08; Mencari Bahagia

387 60 28
                                    

0623pm DallaNanDalla: Materialistik! Bila bercerai, minta yang bukan-bukan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

0623pm DallaNanDalla: Materialistik! Bila bercerai, minta yang bukan-bukan. 😠

0623pm 211gyeom: Takut pula aku nak kahwin, dibuatnya masa bercerai ex minta bukan-bukan... Boleh miskin dibuatnya.

0625pm bbyHan.svt: Kak Halla 😭😭😭 Sorry

0626pm JoonDimples1: Rumah dapat percuma, tiap-tiap bulan duit masuk. Indah betul hidup kau lepas ni. Pergi mati cepatlah perempuan! Menyusahkan Hoseok je. 💆

-

"Ayah, izinkan Halla ke sana ya?" aku melutut, meminta restu dari ayah.

"Perlu ke Halla bawa diri sejauh ini? Ayah bimbang..."

"Ayah dan ibu jangan bimbang, Halla akan baik-baik je di sana nanti." aku menyakinkan ayah. Ibu pula hanya diam tidak terkata, hanya air matanya yang berbicara ketika ini.

Aku tidak bermaksud untuk melukakan hati mereka. Aku hanya perlukan ketenangan di samping merawat hati aku yang sudah retak sejuta.

"Halla anak ayah." tanpa terduga, ayah memberikanku satu pelukan erat. Tangisannya turut terhambur.

"Janji dengan kami, bila cuti nanti... Pulang ke sini ya." sedu-sedan ayah membuat permintaan.

"Ya, baiklah ayah." senyuman kuhadiahkan kepada ayah dan ibu.

Lagi seminggu aku akan berangkat ke England, melanjutkan pelajaran di University of Leeds dalam bidang Sejarah Kuno dan Falsafah selama tiga tahun.

Aku harap, selepas tiga tahun nanti... Aku akan kembali ke sini sebagai Jeon Halla yang baru.

Tentang Hoseok, aku doakan dia berjaya dan bahagia sentiasa.

-

Tiga tahun kemudian...

"Halla." sebaik melangkah keluar dari balai ketibaan, aku disambut seseorang bersama jambangan bunga.

"Terima kasih." jambangan bunga freesia putih dan ungu itu kusambut segera.

"Sama-sama. Ah, ayah dan ibu dah tak sabar nak jumpa Kak Halla..eh, tak.. Awak."

Aku tergelak. Nampaknya lelaki yang kini berdiri di hadapanku gugup dan masih belum membiasakan dirinya memanggil namaku tanpa pangkat 'kakak' walhal kami sudah berkahwin hampir tiga bulan yang lepas di Norfolk, United Kingdom. Selepas bergelar isteri, aku masih lagi berada di UK manakala suamiku pulang ke Korea atas tuntutan kerja. Mungkin kerana itulah terdapat kejanggalan di antara kami.

"Han.."

"Ya kak? Eh tak..."

"Terima kasih kerana sentiasa setia dan sabar menunggu." aku mendekati Yoon Jeonghan lalu merangkul tubuhnya.

"Sama-sama." lelaki itu mengeratkan pelukan lalu dahiku dikucupnya.

"Your second love makes you realize your first love was never really love."

::TAMAT::


Nota dari penulis: Terima kasih buat mereka yang membaca/vote/komen fiksyen mini ini, semoga anda bahagia sentiasa di samping insan-insan yang menghargai kewujudan anda.

Segala kekurangan yang ada, harap dimaafkan. Jumpa lagi di lain fiksyen.

Love, love, love ❤
Miran Molala

[C] Move On *jhs*Where stories live. Discover now