BAB 3

1.9K 35 0
                                    

SEPERTI selalu, Maini adalah anak yang terakhir pulang. Hari ini pula bukan sedikit lewatnya, tetapi tersangat lewat mamanya datang menjemput.

Maya mahu menghantar, kereta pula tidak dapat dihidupkan. Entah apa masalahnya, Maya pun tidak tahu. Mungkin faktor usia barangkali. Kereta Proton Wira Aeroback. Harta pertama yang Maya miliki. Kereta lama, tapi masih elok. Maya membelinya secara cash empat tahun lepas.

Maya tidak mengunci pagar kerana nanti akan dibuka semula apabila seseorang datang menjemput Maini. Maya membawa Maini naik ke rumah bersamanya. Banyak cakap betul budak ni. Semua benda di dalam rumah, dia tanyakan.

TV beli dekat mana? Langsir beli dekat mana? Kenapa sarung kusyen warna biru?

Jenuh Maya mahu menjawab setiap pertanyaannya. Budak-budak sedang membesar memang begitu. Selalu suka bertanya.

Selesai menunaikan solat maghrib, Maya menonton televisyen bersama Maini. Baru saja Maya berkira-kira mahu menelefon Juliana, tiba-tiba pintu rumahnya diketuk kuat dari bawah. Maya berpandangan dengan Maini. Maya menarik Maini ke dalam pelukannya. Dalam kepala Maya berbagai benda buruk difikirkan.

Maya terjerit kecil apabila handphonenya nyaring melagukan irama. Juliana. Maya menjawab panggilan yang masuk.

"Helo, kak." Maya menyapa sambil tangannya masih kejap memeluk Maini.

"Helo, Maya. Akak mintak maaf la. Akak lambat ambil Maini. Akak ada dekat Kuantan ni. Mak saudara akak masuk hospital." Juliana menerangkan tanpa mukadimah yang panjang.

"Oh. Takpelah kak. Maini ada aje ada dengan Maya ni. Maya bawak dia naik ke rumah Maya ni."

"Itulah. Akak dah suruh adik akak pergi ambil Maini. Tadi dia bagitau akak, dia dah ada kat bawah rumah Maya."

"Patutlah tadi ada orang ketuk pintu. Tapi Maya tak berani nak buka. Takpelah kalau akak cakap macam tu. Maya pergi tengoklah kejap."

"Ha. Yelah tu. Adik akak bawak kereta Honda CRZ warna putih."

"Okey, kak. Nanti Maya tengok." Maya memutuskan talian.

Dia mengintai di balik tingkap. Memang ada sebuah kereta Honda CRZ di bawah.

"Jom, Maini. Dah ada orang datang ambil Maini." Maya menyisir rambutnya ala kadar.

Maya mencapai beg sekolah Maini dan menggalasnya di bahu. Sebelah tangannya mendukung Maini menuruni tangga. Di tangan Maini pula memeluk patung Pooh kepunyaan Maya. Berkenan sangat dia dengan patung itu. Makanya, Maya hadiahkan saja kepada Maini.


MAYA menghampiri kereta Honda yang terparkir elok itu. Dia mengetuk cermin sebelah penumpang. Cermin diturunkan. Oh, Syakir rupanya.

"Maaflah. Takut tadi nak buka pintu," tutur Maya sambil hadiahkan senyuman.

"Hum." Sepatah ayat keluar dari mulut Syakir Aliy. Bosan kerana terpaksa menunggu lama.

Selepas Maya masukkan Maini ke dalam kereta, Syakir Aliy memecut keretanya laju.

Maya terlopong. Amboi! Beratnya mulut nak berterima kasih. Kurang asam punya budak. Sempat Maya mengumpat dalam hati.


SEMINGGU itu, Maini dihantar dan dijemput oleh Syakir Aliy. Entah kenapa, karakter Syakir Aliy sangat berbeza. Zura juga sudah mula berputus asa mahu mengurat Syakir Aliy.

"Tak sangka Syakir tu macam tu kan, kak? Masa mula-mula jumpa, bukan main baik lagi. Friendly gila! Tapi sekarang, macam haram aje perangai dia. Sombong nak mati!" Zura merungut sambil menyapu lantai di bilik darjahnya.

KAU RASMI MILIKKUWhere stories live. Discover now