Izinkan Saya?

1.6K 49 0
                                    

"Ada apa-apa lagi, kak?"

"Marlboro."

"Huh?"

"Marlboro. Dua kotak."

**********

Irsyad bersandar malas ke kerusi. Matanya merenung kosong ke arah gelas tinggi berisi jus tembikai di depannya. Dia sebenarnya bukanlah peminat tegar jus buah atau pun minuman sejuk. Dia lebih suka minuman panas – contohnya macam kopi, teh, dan hot chocolate. Sebab itulah jus tembikai di depannya ini masih tak terusik walaupun sepinggan beef steak with black pepper sauce dah selamat masuk ke perutnya.

Dek sebab dia rasa tak sedap hati nak membazir walaupun hanya segelas jus buah, dia terus mencapai gelas tinggi itu. Straw yang ada di dalam gelas dibawa ke mulut. Perlahan dia menyedut jus tembikai sambil matanya tekun perhatikan gadis yang duduk di depannya.

Liana.

Bekas tunangnya.

Selalunya apabila ada perkataan 'bekas' di depan perkataan 'tunang' itu, orang akan membuat kesimpulan yang hubungannya dengan Liana dah tak berapa baik selepas putusnya pertunangan mereka berdua. Dah tak berapa baik itu maksudnya dari segi komunikasi – dah tak bertegur sapa, tak berjumpa, dan tak lagi berhubung antara satu sama lain.

Ya, memang betul pun kesimpulan itu. Empat bulan pertama selepas putusnya pertunangan mereka, dia memang langsung tak berhubung dengan Liana. Liana pun mengambil langkah yang sama, siap menyekat semua komunikasi yang ada antara mereka – telefon, mesej, dan semua akaun media sosial.

Tapi empat bulan itu sajalah komunikasi mereka berdua terputus. Masuk bulan yang kelima, entah macam mana mereka boleh berhubung semula. Berhubung semula itu termasuklah berbalas mesej, berjumpa, makan tengah hari, dan makan malam bersama-sama... macam sekarang.

"You." Liana memanggilnya.

"Hmm." Dia menjawab sambil terus menyedut jus tembikai.

"You balik lambat ni tak ada orang cari ke?"

"Dah banyak kali kita keluar dinner macam ni, baru hari ni you nak tanya?"

Liana mencebik. "Tak ada la, tapi takkan Nia tak tanya apa-apa kat you? Dia tak suspect apa-apa ke? Dia tak tahu kita keluar sama-sama?"

Irsyad cuma menggeleng sambil menyedut minumannya sampai habis. Sebenarnya tadi dia cuma nak minum separuh saja sebab rasa jus tembikai itu tak kena dengan selera tekaknya. Tapi apabila Liana menyebut nama Nia tadi, terus dia paksa juga tekaknya menelan satu gelas penuh jus tembikai itu. Sedap tak sedap, belakang cerita.

"Kalau I jadi dia, I tanya you kenapa you balik lambat setiap hari. I cari sampai dapat siapa yang keluar dengan you. I akan warning sesiapa je yang berani nak kacau relationship I dengan you. Itu baru la betul tandanya I sayang kat you. Bukannya cakap sayang kat mulut je semata-mata." Panjang Liana bersuara sebelum menyuap kentang goreng ke mulut.

"Kalau dia warning you, tak bagi you keluar dengan I dah, you nak jawab apa?"

"I cakap la bukan salah I. You yang ajak I keluar dulu, I pun ikut je la."

Irsyad terdiam. Dia rasa macam ada sebaldi air panas dicurahkan terus ke kepalanya. Mukanya rasa berbahang sebab... yalah, memang betul pun apa yang dikatakan oleh Liana. Selepas mereka berbaik semula, dia yang sebenarnya mengajak Liana berjumpa dulu. Sungguh dia tak sangka yang pertemuan pertama itu boleh berlanjutan ke pertemuan kedua, ketiga, dan seterusnya.

Dan siapa Nia?

Siapa yang menjadi topik perbualannya dengan Liana sekarang ini?

Menjawab persoalan... ya, Nia itu sebenarnya isteri dia.

Cerpen 2017Where stories live. Discover now