Aku tak tahu aku lena pukul berapa. Aku tersedar setelah alarm bunyi kuntilanak mengilai bergema betul-betul di sebelah cuping telinga dengan megah sekali. Ini semua petua si Ros haramjadah tu.
"Aku punya cara nak bangun tidur Bin, aku pasang alarm pontianak mengilai. Kalau alarm biasa, kau bangun kau boleh tutup balik. Tapi kalau bunyi setan ketawa, aku cagar 100% geran motor ayah aku, kau mesti segar punya sebab takut," kata Ros dengan muka provakasi yang tidak dibuat-buat.
Betul memang betul apa yang Ros cakap tu. Tapi masalahnya aku tersedar pukul 3:30 pagi. Memang waktu-waktu aktif hantu mencari teman. Aku pun satu badigol, tak ingat bila pulak aku set alarm pagi-pagi buta. Aku meraba-raba tilam dengan cemas dalam keadaan yang amat kelam-kabut. Di saat itu otak Nobita aku mula menghasilkan babak-babak filem seram yang sering di hasilkan James Wan.
"Aihh ni kalau ada orang 'sambut' tangan aku memang gg berabis. Sial la Doraaemon," hati aku berdebar-debar sambil memaki hamun kucing robot yang tidak bersalah tersebut.
YOU ARE READING
Musaffir Rugged
Mystery / ThrillerDibesarkan sebatang kara, aku mula menemui jalan untuk membina kerjaya selepas beberapa kali diuji dengan pelbagai masalah. Dipalit kegagalan dalam semua aspek kehidupan, aku hampir mengambil jalan 'shortcut'. Suicide. Namun keadan berubah 180 darj...