2014-2016
Kehidupan aku, hidup tanpa kawan perempuan. Berbelas tahun, pergaulan aku dengan manusia berbelalai. Nakal aku, nakal jantan. Masalah perempuan, pergi mati aku tak minat. Minat perempuan? Hukum alam. Kau campak aku dalam gua Niah pun aku minat perempuan. Kau gay kau punya pasal. Al-kisah, aku berkenalan dengan seorang gadis. Cantik molek ayu, digayakan dengan handsock, persis Wahida and even aku pun muka macam Wahid Senario, aku still rasa aku still ada harapan. Aku kenal dia waktu sekolah sbp lagi. Merokok belakang dewan makan, belakang pondok guard, belakang ampaian, semua takdahal. Fly? Time junior dah dapat lesen. Tapi apakandaya, dalam hati ada taman. Hari-hari aku pinjam kad tunetalk junior, call la 10 minit lepas rindu. Bincang pasal agama fuhh syok ooo. Kita pulak hari-hari dengar usrah kat surau, memang bab goreng-goreng dalam tangan. Lepas dah call, pulang tunetalk kat junior, upah Apollo. Takpun aku beli la dia chewing gum bila-bila aku fly, tapi biasa la junior kaki bodek. "Takpe bang, amik je, 10 minit je apa ada hal". Hihi.
Kenal punya kenal, waktu SBP, memang ada waktu kita dekat dengan tuhan. Nak-nak time nak dekat SPM. Time tu juniorlah adik kandungku, aku lah khadammu. Scene minta maaf sebiji macam hari raya berpeluk-peluk macam esok nak mati dah. Tapi demi keredhaan-Nya, even orang cakap hipokrit, aku buat sebab aku percaya. Dia yang pegang segalanya. Waktu nak dekat spm, aku dah mula jauh dengan dia, aku study and masa lebih sikit aku solat malam. Aku minta di permudahkan Spm and aku minta aku tak kantoi fly malam tu. Ni serious tak tipu, fly pun berdoa tau.Aku jauh dari dia, sebab aku betul-betul nak focus spm, and aku nak enjoy life sekolah aku yang tinggal berapa bulan je lagi. Aku tahu aku salah waktu tu, tapi aku tak pernah menyesal. Bagi aku, pengalaman sekolah aku, one of the best memories yang aku ada. For now. Long story short, Spm pun habis, I achieved what I deserved to get, aku dapat tawaran masuk ke matrik. Relationship aku dengan si dia, aku nak tebus balik. Aku dah ready nak menempuh alam couple yang haramjadah. Aku dah mula focus kat dia, aku dah mula rasa bibit-bibit cinta yang mengkhayalkan ibarat dadah K2, persis ganja yang tiada istilah sober. Aku khayal. Khayal yang tak takut langsung dengan roadblock polis, sebab kalau abang polis tahan aku pun, urine test aku akan menjadi semanis cake chocolate indulgence secret recipe.
"Kalau menyanyangimu satu kesalahan, sumbatlah aku dalam Penjara Rindu". Fakof
Namun, sudah berulang kali di beri amaran Ilahi, acap kaliberbutir-butir, berterih-terih cik man memberi nasihat. "Jika engkau letak manusia lain di tempat teratas selain Dia yang berhak, kau akan hilangsegala-galanya. Bahkan ibu bapa yang meletakkan pasangannya, anak-anaknya,darah dagingnya selain Dia, kau tak jumpa kebahagiaan yang kau idamkan. Dia yangmenciptakan semua, kau masih nak sombong?" Aku tak nampak dulu, aku nampaksekarang. Hati si dia mula berubah. Dia merasakan aku tak patut buat diatertunggu-tunggu waktu sekolah. Dia merasakan someone deserve her more than me.Takpelah cinta monyetkan. Sekarang memang la cakap takpe, dulu frust menonggengwoo. Insta story disertakan dengan ayat-ayat broken, lagu-lagu perpisahanadalah kawan baik aku. Layan sendu baik punya, sampai atas rooftop matrik kitatatap bintang yang hidup segan mati tak mau. Tapi waktu tu aku janji, AKU AKAN SANTUY.
YOU ARE READING
Musaffir Rugged
Misterio / SuspensoDibesarkan sebatang kara, aku mula menemui jalan untuk membina kerjaya selepas beberapa kali diuji dengan pelbagai masalah. Dipalit kegagalan dalam semua aspek kehidupan, aku hampir mengambil jalan 'shortcut'. Suicide. Namun keadan berubah 180 darj...