- 01

543 65 8
                                    

aku menutup pintu rumah dan mengambil langkah untuk pergi ke kedai serbaneka.

aku mendongakkan kepala, melihat awan yang mendung.

kenapa asyik time aku nak beli aiskrim je dia nak turun?!

ha marah ni

never mind, aku tetap nak aiskrim. dah seminggu tergendala nak makan aiskrim

ini semua salah hujan

tanpa melengahkan masa, aku terus berjalan dengan laju. sebab—hujan dah turun.

makin lama makin lebat. dan seketul hyena pun redha kena hujan lebat. nasib baik aku guna hoodie. kalau tak,

ha teka lah sendiri :'))

"hyena!!" aku menoleh ke arah kiri apabila terdengar nama aku diseru. aku terus berlari ke arah gerangan tersebut.

aku tak tahu dia siapa sebenarnya sebab aku tak pakai spek tapi takpelah, mesti aku kenal. dah dia panggil nama aku, kan kan kan?

sampai saja aku dihadapannya, kepala aku terus diketuk oleh lelaki itu. dia punya ketuk bukan slow ya, tapi macam nak tepuk nyamuk kau tahu?

aku gosok beberapa kali mata aku kemudian aku tenung muka lelaki tu.

"lahh, seonbae ke?"

"kau dah kenapa jalan time hujan lebat? nak ponteng sekolah?"

eh eh dia ni, aku tanya lain, dia jawab lain.

"suka sangat bersangka buruk. saya nak beli aiskrim lah." jawab aku kemudian aku cebikkan bibir. aku memandang senior aku, kang yeosang, tak puas hati.

"tak boleh tunggu hujan berhenti? dengan tak pakai spek mata lagi, ha nampak sangat nak masuk longkang."

aku mencebik selepas mendengar bebelan tak bertauliah yeosang.

tanpa menghiraukan yeosang, aku terus bergerak. lagipun hujan dah redha sikit. so boleh dah kot ke kedai ke kita?

"woi! biadap betul kau pergi macam tu!" jerit yeosang. aku kerutkan dahi lalu berpaling ke arah yeosang.

"nak apa lagi?"

"rumah aku ada aiskrim. j-"

"OKAY JOM!"

seonbae, seonghwa.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang