Kau mengharapkan senang,
Kau mencari tenang,
Sehingga hati bersarang,
Dan memori yang tidak dikenang.Berjuang,
Untuk segala jenis senang,
Perang,
Untuk meraih menang,
Bilamana kau bermain takdir,
Kau sedang mencipta karma,
Bila ego meninggi hadir,
Kau tidak mahu kalah selamanya.Cinta,
Penuh dengan kekecewaan,
Kau sedang bermain takdir lapangan,
Cinta yang hadir bukan untuk kesedaran,
Tapi hanya sekadar mengisi masa susahan.Kau akan kenal erti kehidupan,
Bila kau kekal dalam satu perjuangan,
Samada cinta mahupun hubungan,
Kau tidak akan lari dari kekalahan,
Dan kau akan belajar dari kejayaan.Matangkan hati,
Lapangkan dada,
Janganlah sentiasa lari,
Kau sedang berjuang cinta.Biar Tuhan Tentukan Segalanya.
"Dengan Cinta, Terselak Muka Surat Perjuangan"
YOU ARE READING
Lone Wolf
PoetryBila kau seorangan, Tiada yang kau harapkan, Bila kau dalam keramaian, Hati manja minta pertolongan, Hingga anggap diri tiada kelemahan. Jalani kehidupan, Walau ianya tidak menyenangkan, Kerna itu sebahagian dari pelajaran, Supaya kau terbaik keadaa...