta maaf kepadanya.
Apabila aku hendak pergi, dia tiba-tiba memanggilku. "Tunggu sekejap."
YOU ARE READING
LET MEET ON SPRING DAY
Fiksi PenggemarAdakah dia hanya sekadar kawan biasa atau sahabat? Kisah dua orang remaja yang pada mulanya tidak akrab akhirnya menjadi sahabat sejati yang sukar dipisahkan.Namun,takdir telah memisahkan mereka dan yang tinggal hanya kenangan manis saat mereka ber...