Bab2 👻

442 131 5
                                    

Sekejap-kejap dia menoleh ke kanan dan ke kiri. Hembusan nafas yang ditiup di belakang batang lehernya membuatkan langkah dia terhenti. Dia tiba-tiba bersuara.

"Kau orang ada nampak apa-apa, atau rasa ke... beritahu tau," pesan Anaqi sambil berjalan perlahan.

Diam.

Bunyi cengkrik kedengaran agak kuat dan suasana yang sepi. Terhenti langkah Anaqi apabila suara seseorang berbisik dekat sungguh di telinga dia.

"Cakap pada siapa tu? Hihihi..."

Anaqi pantas memusingkan badan ke arah suara itu.

"Allah!" ucap Anaqi terkejut. Di hadapan dia beratusan makhluk jin yang pelbagai, bentuk dan bermacam wajah. Mengerikan. Anaqi terbatuk-batuk kecil kerana bau busuk dan kadang kala bau wangi menerpa rongga hidung dia. Anaqi menggosok-gosok hidungnya bagi mengurangkan bau busuk itu.

"Aaa... abang kacak, marilah... main dengan saya, hi hi hi..."

"Marilah... kalau tak saya beritahu ayah jangan pulangkan kawan-kawan abang," ugut suara kanak-kanak itu perlahan tapi bernada keras.

"Tunjukan diri kau di depan aku. Jangan kau permainkan aku serta kawan-kawan aku."

Anaqi beriak tenang dan pada masa yang sama mata dia tetap mencari bayang kawan-kawannya.

"Shahir! Nina! Qaisara! Mana kau orang semua!" jerit Anaqi sedikit lantang. Tetapi tidak bersahut.

Anaqi masih terus bertahan dan menguatkan semangat terus membaca dan berzikir. Sekali angin lalu dia mendengar sayup suara kawan-kawannya memanggil nama dia.

'Aku yang disorok atau mereka?' desis hati Anaqi.

"Berani kau main-mainkan kami, ya!"

*****

Shahir pov

Sedang kami berborak dan jalan bersama. Tiba-tiba matanya gelap. Dia tak nampak apa-apa.

"Wei! Apa ni? Kau orang buat lawak apa sial tutup mata aku?" marah Shahir. Tangan dia meraba-raba di awangan dan bergerak seperti orang meracau- racau.

Tiba-tiba... tangan dia menyentuh sesuatu.

"Ha ha ha. Aku dah dapat! Cepat la buka mata aku ni. Macam mana aku nak jalan, kalau mata bertutup gila!" kata Shahir sambil tertawa.

Selepas itu, dia terdiam sebentar. Lubang hidung dia kembang kepis.

Wangi!

'Wangi gila minyak wangi dia orang ni. Tetapi asal bau dia pelik semacam, tak seperti minyak wangi yang di jual
dekat pasaran.'

Perlahan-lahan tangan di turun ke sisi. Terasa seperti cairan yang melekit di atas tapak tangannya. Shahir terdiam mencerna apa yang sedang berlaku. Dalam pada itu, dia teringat kejadian-kejadian yang menimpa orang-orang yang pernah duduk atau kerja di dalam hotel ini. Tangan digosok pada seluar.

"Kenapa diam tiba-tiba? Tadi bukan main bising." Provoke satu suara garau.


"Anaqi! Nina! Qaisara! Anaqi aku ada dekat tempat tadi tak kemana pun," pekik Shahir kuat.

HOTEL [ Bakal Edit ]Where stories live. Discover now