3 TAHUN KEMUDIAN…
“Kompang dipalu, pengantin malu, duduk bersanding tak tahu malu…ahah ahah!”
“Hoi! Salah lirik ngok! Aku dah cakap kat kau jangan karaoke lgu tu esok kan? Buat malu aku woi..” pesan Aarez.
“Wooooo… Pengantin dah marah… okay2 aku tak nyanyi lagu tu HEHEHE ” ujar Shahir malu sambil berlari anak ke arah isterinya Syafiqa yang dinikahinya tahun lepas.
“Masa berlalu begitu pantas. Masing-masing sudah berkahwin dan berkeluarga. Tinggal Aarez seorang sahaja yang akan berkahwin esok. Pelbagai suka dan duka telah Aarez, Papa, dan kawan-kawan kami yang lain lalui…” cerita Abu kepada anak-anaknya.
“Wei! Abu! Kau memang tak ada kerja lain ke nak cerita? Dari kau bersembang cerita meraban kat situ, baik kau tolong aku pasang khemah ni ” panggil Iqie dari bawah serambi tempat Abu dan anak-anaknya berbual.
"Okay2. Btw, Hanis x datang lagi eh?" soal Abu apabila kelibat rakannya yang sorang itu tidak dilihat.
"Ouh Hanis dier gerak petang karang sebab dier ada kerja sikit kat pejabat. So, aku datang dulu lepas hantar anak kiteorg kat rumah nenek dierorg pagi tadi" Terang Iqie.
"Ouh. Wokeyhh2"
“Mikael…Maya…meh sini tolong mama pack goodies. Siapa paling banyak tolong, mama bagi coklat” umpan Hidayah kepada anak kembarnya.
“Baik mama!!” ujar anak kembarnya serentak sambil memasukkan pelbagai jenis jajan kedalam bekas plastik.
“Fuhh! Untung ada anak rajin macam diaorang! Awak cuba tengok anak saya, 24 jam asyik berkepit dengan bapak dia je!” ujar Adawiyah geram melihat suami dan anaknya yang sedang bermain game di fon memasing.
Mesti main COD le tu. Bisik Adawiyah di dalam hati.
“Alah, okay la tu. Tapi, untung awak kan dapat kahwin dengan orang korea, hensem lak tu. Kenapa la saya tak dapat kahwin dengan orang korea..ermm..” kata Hidayah sedikit kecewa.
YOU ARE READING
BESTFRIENDS💞
Teen FictionMuhd Aarez Han. Lelaki kacukan 3 bangsa. Malay-Korean-Australian. Menjejakkan kaki ke malaysia untuk menjadi seorang pelajar sekolah menengah tidak pernah terlintas di kotak fikirannya. Malaysia? apa yang ada? negara maju? negara yg didudukinya sebe...