BAB 6

1.7K 27 0
                                    

SYAKIR ALIY masuk kembali ke dalam kereta dengan plastik berisi bekas polistirena dan bungkusan air. Dia meletakkan makanan itu di kerusi belakang.

"Ngantuk ke?" Syakir Aliy bertanya kepada Maya.

"Hurm." Maya mengangguk sambil menunjukkan wajah mengantuk.

Oh, Maya! Kau memang pandai berlakon. Huhu.

"Kita makan dulu. Lepas tu saya hantar awak balik." Syakir Aliy mula menggerakkan kereta.

Sudahnya, mereka sampai di Pantai Batu Buruk. Jauh betul tempat makan Maya dan Syakir Aliy.

"Makan kat sini ke?" Maya bertanya.

"Yelah. Takpe. Orang tak kisah pun apa kita nak pakai. Nak malu apa?"

Syakir Aliy seolah-olah dapat mengagak kegusaran hati Maya. Tadi orang suruh bersiap dia tak nak dengar!

"Hurm. Awak tak malu ke jalan dengan saya yang berpakaian macam ni?" Maya bertanya lagi.

Kalau Syakir Aliy jawab tak malu pun, Maya yang malu sebenarnya sekarang. Tak ke pelik pergi pantai pakai baju dan seluar tidur. Gila apa?

"Bila pulak saya cakap nak jalan dengan awak?"

Maya meneguk liur. Tak sangka jawapan itu yang akan keluar dari mulut Syakir Aliy. Maya mengerling lelaki itu.

Syakir Aliy sembunyi senyum melihat raut wajah Maya. "Jomlah..."

Syakir Aliy ketawa kecil. Maya pula rasa macam nak hempuk saja kepala lelaki itu!

Syakir Aliy membawa bungkusan makanan yang dibeli sebentar tadi. Tikar juga dikeluarkan dari bonet belakang kereta.

Maya keluar lambat-lambat. Diintai kiri dan kanan. Bimbang jika ada yang melihat dia berpakaian begitu. Malu!

Maya berjalan berlenggang sedangkan tangan lelaki itu penuh barang di kiri kanan. Syakir Aliy menyaingi langkah Maya.

"Tadi cakap tak nak jalan dengan saya." Maya berkata perlahan.

Syakir Aliy diam tidak menjawab.

Apabila sudah sampai di tempat yang dirasakan selesa, Syakir Aliy membentang tikar dan meletakkan makanan di atas tikar. Maya menanggalkan selipar dan duduk tanpa disuruh.

Syakir Aliy juga mengambil tempat di sebelah Maya. Polistirena dibuka dan disuakan di hadapan Maya. Gentleman sangat!

"Terima kasih," ucap Maya.

"Saya beli nasi goreng cendawan. Tak taulah awak suka ke tak," ujar Syakir Aliy.

Oh. Seandainya dia tahu nasi goreng cendawan memang kegemaran Maya. Maya senyum saja. Rasa macam nak meleleh dah air liur. Bau nasi goreng itu saja sudah mula memenuhi ruang perut Maya yang tengah lapar.

"Alamak. Tak ingat nak bawak turun air mineral. Basuh tangan dengan air nilah. Boleh, kan?" tanya Syakir Aliy kepada Maya.

Dalam masa yang sama, air di dalam plastik minuman itu sudah dicurahkan ke tangannya. Sesudah itu, Syakir Aliy hulurkan pula kepada Maya. Aku membelek air tu seketika. Limau ais. Maya turut mencuci tangan dengan air yang sama.

Dek perut yang sudah menyanyi dangdut akibat kelaparan, Maya menyuap makanan tanpa rasa malu. Syakir Aliy juga sama. Tadi katanya mahu bercakap dengan Maya sambil makan. Sekarang lain pula jadinya. Mereka menikmati makanan tanpa suara.

Selesai makan, Maya mencuci tangan dengan air tadi. Syakir Aliy juga sama. Maknanya sekarang, air untuk diminum cuma tinggal sebungkus sahaja. Syakir Aliy memasukkan straw ke dalam plastik minuman dan dihulurkan kepada Maya. Maya mengambil dan meminumnya hingga tinggal separuh.

KAU RASMI MILIKKUWhere stories live. Discover now