Pergi

3 0 0
                                    

Kau harus pergi,
Kau tak layak di sini.

Kau boleh keluar,
Yang baru kau mampu lakar.

Jangan tunggu lagi,
Jangan persoal lagi,
Jangan terus berdiri,
Kau hanya akan sakit hati,
Hati yang rapuh lemah hancuri.

Kau harapkan cinta,
Tapi diberi dusta,
Kau harapkan selamanya,
Tapi ianya sementara.


Jangan gilakan cinta,
Kerana bukan semuanya nyata sempurna,
Kau bukan benar perlukannya,
Kau hanya dahagakan perhatian dunia,
Sehingga kau lupa untuk setia,
Sehingga kau sakitkan yang ada.

Belajar melepaskan,
Didik diri melupakan,
Kau tidak mampu kekalkan,
Kau tidak layak tegakkan,
Hubungan ini hanya milik Tuhan,
Kau sama sekali tidak punya kuasa atasan,
Jadi belajarlah melepaskan.

Lupakannya,
Ciptalah cita-cita,
Lakarlah bahagia,
Walau ianya sedikit derita,
Tapi gembira menunggu selepasnya.

Lone WolfWhere stories live. Discover now