Nota: Fiksyen peminat mini ini diwujudkan sebagai apresiasi hari lahir seorang insan yang sentiasa bertakhta di hati saya. Ya, tidak lain tidak bukan... Orangnya ialah Jung Hoseok.Jangan lupa vote dan komen ya. Selamat membaca. 😉
P/S: Saya akan cuba completekan karya ini pada 18/2/2020. Vote dan komen andalah yang menentukan mood menulis saya. 😆🙏
••••••
1203pm myaghtae: Memang patut pun kena cerai, perempuan tu tak layak untuk dia.
1204pm Jaemin65: Biasalah, bila dah jumpa yang lagi bagus. 🙄
1204pm SugaHoneyHoney: Rasakan sekarang. Siapa suruh kahwin dengan Abang Hobie kesayangan Army? 😏
1205pm GinaJEON: Move on jelah. Dah orang tak nak. Kau jangan buat terhegeh-hegeh.
-
"Move on? Aku yang kena move on?" darah panas menyerbu ke seluruh tubuhku. Dalam banyak-banyak komen yang aku terima setelah memuatnaik gambar terbaruku di instagram, disuruh move onlah buat aku mahu meletup.
Aku disuruh move on? Kenapa? Apa salah aku?
Tak boleh ke aku cuba perbaiki kembali rumah-tangga aku yang sudah pun musnah?
Aku sayangkan Jung Hoseok. Aku tak mampu nak lepaskan dia begitu sahaja dan aku...
Aku tetap berpegang pada janjinya bahawa dia akan sentiasa berada di sisi aku sehingga ke hujung nyawa.
Netizen suka serkap jarang. Netizen suka menambah perasa sendiri untuk menyedapkan cerita, tetapi hakikatnya aku adalah mangsa yang sebenarnya.
Kau bayangkan apa yang aku rasa... Aku diceraikan kerana satu alasan,
"Antara kita tiada keserasian, sebab itulah kita sentiasa bertengkar dan masing-masing tidak mahu mengalah."
Tiada keserasian? Apa? Ketahian apakah ini?
Tak, ianya bukan tiada keserasian tetapi Jung Hoseok terlalu pentingkan kesempurnaan.
Jung Hoseok tidak mahu menerima segala kekurangan yang aku ada, tiada usaha untuk melengkapi di antara satu sama lain.Jadi, aku ke yang harus move on walaupun aku terlalu cintakan lelaki itu?
Tak, aku tak boleh. Aku harus buat dia kembali lagi kepadaku dalam keadaan melutut dan merayu.
Persetankan cemuhan dari netizen yang sememangnya berhati busuk dan buruk prasangka.
Bahagia aku bukan di tangan mereka. Bahagia aku... Aku yang mencoraknya.
YOU ARE READING
[C] Move On *jhs*
FanfictionPenceraian bukan yang kupinta. Bukan jua aku puncanya. Tetapi kenapa aku dipaksa untuk move on?