01

444 23 1
                                    

Seorang namja mungil sedang berlari dengan sekuat hatinya. Tidak hirau dengan tatapan orang lain. Dia berlari sekuat hatinya. Apa yang penting sekarang dia perlu lari untuk sampai.

"Paboya Jimin!!! Aishh!" Kutuk Jimin pada diri sendiri. Dia berlari ke tingkat 3 menggunakan tangga.

Brakk

Pintu dibuka kasar. Terlihat namja mungil itu tengah mengaturkan nafasnya. Wajahnya penuh dengan peluh dan kemerahan. Beg yang sudah jatuh di lantai diambil laly di sangkut dibahu.

"Mi...mian..seonseang...nim...huh..huh...huh..." Ucap Jimin terbata bata. Peluh diseka menggunakan belakang tapak tangan.

"Park JiMin. Top student datang lewat ke kolej? Macam tak percaya. Tak apa memandangkan kali pertama,kamu boleh duduk." Kata Kim Seam. Jimin mengangguk saja.

"Baiklah. Saya sambung tentang kewujudan WareWolf. Siapa di sini percaya akan mitos ini?" Tanya Kim Seam. Semua pelajar mengangkat tangan. Namun tidak untuk Park JiMin.

"Jimin boleh bagi alasan yang kukuh kenapa kamu tidak percaya dengan kewujudan makhluk ini?" Tnya Kim Seam pada Jimin.

"Itu kerana mitos semata mata. Tiada kajian yang dapat membuktikan kewujudan makhluk itu. Saintifik antarabangsa sekalipun tak mampu untuk sekadar membuktikan darah mereka." Jelas Jimin panjang lebar. Kim Seam mengangguk setuju.

Pelajar lain mengangkat tangan untuk berbicara. Kim Seam membenarkan.

"Tetapi Tuan Park, WareWolf tidak begitu jinak untuk kita mengambil sample darahnya untuk ujikaji eksperimen. Macam mana para saintifik nak pastikan seaeorang itu adalah seseeokor?" Tanya pelajar yang bernama Hanmi.

"Jika mereka liar dan susah untuk mendapatkan sample darah,kita boleh menjejak kedudukan mereka dengan menggunakan komputer. Hanya sekadar kedudukkan saja mereka tidak dapat memastikan." Bantah Jimin. Dia menghadiahkan senyuman yang manis.

Jimin itu top student. Dia boleh membantah atau menyokong hanya dengan kata kata saja. Tiada siapa yang boleh mengalahkan kata kata seorang Park Jimin.

"Maaf mencelah Tuan Park. Macam mana kita buat satu perjanjian." Sahut seseorang dari belakang. Mereka semua menoleh kebelakang.

"Semua yang ada di sini akan jadi saksi kita." Sambung namja itu lagi.

"Apa?" Tanya Jimin.

"Aku akan buktikan kewujudan WareWolf."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Hey katet! Kau kenapa termenung?" Tanya Hoseok. Jimin menjeling Hoseok kerana memanggil dirinya katet.

"Hyung percaya dengan WareWolf?" Tanya Jimin tiba-tiba. Hoseok nampak seperti memikir.

"50-50 kenapa?" Tnya Hoseok. Jimin meletakkan kepalanya di atas meja dan lengan menjadi alas bagi dahinya.

"Ramai yang tak setuju kalau kewujudan makhluk itu cuma mitos." Kta Jimin. Hoseok mengangguk faham.

"Mesti Kim Seam kan? Dia pun ada tanya tentang tu dekat kelas hyung. Tapi dia tak ada tanya pulak tentang kepercayaan macam ni." Cerita Hoseok.

Jimin dan Hoseok hanya diam tidak bersuara. Menunggu kehadiran hyung tertua mereka.

"Jim! Hobbie!" Panggil seseorang dari belakang. Pemilik nama menoleh ke belakang lalu melambaikan tangan bagi menunjukkan keberadaan mereka.

"Lamanya Jin hyung keluar?" Tanya Jimin. Jin melabuhkan punggu di kerusi sebelah Hoseok. Ice lemon tea milik Hoseok di ambil lalu di sedut dengan rakus.

"Wolve?" Hoseok bertanya apabila melihat buku yang di pegang milik Jin. Jin mengangguk lemah.

"Hyung lambat sebab nak cari buku ni. Entah setan apa yang rasuk Jeahyun Seam suruh kaji tentag serigala ni." Kata Jin selepas nafasnya sudah reda.

"Memang tahun ni cerita tentang serigala jer ker?" Tanya Jimin. Jin dan Hoseok hanya mengangkat bahu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Hahhh! Stop stop stop! Penat!"

"Come on King!"

Yang di panggil King hanya menjeling tajam. Dia menyandarkan dirinya di pohon yang besar. Peluh yang menitik di seka cepat.

"Okay take time." Kata namja itu lagi. Dia jugk duduk bersandar di sebelah namja yang hampir sama tinggi denganya.

"Hey King..."

"Call me Namjoon,Kai. Berapa kali aku kena bagi tahu?" Tegur Namjoon. Namja yang bernama Kai hanya angguk remeh.

"Aku dah jumpa." Kata Kai sambil tersenyum. Namjoon menoleh ke arah Kai.

"Kau jangan main-main Kai. Nanti dia betul-betul cari." Amaran Namjoon. Kai menepuk bahu Namjoon.

"Hyung kita dah hidup sama-sama lebih 40 tahun tau." Kata Kai.

Namjoon angguk setuju. Hanya Kai yang sama keluarga dengannya tahu keberadaannya. Lagipula Kai adik kandungnya. Jadi memang patut Kai mencari kedudukkannya.

"Aku nak tanya sesuatu." Kata Namjoon. Kai hanya mengangkat kening sebagai jawapan.

"Kenapa kau tak guna nama sebenar?" Kata Namjoon. Kai tersenyum.

"Sebab aku tak suka. Lebih selesa dengan nama ni." Jawab Kai tenang.

"Kau tahukan kita tak boleh guna nama..."

"Ara ara ara. Gwenchana hyung. Kai akan jaga sampai masanya tiba." Sahut Kai sambil tersenyum. Namjoon mengangguk mengiyakan kata-kata adiknya itu.

Kedua namja itu menikmati angin yang menyapa muka mereka. Sangat tenang rasanya. Kai meletakkan kepalanya di bahu sang abang dengan tiba-tiba.

"King,rakyat kau sedang menanti kehadiran kau. Kau tak nak balik ker?" Tanya Kai dengan suara yang memohon. Namjoon menghela nafas berat.

"Diorang tunggu aku untuk bunuh aku jer Tuan Muda." Kata Namjoon. Kai tersenyum mendengar nama panggilan itu.

"Sampai bila kitorang yang menunggu kehadiran King bela kitorang? Rakyat kau dah penat asik menunduk di bawah King yang palsu." Kata Kai. Namjoon hanya mendengarkan saja.

"Aku tak akan jadi Tuan Muda kalau King nya tak ada. Takkan kau nak biarkan rakyat yang appa buat jatuh macam tu jer?" Pujuk Kai. Namun dia tahu hati abangnya macam mana.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tbc

Bangtan:Wolve Love Story(random)✔✔Where stories live. Discover now