04; Dendam & Rencana

303 59 13
                                    

0302am Raim_Lee: Dahlah post selfie filter berkilo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

0302am Raim_Lee: Dahlah post selfie filter berkilo. Hoseok takkan tergoda dan kembali kepada kau.🤔

0302am Pyopyoong34: Tak boleh tidur  ke tu? Kasihan, sebelum ni dapat tidur nyenyak dalam pelukan Abang Seokkie. Sekarang peluk bantallah jawabnya. Mesti tak sama kan rasanya? 😛😛😜

0305am Miranda.Kekeke: Halla, fighting! 💪💪

0308am blueDmind: Dengar-dengar khabar angin, Hoseok dah ada yang lain. Cepatnya cari pengganti. Kak Halla, move on ya. 😅

-

Ya, khabar angin mengatakan Jung Hoseok sedang bercinta dengan seorang juruhebah dari KBC telah sampai ke pengetahuanku petang tadi. Mungkin itulah punca aku tidak dapat melelapkan mata.

Aku pujuk diri berulang-kali;  Halla,  itu sekadar khabar angin. Belum terbukti kesahihannya. Takkan semudah dan secepat itu Hoseok mencari pengganti kau.

<You> Dah tidur?
<You> Maaf menganggu, boleh tak jelaskan tentang khabar angin berkaitan awak dan announcer dari KBC tu?
<You> Selamat malam.

Kerana gejala keresahan yang aku alami sekarang, aku menghantar pesanan ringkas kepada Hoseok tanpa berfikir panjang. Aku tahu ia tidak akan dibalas dengan segera memandangkan jarum jam sudah menginjak ke pukul 3:15 pagi.

Satu keluhan berat kulepaskan lalu aku mengakses aplikasi youtube. Dari berterus-terusan melayan perasaan sakit hati, kecewa, dan berfikiran bukan-bukan... Ada baiknya aku menonton sesuatu.

Kehadiran si kecil, mengeratkan lagi hubungan suami dan isteri

Video berdurasi 15 minit yang terpapar, menarik minatku. Dengan hanya membaca tajuknya sahaja, aku boleh membuat satu konklusi.

Anak.

Mungkin ketiadaan anak menjadi salah satu punca kenapa rumah-tangga aku dan Hoseok sedang retak menanti belah.

Jadi, jika aku mampu memberikannya zuriat sekarang juga... Adakah Hoseok akan kembali semula kepadaku?

Ah, mengarut. Bagaimana mungkin semua itu akan berlaku memandangkan aku dan Hoseok tidak lagi hidup sebumbung?

Ah! idea yang cukup mengarut, Jeon Halla. Bukan kau dah janji kau akan balas dendam kepada lelaki itu? Tetapi kenapa kau masih berusaha...

Dendam? Bercakap tentang dendam, apa salahnya aku cuba memerangkap Hoseok dengan kewujudan seorang anak. Itulah salah satu cara untuk aku mengikat Hoseok kembali dari terus pergi dari hidupku.

Ya, aku yakin... Dan mulai sekarang, aku harus merencana satu plan untuk mendapatkan seorang anak.

Aku tahu caranya.

+++++++++
Jika anda merupakan penulis karya ini, bagaimanakah pengakhiran yang anda mahukan?

Jeon Halla move on dan mencari kebahagiaan yang baru

Atau

Tetap bersama Hoseok walaupun kehidupannya tidak seindah dulu.

[C] Move On *jhs*Where stories live. Discover now