Sayang,
Semua orang sukakan senang,
Semua orang inginkan "sayang",
Samada layak atau perang.Berjuang,
Jika kau mahukan sayang,
Lawan,
Jika kau punya hak sambilan,
Mati,
Sehingga kau disayangi.Ianya mudah,
Kau disayangi,
Kemudian berjuang diri,
Kekalkan hati,
Sangat mudah.Kau takkan sedar,
Kau disayang sebenarnya,
Kerana diri kau lagi penting dari segala,
Mereka yang sayang korbankan nyawa,
Sehingga lelah jiwa.Sayangi semua,
Jangan fikir pangkat dan harta,
Meskipun kau diseksa,
Kau harus sayang semuanya,
Jangan sesekali hati fikir sebaliknya,
Pemikiran tiada guna berjuang kata,
Buang semua fikiran durjana!
Mereka lagi penting dari syaitan dan mentera.Bersama mereka mengenal dunia,
'Sayang' yang tidak diluah,
Tapi mampu dirasa,
Membuatkan aku sanggup berjuang semula,
Dengan tujuan kekal bersama mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Lone Wolf
PoetryBila kau seorangan, Tiada yang kau harapkan, Bila kau dalam keramaian, Hati manja minta pertolongan, Hingga anggap diri tiada kelemahan. Jalani kehidupan, Walau ianya tidak menyenangkan, Kerna itu sebahagian dari pelajaran, Supaya kau terbaik keadaa...