Bab 16

86 5 2
                                    

Yana memakai pakaian yang agak cantik pada hari itu.Dia turut menyembur minyak wangi dengan banyaknya.Maklumlah,nak date katakan!

"Okay.Kita dating untuk sehari.Aku nak ubah pandangan kau yang mengatakan aku ni bukan lelaki ideal kau."

Yana tersengih sendirian mengingatkan kata-kata Arif itu.Dia menghembus nafas sekuat-kuatnya

"Weyh Yana,kenapa kau nervous ni?Macam tak biasa je.Hmm tapi memang tak biasa pun,alamak!"Yana bermonolog sendirian.

Deringan telefon pintarnya itu membuatkan jantungnya bertambah dup dap dup dap

"Hello?"sapa Yana

"Aku dah dekat depan rumah kau ni.Turunlah sekarang kalau kau taknak aku masuk rumah kau."balas Arif

"Yelah,jap aku turun!"panggilan segera dimatikan.Yana memrapikan sedikit solekannya sebelum pergi keluar rumahnya.

Sebaik sahaja dia keluar dari rumahnya,kelihatan sosok seorang jejaka kacak yang berkacamata hitam.Mulut Yana ternganga tanpa dia sedari.

"Aku tahulah aku handsome,tapi tak payahlah sampai buat mulut macam tu,nanti lalat masuk baru tahu!"tegur Arif sambil membukakan Yana pintu keretanya.

"Eh perasan!"balas Yana lalu terus masuk ke dalam kereta.Mukanya agak memerah akibat malu.

Sepanjang perjalanan,mereka berdua hanya mendiamkan diri.Hanya iringan suara radio sahaja memeriahkan kesunyian di antara mereka.

"Kau nak dengar lagu apa?"soal Arif bagi memecah kekekokan antara mereka.

"Apa-apa je."balas Yana lalu sempat dia memandang Arif yang kelihatan segak ketika memandu itu.Sungguh rasa nak melting tengok!

Arif pun memasang sebuah lagu english yang agak romantik itu.Yana berpura-pura melihat pemandangan luar.

"Sayang nak pergi mana dulu?"jantung Yana terus berdegup kencang apabila mendengar Arif memanggilnya sayang.

"Pergi mana?"soal Arif lagi

"Ah?Mana-mana je"jawab Yana sedikit gugup.

"Then,kita breakfast dulu."Yana hanya mengangguk.Entah kenapa sia terasa kekok pada hari itu.

Beberapa minit kemudian,mereka pun sampai ke kafe berhampiran.

"This is for you,sayang."ucap Arif dengan menghulurkan segelas kopi yang berbuih love itu sambil mengerdipkan matanya.

"Eh kau ni,gelilah aku dengar sayang kau tu!"ucap Yana walaupun sebenarnya dalam hati dia rasa berbunga-bunga.

"Why?You don't remember ke yang hari ni kita rasmi date for the whole day.So,kita mestilah berlakon macam couple betul-betul."ucap Arif dengan lembut.

"Kau ni memang mengambil kesempatan atas kesempitan kan?"perli Yana sambil mengunyah makanan yang telah tersedia itu.

"Taklah.Aku just nak show kau yang sebenarnya aku ni lelaki ideal semua perempuan tau."ucap Arif dengan bangganya.

"Apa-apa jelah encik senior oi,dah-dah aku nak makan."balas Yana.
xxxxxxx
Cinema XXX
"Kenapalah kau pilih genre horror?"soal Yana

"Kenapa?Takut ke?"perli Arif

"Taklah!Masalahnya,aku dah banyak kali tengok film horror ni.."belum sempat Yana habis bercakap,Arif segera memasukkan popcorn ke dalam mulut Yana untuk memastikan dia diam.

Yana pun mengunyah popcorn itu lalu mereka menikmati filem yang ditayangkan itu.

"Arghhh!"jerit Arif lalu menutup matanya menggunakan kedua belah tangannya.

Pengawas Pusat Sumber Senior&JuniorWhere stories live. Discover now