FASA 3: Pecahan

88 0 0
                                    







   Lamunan aku terhenti. Perit. Jam sudah menunjukkan jam 3 pagi. Di bawah kelopak mata mula menunjukkan kesan kehitam-hitaman. Energi badan semakin menyusut. Aku serabut. Aku bingkas bangun membancuh air Nescafe. Badanku membutuhkan satu lonjakan kaffein di saat otak terlalu lemah, meronta-ronta meminta seluruh tubuh berehat sejenak.

   Aku menyangkakan memori bersama rakan-rakan di matrik bisa membantu aku melupakan 'dia'. Nope, aku silap. Memori aku bersama mereka tidak akan dapat dipisahkan bersama memori aku dengan 'dia'. Aku hirup air yang masih hangat sambil akalku yang jahat menerawang ke lembah 'syurga penipu'yang wujud satu ketika dahulu.

2016

   Aku seperti biasa meneruskan rutin harian sebagai pelajar matrik yang tidak berwibawa. Bangun pukul 7 pagi disertakan subuh gajah seperti meminta-minta rezeki di jauhkan dari diri sendiri. Meskipun lewat, sarapan takkan pernah di tinggalkan. Kerana di saat itulah syoknya aku membaham roti canai dan air kopi sambil burung-burung mempersebahkan nyanyian koir di kafe matrik. Memang ngam.

    "Seronok jadi burung, pagi-pagi boleh melalak. Kalau sakit perut, boleh berak atas kepala orang. Haihh".omel aku seorang diri sambil menggelengkan kepala. Aku dah lewat lima belas minit.Perkara biasa, memang biasa sangat. Orang lambat datang ni memang kreatif sikit.

      Pada hari tersebut, aku perlu melakukan tasmik bacaan doa qunut dan bacaan ketika solat. Dah last minute brother. Aku pulak asyik kapan kelas. Malas sikit kita hentak klinik, mana tak hancur masa depan. Sepatutnya hari tu aku ada friendly bola sepak, tapi tak pasal-pasal aku kena gerak kebilik Ustaz Rezi. Aku mempercepatkan langkah selepas selesai kelas tuto petang bergerak ke bilik beliau. Sampai sahaja di sana, aku menepuk dahi.

     "Aiseymann, ramainya orang. Perempuan pun ramai. Aduhhhhh," getus hati kecilku.

     "Macam mana aku nak buat kasi awal ni. Haihh. Panjangnya barisan," hati aku tak puas lagi memberontak.

     Tanpa aku sedar, di saat aku sedang gelisah, sepasang mata sedang melihat ke arah aku, memerhati gelagat aku. Aini berkaca mata duduk bersebelahan dengan seorang gadis kacukan Sabah dan Pakistan, Rozanna.

      "Weh kau tengok budak lelaki tu, cute kan?"Aini menyiku tangan Rozanna. Haih aku punyalah selekeh time tu, baju terkeluar, baju tak ikut tona warna seluar. Malu, malu.

      "Mana satu? Oh yang tu ke? Biasa je aku tengok" balas Rozanna  acuh tak acuh. Mungkin baginya ramai lagi lelaki yang lagi elok rupanya dan kemas berpakaian daripada aku. Aini hanya mengangguk meneruskan hafalan sambil mulutnya terkumat-kamit cuba mengikut informasi yang di beri otak.

      Ketika itu,  perempuan ke jantan ke LGBTQ ke, aku tak ambil peduli. Aku memang tak minat usya perempuan secara terang-terangan. Kalau dari jauh ngam. Lagi pulak aku tengah rushing. Saat orang lain sibuk menghafal, aku mencari jalan untuk memotong barisan. Mata aku tajam melihat gerak-geri pelajar yang sedang bertasmik bersama ustaz. Kalau diorang leka je, memang silap besar. Ketika itu, peluang datang. Seorang budak lelaki selesai membacakan ayat tahiyatul akhir kepada ustaz. Dia memanggil kawannya.

  "Jep, pergilah aku dah sudah," budak lelaki bersawo matang itu memanggil rakannya.

  "Aku tak ready lagi doh, jap jap sikit lagi" Jep seakan akan tidak yakin untuk meneruskan gilirannya. Silap besar bro. Saya gerak dulu. Aku terus pergi kearah ustaz.

    "Ustaz, saya nak tanya. Yang pasal jamuan praktikum 989 tu jadi ke Ustaz?" tanya aku dengan harapan orang lain tidak menumpukan perhatian kepada kami. Ustaz Remy kebetulan adalah mentor kepada kelas aku, so memang senang la nak ajak borak.

    "Oh jadi Syafiq, nanti inform kat Al okay. Cakap saya dah order nasi goring 30 bungkus di café Orion. Eh kamu dah tasmik belum?," balas Ustaz Remy tanpa menyedari niatku untuk memotong barisan. Bagai orang mengantuk di sorong kusyen empuk hotel 5 stars, aku terus menggelengkan kepala. Easy game bro. Bacaan aku lancar, tak sampai 10 minit aku dah selesai tasmik bersama ustaz. Aku terus berkemas, keluar dengan bergaya dari bilik tersebut dan terus berlari balik ke kolej kediaman. Dah lambat bro.

Musaffir RuggedWhere stories live. Discover now