Cinta

5 0 0
                                    

Cinta,
Mematangkan rasa,
Cinta,
Mengenal dunia pada baik buruknya,
Ini adalah sebahagian lumrah manusia,
Yang tidak semua perjuangkannya,
Ada yang terkorban dengan maruah jiwa,
Ada yang kalah dengan hasrat durjana.

Jika kau benar cinta,
Mana buktinya rasa?
Mana perjuangan perkasa?
Kau tidak benar cinta,
Jika tiada perjuangan ke syurga.

Ada yang bicara,
Cinta adalah bertimbang rasa,
Korbankan jiwa untuk segalanya,
Perjuangkan rasa dengan matlamat sebena,
Walau dibenci yang dicinta.

Ada yang kata,
Cinta adalah bersama,
Bersama jiwa selamanya,
Pengorbanan dari segi masa dan tenaga.

Sebenar-benar cinta adalah kepada-Nya,
Jika kau seorang yang perjuangkan cinta,
Kau mungkin tidak tahan lama,
Kerana semua tertumpu pada Dia,
Dia Raja Cinta,
Kau tidak mampu mengawal rasa.

Kerna cinta itu dewasa,
Aku cuba mematangkan jiwa,
Letakkan sakit sejauh dunia,
Letakkan sayang sedekat rasa,
Agar kekal diatas takhta.

Lone WolfTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang