0301pm bbyhan.svt: Cantik je senyuman Kak Halla. Jangan sedih-sedih tau, Han ada.
0301pm DoRaMi12: Dah pandai upload gambar bermakeup tebal ya? Nak pikat Abang Hoseok ke tu? Tapi sayang, dia tak suka kau. Sia-sia je. 😂
0303pm 007SHITra: Nampak kelakar, padanan makeup tak kena. Patutlah kena cerai dengan Hoseok.
-
Memandangkan Hoseok akan pulang ke rumah sebelum makan malam, aku dengan gigihnya menapak keluar dari bangunan apartment yang dihuniku untuk ke pasaraya.
Aku berkira-kira ingin memasak makanan kegemaran Hoseok, jadi langkah pertama yang aku perlu lakukan adalah mencari barangan basah dan kering memandangkan isi di dalam peti semakin kehabisan.
"Sejuknya." sepanjang musim sejuk ini, boleh dikira dengan jari berapa kali aku keluar rumah.
Dunia di hujung jari, nak itu... Nak ini, semua boleh ditempah secara atas talian.
Tetapi hari ini tidak. Aku merelakan diri keluar membeli-belah sendiri kerana aku tahu, aku sedang berharap.
Aku berharap Hoseok akan memuji usahaku menyediakan makanan untuknya dan aku berdoa, rencanaku untuk 'mengikatnya' berjalan dengan lancar.
"Kak Halla."
Langkahku terhenti tatkala ada seseorang menegur. Terus aku berkalih ke kiri kerana ingin melihat siapa gerangan yang menegurku itu.
Ah, Yoon Jeonghan rupanya.
Di sini, memang tidak hairan kalau terserempak dengan selebriti mahu pun idola kerana mereka sememangnya tinggal atau menyewa di Apartment Casablanca ini.
"Dari mana nak ke mana?" ramah jejaka itu bertanya.
"Nak ke pasaraya." aku menjawab mudah.
"Oh. Akak okey? Sihat?"
"Okey, sihat je." aku menguntum senyum. Luaran memang nampak okey sangat. Dalaman dah hancur lebur.
"Han tumpang simpati atas apa yang berlaku dengan rumah-tangga akak dan Abang Hoseok. Serius, kalau akak perlukan seseorang... Ni haa, bahu ni sedia berkhidmat." Jeonghan menepuk bahu kanannya beberapa kali.
Tingkahnya itu membuatkan aku tergelak kecil. Kalaulah Jeonghan berjantina perempuan, dah lama aku peluk dia dan meraung meratapi nasib.
"Tak mengapalah, Han. Terima kasih." pelawaan itu kutolak dengan baik.
"Kalau Han cakap ni, Kak Halla jangan kecil hati tau." Jeonghan menanggalkan topi yang dipakainya. Rambut keperangan turut dikuak ke belakang.
"Apa dia?" aku menyoal tidak sabar.
"Apa yang kita hendak, tak semua kita akan dapat. Apa yang kita ada, tak selamanya akan kekal dengan kita. Semua itu hanya pinjaman dari Tuhan je. Begitu juga dengan cinta. Mencintai tidak bermakna kita harus memiliki, adakalanya kita terpaksa melepaskan ia pergi. Sakit memang sakit, tapi itulah makna cinta atau sayang yang sebenar."
Zzzap. Setiap baris ayat yang terlontar dari mulut Jeonghan bagaikan pedang, menusuk tepat ke sanubariku. Pedih dan sakit. Tetapi semua itu ada benarnya, aku tidak boleh menyangkal.
"Ma...maafkan Han ya, kak. Han tak bermaksud..."
"Tak, apa yang kamu cakap ada betulnya. Terima kasih. Akak pergi dulu." tidak mahu berlama di situ, aku menuntun langkah kembali bersama linangan air mata.
Keterujaanku untuk ke pasaraya diragut begitu sahaja oleh jejaka berusia tiga tahun lebih muda dariku.
-
"Sebelum datang ke sini, saya dah makan. Sekarang rasa kenyang lagi." Hoseok cuba duduk di sofa, namun cepat-cepat aku menariknya ke meja makan.
"Rasa sikit pun tak mengapa. Penat saya sediakan semua makanan ni untuk awak." rajukku. Ini sahaja cara agar Hoseok tidak menolaknya buat kali kedua.
"Saya tak suruh pun awak sediakan semua makanan ni. Saya datang sebab nak dapatkan borang penceraian tu." Hoseok mendengus.
"Okey, kalau itu yang awak mahu..." aku menyambar segelas jus oren dan menyerahkan secara paksa kepada Hoseok.
"Saya akan turunkan tandatangan pada borang tu, tapi habiskan airnya dulu."
Jus oren yang kucampur sesuatu. Inilah punca yang akan menterbalikkan dunia Hoseok bila tiba masanya nanti.
"Mencintai tidak bermakna kita harus memiliki, adakalanya kita terpaksa melepaskan ia pergi. Sakit memang sakit, tapi itulah makna cinta atau sayang yang sebenar."
Entah kenapa aku teringatkan nasihat Jeonghan sebaik Hoseok menyisip sedikit jus oren.
Betul ke apa yang aku buat ni?
"Hoseok! Jangan!" gelas di tangan Hoseok kutepis kuat. Terpelanting gelas kaca ke lantai sebelum pecah berderai.
"Ba..baru saya ingat. Jus tu dah tamat tempoh. Ti...tiga bulan yang lepas." aku mencipta alasan walaupun tidak ditanya oleh Hoseok kerana bertindak sedemikian.
Hoseok hanya mampu melepaskan keluhan berat sebelum beredar menuju ke ruang tamu.
"Awak tunggu ya. Saya bersihkan kaca ni dulu." aku menahan sebak di dada. Serpihan kaca kukutip satu-persatu bersama juraian air mata.
"You can't start the next chapter of your life if you keep re-reading the last one."
YOU ARE READING
[C] Move On *jhs*
FanficPenceraian bukan yang kupinta. Bukan jua aku puncanya. Tetapi kenapa aku dipaksa untuk move on?