Bab 1 👻

1K 158 89
                                    


Kolej Yayasan Saad

Sekumpulan pelajar kolej Yayasan Saad yang amat mengemari dunia mistik. Terdiri daripada tujuh orang iaitu Anaqi, Yazid, Azwan, Syahir, Nina, Luna dan Qaisara.

Mereka juga mencari punca mengapa dan kenapa manusia sering diganggu dan dirasuk terutama para wanita. Suatu hari, Azwan mendapat maklumat dari temannya mengenai kejadian misteri yang berlaku di sebuah hotel lama tetapi masih beroperasi.

"Guys aku ada satu berita nak beritahu ni."

Azwan memandang satu persatu wajah rakan-rakannya itu. Kawan-kawannya mula memberi tumpuan dan memberi laluan Azwan untuk memulakan ceritanya.

Azwan mula bercerita apabila kesemuaan kawan-kawannya bersedia mendengar kisah yang bakal dia ceritakan sebentar nanti.

"Cerita tentang apa?"

Yazid bertanya dengan penuh tidak kesabaran.

"Sabarlah, aku nak ceritalah ni. Ni kisah sepupu aku dengan kawan dia. Dia orang suka melancong dan pergi berjalan-jalan. Mereka menginap di sebuah hotel yang tidak jauh dari tempat mereka teroka..."

Jeda.

"Pada awalnya hotel itu nampak kemas dan menarik. Tetapi, kira-kira jam 11. 30 malam keadaan bilik hotel bertukar menjadi suram luaran pula kelihatan usang dan kotor."

Azwan mencuri nafas kerana lelah bercerita
dia menceritakan apa yang telah berlaku kepada sepupu dan kawannya.

Yazid, Qaisara, Syahir dan Luna melopong mendengar cerita Azwan. Nina dan Anaqi hanya diam tanpa memberi reaksi.

"Teruskan," ujar Anaqi sepatah.

"Bangunan hotel itu kelihatan usang dan seperti bangunan tak siap. Mereka mendengar bunyi tangisan, jeritan. Tetapi, sepupu aku dengan kawan dia tak nampak apa pun. Dia orang sempat rakam apa yang berlaku. Dalam kamera mereka nampak banyak jin ( hantu) dan kelibat hitam yang bergentayangan, rupa yang sangat menakutkan dan ada yang tidak."

"Masa tu, Danial dalam tandas tengah buang air kecil, kawan dia, Aiman dekat luar. Dia tak tahu waktu tu kawan dia dekat luar tu kena kacau. Dia kata tiba-tiba terasa ada rambut panjang betul-betul dekat depan muka dia. Sekali dia dongkat anak matanya terbeliak apabila benda tu tengah pandang dia. Danial apa lagi, dia menjerit sambil mencicit keluar dari kamar mandi tu sampai dia terlupa dekat Aiman yang masih dalam bilik hotel.

"Apa jadi pada kawan dia?" Luna mencelah dengan nada teruja.

Qaisara sudah ketakutan mendengar cerita Azwan. Dia menyembam wajah pada lengan Nina. Nina tersenyum kecil.

"Danial patah balik. Dia ingin masuk ke dalam mencari Aiman. Tapi malangnya, pintu itu berkunci. Puas dia cuba membuka tapi tak berhasil. Diketuk-ketuknya pintu dengan laungan memanggil nama kawannya.

"Aku cuma hairan. Macam mana perakam kecil tu ada pada kau? Sedangkan dia orang tak dapat jalan keluar?"

Pertanyaan Anaqi membuatkan semua rakan-rakannya memandang Azwan. Azwan menundukkan kepala. Jari-jarinya diramas kasar.

"Aku pun tak tahu, macam mana benda tu alih-alih ada dekat depan pintu rumah aku. Sebab tu, aku jumpa kau orang semua."

Azwan berkata dengan nada kebingungan. Dia sendiri tidak tahu macam mana dan bagaimana.

"Apa yang berlaku pada dia orang selepas itu? Tak ada sebarang petunjuk ke?" soal Nina.

"Tak. Laporan polis keluarga dia dah buat. Sebulan lepas tu, dia orang ditemui seorang hanya tinggal jasad dan sepupu aku dia jadi tak waras."

HOTEL [ Bakal Edit ]Where stories live. Discover now