Kau selalu tak ternampak, lelaki bila dengan lelaki hidup diorang fun. Tak kisah la kau nampak diorang rempit ke, different class from yours, selekeh. Mesti pernahkan ternampak kat twitter, boys with their homies. Yup itu lah lelaki, fuckboy, kaki perempuan kadang-kadang kau tak nampak, sebenarnya dengan kehadiran perempuan la jadi semua tu. Tak percaya? Blend in, jump into my memories.Life aku lepas frust dengan cinta baboon, nak cakap tak terurus tu tak la lama sangat. Perit tapi jiwa remaja, tak matang masih ada lagi. Aku relax aku cari kawan-kawan balik. Kehidupan matrik best nakhorom, kisah cinta tu best tapi nanti la kita discuss. Life matrik buat aku dapat lupa semua masalah cirit-cirit yang tak masuk akal, masalah kecil yang aku sebenarnya tak perlu fikir pun. Kat matrik, aku start jumpa ramai sangat kawan. Dengan status budak asrama, mencari kenalan-kenalan yang perangai persis budak tak cukup akal perkara yang paling senang aku dapat. Ramai yang judge, budak muka pecah rumah, muka penghuni lokap, perogol kambing. Semua kata nista dilemparkan and akhirnya, diorang tetap berperangai sial. Tapi bagi aku, diorang cumalah kanak-kanak yang memiliki badan yang besar tapi otak takdak!
Satu insiden yang aku tak boleh lupa, sampai la ni. "RUNNING MAN EVENT WITH GUARDS OF THRONE". Program tu je la yang kitorang sanggup turun tanpa perlu bekalkan markah SMP. Kitorang sanggup. Beberapa hari sebelum tu, notis daerah banting dikeluarkan, akan ada gangguan elektrik selama sehari. Time tu bapak dajjal dah mula dah rancangan dia,,kena pulak hari weekend. Nama beliau, Ros. Boleh dikatakan King dalam group. Orang lain baca mesti macam, "rempit sial". Kau boleh terfikir nak buat kerja gila? Tak kan? So benda dah jadi, hangpa baca ja la. Sebelum malam kejadian, kami berkumpul
"Malam ni, aku nak korang berjihad. Apapun jadi aku nak kita tawan cubic tu. Kita pecah beberapa group, siapa sampai cubic dulu, letak something sebagai tanda. Bila ada sign kau sampai situ, cubic kau punya!" ujar Ros, petah berbicara dalam tegas.
Semua tergelak. Macam tak masuk akal. Kita kat Syria ke ni, padahal blackout je.
"Ros, siapa yang terkorban harini mati syahid ke?", Boy mengutarakan pendapat acuh tak acuh."
"KALAU ADA SESIAPA YANG TERKORBAN, KAU CAKAP DENGAN GUARD AKU TAK KENAL KAU, AKU TAK PERNAH BERCAKAP DENGAN KAU. CAKAP KAT DIA AKU ANAK MAK.". Sial.
"Okay dah, dengar sini. Sekarang baru pukul 9. Kita lepak dulu settle tuto.Korang balik bilik settle apa yang patut. Once lampu dah terpadam, alert. Terus turun bawah. Pasti kan phone charge dulu.",Ros kembali serius memberi arahan.
Semua mengangguk tanda jelas dengan arahan dari Ros. Aku macam biasa stick dengan Ros, kawan aku sejak bangku sekolah menengah lagi. Rezeki badan, dapat matrik sama. Hancus. Ramai yang balik ke bilik. Charge phone siap-siap. Kot-kot ada emergency dah senang.
"Ni kalau kantoi sakit Ros, mau ke HEP kita Isnin nanti.", ujarku menyatakan kerisauan di seru pihak hal ehwal pelajar. Aku dah la pernah ada kes rokok.
"Aduhai bacul kau ni, kau time sekolah berani pulak terbang sana sini cari tomyam. Kau kalau tak berani, pergi kawan dengan gegirl. Boleh belajar tenun batik lahanat", balas Ros menyindir.
Fuhh dia bagi aku sedas. Ros dengan aku memang orang Melaka piaw. Cakap memang serupa musibat sikit tapi dah biasa. Aku geleng kepala. Tapi dalam hati ni tuhan je tahu excited dia macam mana. Ye la babi. Duduk dalam kelapa sawit, dengan bau ayam. Weekend tak tahu nak buat apa. Datang pulak hari-hari bertuah macam ni memang meminta la.
So, kitorang pun tunggu la sampai masa dah time. Tunggu lama gila punya serious tak tahu apa punya celaka TNB ni taknak potong wayar tu. Pukul 1:30 pagi, Ros dah baran.
"Woi lahanat, bila nak blackout ni!" pekik Ros ke luar tingkap.
Dummm! Lampu padam. Ketika itu, Ocen yang sudah sedia gelap kerana berdarah mamak, tersenyum sinis. Alhamdulillah giginya putih menyinari bilik seperti bebola cahaya di dalam pusat dangdut yang pernah kena rush tak lama dahulu
YOU ARE READING
Musaffir Rugged
Mystery / ThrillerDibesarkan sebatang kara, aku mula menemui jalan untuk membina kerjaya selepas beberapa kali diuji dengan pelbagai masalah. Dipalit kegagalan dalam semua aspek kehidupan, aku hampir mengambil jalan 'shortcut'. Suicide. Namun keadan berubah 180 darj...