"Aku sudah kebingungan dan kebosanan seorang diri di sini. Entah sampai bila aku mahu berada dekat sini, aku pun tidak pasti. Tetapi, aku tetap kena cari jalan untuk keluar dari 'mimpi' ini. Andai, rakan-rakan aku ada pasti lebih cepat masalah ini selesai."
Aku melepaskan nafas berat.
Tok Jali! Hanya dia yang boleh bantu aku. Tapi, macam mana aku mahu panggil dia, aku pun tak tahu.
Aku mengikut setiap langkah Orkid ke mana dia pergi. Adengan-adengan romantik juga terpaksa aku hadap, semua ini seolah-olah aku sedang menonton television.
"Tok Jali..." seru aku dengan nada perlahan.
Aku mencari-cari akan mananya Tok Jali. Aku sudah tidak senang duduk di rumah ini. Apa yang ingin mereka tunjukan sudah agak lama. Aku penat, aku mahu pulang rehat bersama kawan-kawanku.
"Sabar... bukan sabar itu, separuh dari iman?" ujar satu suara bisikan padaku.
Aku ingin membalas tetapi mulut aku terkunci apabila mendengar tentang majlis perkahwinan Baihaqi dan Orkid.
"Orkid setuju ke kahwin dengan Haqi?" soal Pak Daud. Dia juga harus tahu sama ada gadis itu bersetuju atau tidak.
Orkid tunduk dan menganggukan kepala.
"Jika ini dapat membalas dan menutup mulut orang kampung, Orkid terima dengan ikhlas," ujar Orkid dengan tenang.
Baihaqi yang mendengar menarik nafas lega. Jika tadi suasana begitu tegang, sekarang terasa tenang dan gembira.
Orkid tersimpul malu sambil anak mata melirik pada Baihaqi. Baihaqi melukis senyuman manis buat bakal isterinya itu.
******
"Tergamak kau curang dengan aku, Ashrina! Segala kesenangan sudah aku takburkan. Ini balasan kau pada aku? Perempuan tak guna!"
Megat Darius menghamburkan segala kemarahannya. Dia membuang dan menghempas barang-barang apa sahaja yang ternampak di depan mata. Bunyi kaca-kaca berderaian tidak lelaki itu hiraukan. Hatinya terlalu sangat sakit! Dikhianat oleh orang yang paling dia sayang.
'Aku beri kau madu, tapi kau balas dengan racun! Arghhh!'
Anak mata lelaki itu jelas tampak kemerahan. Mencerlung tajam memandang entah pada siapa. Tiba-tiba dia tersenyum dan ketawa.
"Ashrina, sayang... abang datang jemput sayang," ujar Megat Darius dengan lelehan air mata. Kepalanya terteleng ke kiri dan ke kanan. Dia tersengih dan mengangguk kepala.
"Baik sayang.... abang akan ambil hak abang daripada lelaki miskin tu, ya! Sayang tunggu abang tau."
Megat Darius monolog sendirian. Ada kala dia menggigit bibir sehingga berdarah. Dia mengambil sebuah bingkai gambar dan menatap dengan mata kemerahan dan mencium lama gambar tersebut, kemudian dia membawa rapat ke dadanya.
****
"Saya mahu balik ke dunia saya," gumam aku perlahan dan memejamkan mata kerana keletihan.
Akhirnya aku terlena.
"Tolong... aku merayu. Tolong cari di mana jasad aku," rintih satu suara yang kedengaran sayu sekali.
Suaranya seperti sarat dengan penderitaan. Tersepit dan sakit. Seolah terkurung dalam satu tempat tidak sempurna buatnya. Wajahnya yang berlinangan darah-darah segar dan berbau hamis. Tangannya yang tergapai-gapai di awangan.
Aku melihat atas dan bawah. Seorang perempuan dengan pakaiannya yang koyak rabak dan lusuh. Muka kehitaman itu tersiat-siat isi dagingnya sehingga menampakkan tulang pipi yang turut hitam.
YOU ARE READING
HOTEL [ Bakal Edit ]
HorrorCover by @ayriesy Mengisahkan tujuh sekawan yang menerokai hotel lama yang terbiar. Ingin mencari kebenaran di sebalik kata-kata orang ramai yang mengatakan hotel ini berhantu dan puaka. Anaqi, Shahir, Yazid, Azwan, Nina, Qaisara dan Luna. Menyahut...