02; Love Yourself

358 71 8
                                    

••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

••••••

0525pm fkcgoeun: Abang Seok akan kembali single lagi. Yahoo 🙌

0525pm Happy0302: Isteri dia...tak, 'bekas isteri' dia ni nampaknya try hard nak tunjuk macam tiada apa-apa. Padahal mesti sedang meratap meraung. 😎

0529pm AliGateNotAliGatie: Dah-dahlah, terus ke hadapan. Tak perlu beria sangat nak buktikan kepada kami awak tu mangsa keadaan. Hoseok lagi sengsara.

-

Wow! Tengoklah komen mereka. Semuanya bajet bagus dan cuba menjadi tukang peramal. Aku dan Hoseok dalam proses penceraian. Kami masih suami-isteri kerana aku tetap dengan kedegilanku, tidak mahu menandatangani dokumen penceraian yang diserahkan oleh peguam yang diupah Hoseok beberapa hari lepas.

Semalam, aku terima pesanan ringkas dari Hoseok.

<Hoseok> Jangan sulitkan keadaan. Saya tak mahu perkara ini berlanjutan di mahkamah. Awak yang susah nanti.

<You> Terima kasih kerana prihatin akan keadaan saya, tetapi saya tetap dengan keputusan yang sama. T.I.D.A.K!

Ya, itulah pesanan yang dihantar oleh lelaki itu kepadaku. Nampak seperti prihatin... Iyalah, tak nak menyusahkan aku nanti kena turun naik mahkamah. Tetapi hakikatnya, Hoseoklah punca segala permasalahan itu.

Sekarang, aku yang nampak jahat. Sekarang, aku dituduh terlalu desperate mahukan lelaki itu walhal pada hakikatnya, aku mahu menuntut janji.

Seorang teman rapatku ada berpesan...

"Halla, cuba kau ingat balik apa motto yang selalu diuar-uarkan suami kau dan kumpulannya dulu? Love yourself kan? Jadi, kau dahulukan diri kau. Buat apa nak fikir tentang orang yang cuba buang kau dari hidup dia. Kau boleh kemurungan dan tertekan nanti. Move on jelah."

Itu ayat yang dilontarkan Shinra melalui perbualan telefon di antara aku dan dia.

Sejujurnya, aku tidak mahukan nasihat sedemikian tetapi aku membutuhkan satu pelukan dan bahu untuk menangis ketika ini.

Aku mahu menangis sekuat hati dalam dakapan seorang kawan. Aku mahu dirinya mengerti segala bebanan yang aku tanggung.

Namun kini aku tiada sesiapa setelah apa yang berlaku. Mereka menjauhkan diri atas alasan tidak mahu campur tangan.

Betullah apa yang selalu orang cakap; waktu senang dan gembira, musuh pun boleh mengaku rakan. Bila dilanda masalah atau musibah, semua angkat kaki... Berpura-pura tidak kenal.

Manusia, manusia.

Mahu tidak mahu, aku harus fight sendirian demi secebis kebahagiaan.

Jeon Halla boleh!

[C] Move On *jhs*Where stories live. Discover now