"You're more than a close friend. You're my savior. So you're very precious to me." - Jimin
"Let's keep going going for a long time. I only have you." - Taehyung
VMIN MALAY SHORTSTORY | 2020
@sevtaend
Beautiful cover by; @cocokies
#1 (vmin) 02042...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Play song now; FRIENDS by VMin
Aku nak korangbacaff ni sambildengar lagu vmin, biar feel ♡ aku dah set tepat" minit lagu masa type ff ni. Tak lebih 3min, habislah. Percayacakap aku, korg akan feel gila".
+++
Kota Seoul yang disinari dengan cahaya matahari cukup membuatkan matanya menyepet menahan terik. Tapak tangannya diangkat separa dahi bagi mengelak pandangan yang silau.
Kini, barulah dia jelas melihat nama sekolah yang tertera di hadapan.
Korean Arts High School.
Bibirnya mengukir senyum lebar.
"New student?"
Dia menoleh ke sebelah kanan apabila satu suara lelaki menegurnya. Kepala diangguk tanda mengiyakan. Tidak lupa, segaris senyuman juga turut dihadiahkan.
"Nasib kita sama." Ujar lelaki berambut oren itu dengan tertawa kecil di hujung ayat.
"Kau pun baru berpindah ke sini?" Soalnya dengan penuh minat.
"Ya. Nampaknya aku dah jumpa kawan baru." Dia menghulur tangan untuk berjabat tangan.