Bab 24

47 3 0
                                    

Dina masih memikirkan kejadian semalam.Seharian dia tidak dapat fokus bekerja.

"Dina!!" jeritan bosnya itu membuatkan Dina terperanjat dan tanpa sengaja dia terjatuhkan pasu bunga kesayangan bosnya.

"DINA!!" bosnya bertambah marah

"Sorry.Saya tak sengaja puan" ucap Dina sedikit gugup

"Kau tahu tak pasu ni limited edition?!Mahal tahu tak?!Kau ingat gaji kau setahun pun belum tentu dapat tandingi harga pasu ni!!" ucap bosnya itu dengan kasarnya.

"Saya akan cuba ganti" balas Dina perlahan

"Dahlah!Kau kutip kaca ni semua lepas tu kau berambus dari sini!Aku tak nak tengok muka kau lagi!" bosnya berlalu dari sana.

Dina hanya mendiamkan diri.Dia baru je seminggu kerja sebagai pembantu rumah di sana.Kali ni dia kena pergi cari kerja baru lagi.

Dina melutut lalu mengutip kaca yang bersepah itu.

"Auch!" Dina memandang jarinya yang berdarah akibat tercucuk kaca itu.Dia mengeluh kecil.

Selepas dia siap,dia pun pergi dari rumah itu.Jarinya yang berdarah itu dibiarkannya saja.Hatinya jauh lebih pedih dibandingkan luka dijarinya itu.

Dina berjalan dengan lemah longlainya.Dia sudah tidak sanggup lagi untuk menjalani kehidupannya.Tapi,dia tetap bertahan demi ibunya.Ibunya sakit tenat dan memerlukan rawatan yang mencukupi.Namun,kos rawatan sangatlah banyak

"Mana aku nak cari duit lagi?!"keluh Dina

"Dina!" Dina menoleh ke arah Andrew yang memanggilnya itu

"Awak buat apa dekat sini?" soal Dina

"Saya dengar awak kena pecat,betul ke?" soal Andrew

Dina hanya mengangguk.Sebenarnya,Andrew yang carikan dia kerja ni.Mungkin sebab itulah Andrew tahu dia dipecat.

"Sorry"ucap Dina

Andrew diam seketika.Dia ternampak jari Dina yang berdarah itu.Dia segera meraih tangan Dina dan menghisap jari Dina yang berdarah itu. Dina hanya membiarkan.

"Kenapa awak biarkan je tangan awak ni?Jom,ikut saya" ucap Andrew lalu memimpin Dina masuk ke dalam keretanya.

Ashraf yang kebetulan melihat situasi itu merasakan sedikit terancam.Perasaan cemburu mula bersarang dihatinya.
xxxxxxxx
"Mia,kau boleh tolong aku tak?" soal Aliana dengan muka penuh berharap

"Tolong apa?" soal Mia dengan hairan.Tak pernah-pernah Aliana ni nak minta tolong.

"Tolong ambilkan beg aku.Please?"ucap Aliana.
xxxxxxxx
Bae Restaurant

Mia memandang sign board itu.Disebabkan Alianalah dia pergi ke sini sendiri.

"Beg kau?Dekat mana?" soal Mia

"Aku tertinggalkan dekat Bae Restaurant."jawab Aliana

"Jomlah pergi sana sama-sama,terus breakfast."ajak Mia

"Tak,aku ada hal kena settle.Kau tolong ambilkan untuk aku please?" pujuk Aliana

"Aku dapat apa?" soal Mia

"Aku akan ikut apa kau cakap lepas ni janji kau tolong aku" jawab Aliana.

"Cik,tak nak masuk ke?" tegur pekerja yang tidak asing,Haiqal yang telahpun berdiri di depan pintu masuk.

"Hm,sebenarnya saya pergi sini sebab saya nak ambilkan beg kawan saya."balas Mia

"Beg?Oh,baru saya ingat.Beg kawan cik kan.Kejap eh,saya pergi ambil" balas Haiqal.Mia mengangguk lalu ikut masuk.

Pengawas Pusat Sumber Senior&JuniorWhere stories live. Discover now